Wednesday 25 July 2012

15 Lagu

Pada tahun 1985,4 orang isteri senator dari White House Washington yang di ketuai oleh Tipper Gore(isteri Al Gore mantan timbalan presiden Amerika)telah menubuhkan satu persatuan khas yang di panggil PMRC singkatan kepada Parents Music Resource Center.mereka menubuhkan persatuan ni kerana untuk membenteras gejala negatif yang terdapat dalam muzik yang di hasilkan di US.kerana mereka ni merasakan industri muzik di US dan dunia telah cuba untuk merosakkan minda pendengarnya.Tipper Gore telah membawa perkara ni ke White House,dan semua jenis muzik pelbagai genre telah terlibat dalam 'masalah' yang cuba di bendung oleh Tipper Gore ni.dari muzik pop,rock,rap,r&b hinggalah ke muzik heavy metal.
Kata beliau,lirik2 dalam muzik dalam pelbagai genre ni telah merosakkan minda anak muda di US.ada yang berunsurkan seks,menggalakkan penyalah gunaan dadah,dan pemujaan syaitan.keadaan menjadi semakin ketara apabila Tipper Gore ni memanggil semua ahli2 muzik dan penyanyi terkenal di US untuk memberi keterangan di US Senate di White House.
Antara penyanyi dan pemuzik yang telah di panggil untuk memberi keterangan ialah Frank Zappa(penyanyi,pencipta lagu terkenal) Dee Snider(dari band glam rock Twisted Sister) dan John Denver(penyanyi,pencipta lagu terkenal).mereka ni telah cuba sedaya upaya menerangkan kepada PMRC tentang muzik mereka.Tipper Gore tetap dengan keputusannya untuk memerangi gejala ni habis2an.dan beliau telah meminta semua pemilik syarikat rakaman dan pengedar kaset dan lp di US untuk menampal sticker(seperti gambar di atas tu)pada setiap album yang baru di edarkan sekiranya album tu ada menggunakan lirik2 yang berbahasa kesat.
Kebanyakkan penggiat muzik,tuan punya syarikat rakaman dan pengedar album mula mengecam Tipper Gore ni kerana menurut mereka,Tipper Gore telah menyekat kebebasan mereka untuk berkarya.Tipper Gore juga telah menyenarai hitam kan 15 lagu atau di panggil 'The Filthy Fifteen' yang tak boleh di dengar dan di katakan tidak sesuai untuk dan boleh merosakkan minda katanya..
Ada jugak lagu dari band kegemaran aku macam Judas Priest,Motley Crue,Mercyful Fate(band asal King Diamond)Def Leppard,Twisted Sister,AcDc dan Black Sabbath.siap ada rating lagi.ada yang berunsur keganasan,tahyul,seks dan penggunnaan dadah dan alkohol
Selepas wujudnya PMRC ni,kebanyakkan pemuzik,(genre rock dan rap) telah mencipta lagu dalam pelbagai genre bagi mengecam dan memperlekehkan isteri Al Gore ni.antara lagu yang mengecam persatuan ni seperti Megadeth dengan lagu 'Hook in Mouth',Danzig dengan lagu 'Mother',band glam rock Warrant dengan lagu 'Ode To Tipper Gore' band rock Grim Reaper dengan lagu 'Rock You To Hell' dan pelbagai lagi jenis lagu yang di hasilkan semata2 untuk mengecam persatuan ni dan Tipper Gore.
Pada 18 julai 1993,band Rage Againts The Machine telah melakukan protes terhadap PMRC ni.pada konsert Lollapaloza mereka.cara mereka lakukan ialah dengan keempat anggota band tersebut berbogel di atas pentas dengan hanya mulut di tampal dengan plaster dan menulis perkataan "PMRC" di badan mereka.mereka melakukan ini selama 14 minit dengan hanya bunyi audio gitar saja yang berbunyi.kemudiannya mereka melakukan konsert mereka secara percuma untuk peminat2 mereka..

p/s : pada aku,dengar muzik dari pelbagai genre ni tak salah,cuma jangan terpengaruh dan terikut2 dengan budaya mereka dah la.. stay heavy \m/.
                                          filthy fifteen

No comments:

Post a Comment