Disebabkan font yang agak kecik dalam buku ni,tu yang buat lambat aku habis baca..(mungkin faktor umur kot?)
Pada mula nya aku ingatkan ini adalah buku biografi Ian Fleming yang mencipta perisik lagenda British iaitu James Bond tu,rupa2nya ia lebih kepada kisah bagaimana Ian Fleming mendapat idea untuk mencipta watak yang terkenal sepanjang zaman yang dah lebih 50 tahun ini..
Pada yang taktau,Ian Fleming sebenarnya ialah seorang perisik tentera pada era perang dunia ke 2 (ada di ceritakan juga serba sedikit latar belakang beliau dalam buku ini)berdasarkan dari pengalaman beliau menjadi perisik itu lah beliau mula mendapat idea untuk mencipta watak James Bond ini,tetapi dengan sedikit kelainan.perisik yang di cipta oleh Ian Fleming ini kacak dan segak bergaya,aktif dan lasak,juga di kelilingi kemewahan dan wanita jelita.Bond juga memiliki 'signature drink' iaitu Vodka Martini,juga Bourbons,Scotches dan Sake (minuman jepun),gadget2 tercanggih dan pelbagai kereta mewah dari Aston Martin sehinggalah ke BMW.
Pada permulaan watak James Bond ini hanya ada di dalam setiap buku hasil tulisan Ian Fleming sehinggalah akhirnya berjaya di wujudkan di layar perak.adalah menjadi kewajipan Ian Fleming untuk bertemu dengan setiap pelakon2 yang akan membawa watak Bond ini,dari Sean Connery sehinggalah ke pelakon watak Bond yang sekarang iaitu Daniel Craig.
Selain dari itu ada juga gambar2 menarik macam bikini yang di pakai pelakon Halle Berry dalam filem 'Die Another Day',tuxedo yang penuh dengan darah yang pernah di pakai oleh Daniel Craig dalam 'Casino Royale',juga pisau dan kasut yang ada pisau dalam filem 'From Russia With Love' dan juga gambar2 rumah Ian Fleming di Jamaica yang di gunakan untuk penggambaran filem 'Goldeneye'
So buku ni kalau peminat tegar James Bond boleh la beli dan baca.cuma kali terakhir aku menonton filem James Bond yang bertajuk 'Skyfall' rasa agak kecewa sedikit sebab jalan cerita yang mudah di jangka.
Tuesday, 30 June 2015
Saturday, 27 June 2015
Living Colour - Cult Of Personality
Flashback Saturday minggu ini adalah lagu yang menjadi ikutan masa aku sekolah lebih 20 tahun yang lalu..
Lagu ni sebenarnya di riliskan pada tahun 1988,tapi telah menjadi hit dan memenangi anugerah Grammy pada tahun 1990.Living Colour merupakan band yang bergenre experimental rock dan funk metal (lebih kurang ala Red Hot Chili Peppers era 90an dan band funk EMF)band ini agak terkenal juga di Amerika pada era 90an dulu,Vernon Reid,merupakan pengasas band ini juga gitaris yang agak terkenal juga.beliau berada di ranking yang ke 66 antara 100 gitaris terbaik sepanjang zaman yang di senaraikan dalam majalah 'Rolling Stones'
Lagu 'Cult Of Personality' ini merupakan lagu yang berunsurkan politik yang menceritakan tentang sistem politik di Amerika,gitar solo dalam lagu ini tersenarai di ranking yang ke 87 dalam majalah 'Guitar World' bekas penggusti WWE,CM Punk juga menggunakan lagu ini sebagai lagu tema beliau bila muncul di gelanggang WWE.juga pernah di gunakan dalam permainan video 'Grand Theft Auto : San Andreas' dan game 'Guitar Hero III : Legends Of Rock'
So,ini lah lagunya yang pernah menjadi kegilaan di zaman aku sekolah menengah dulu...
Yang ini versi live..

Thursday, 25 June 2015
Metal Gear Solid V : Ground Zeroes
Antara game yang aku baru habis main kat Xbox360..
Ini adalah antara game kegemaran aku selain Lara Croft (Tomb Raider).sebelum ni pernah main Metal Gear Solid dan Metal Gear Solid : Sons Of Liberty di konsol Playstation One,dan Metal Gear Solid 3 : Snake Eater di konsol Playstation 2.cuma MGS4 : Guns Of Patriots je yang belum pernah main di sebabkan ianya hanya ekslusif di konsol Playstation 3 je.game ini berkonsepkan 'action adventure stealth' dengan jalan cerita yang menarik.sesapa yang pernah main game ini pasti tahu betapa seronoknya melayan game ni..heheh..yang paling best ialah grafik dan teknik CGI nya yang dah sama taraf dengan filem Hollywood.game MGS ini di cipta,di bangunkan dalam dunia game dan di arahkan oleh Hideo Kojima seorang genius dalam dunia game di Jepun.
Metal Gear Solid V : Ground Zeroes ini berlatar belakangkan pada tahun 1975 mengisahkan 'Snake'(menggunakan suara pelakon Kiefer Sutherland) codename bagi askar perisik yang kerjanya melakukan aktiviti merisik secara solo,(punca mata beliau buta sebelah di ada di ceritakan dalam game MGS3)beliau di tugaskan pergi merisik di Camp Omega (bekas tempat pelarian Cuba dan Haiti)untuk menyelamatkan 'Chico' seorang tentera kanak-kanak dan 'Paz Ortega' seorang perisik perempuan yang telah di dera secara fizikal dan mental oleh 'Skull Face' komander 'special forces' unit misteri yang bernama XOF.
Gameplay nya memang agak sukar sedikit,sebabnya nama pun 'tactical espionage operations' kena jalankan operasi secara senyap tanpa dapat di ketahui dan di kesan oleh pihak musuh.tapi memainkan watak 'Snake' memang best,boleh melakukan pembunuhan secara senyap,yang paling best 'hand to hand combat'.tapi yang tak bestnya game ni bersambung,ada part 2 dengan tajuk 'Metal Gear Solid V Phantom Pain' yang akan di riliskan pada september nanti. (sama dengan album 'Book Of Souls' pulak tu)

Wednesday, 24 June 2015
Senjakala
Lokasi : taman layang layang Kepong |
Senja itu seperti pelaminan permaidani jingga..
Aku duduk di sana,menunggu mu terbenam dalam rasa..
Monday, 22 June 2015
Survivor (2015)
Cuti pada hujung minggu pada bulan Ramadhan ni memang aku tak ke mana2,sekadar duduk di rumah bermain game xbox 360 aku,atau pun menonton filem untuk menghilangkan kebosanan.dah lama sebenarnya ada dvd ni,di sebabkan kesibukan melanda minggu lepas,baru lah dapat menontonnya pada minggu ini..
Ok,filem Survivor ini merupakan filem dari produksi British/Amerika, bergenrekan 'crime thriller' kesemua pelakon yang terlibat sememangnya pelakon hebat.mengisahkan Kate Abbot (Milla Jovovich) yang bekerja dengan kedutaan Amerika di London yang agak 'berhati2' dan obses dengan pengganas, kerana ramai kawan2nya mati ketika peristiwa 9/11 di New York,menyebabkan beliau selalu di tegur oleh pihak atasan kerana selalu melanggar etika kerja.sehinggalah terjadi peristiwa pengeboman di sebuah restoran yang menyebabkan beliau di tuduh yang melakukan serangan.selain di buru oleh pihak berkuasa,beliau juga di buru oleh pembunuh upahan yang di gelar 'watchmaker' bagi melenyapkan bukti konspirasi dalam kedutaan Amerika di London.
Kalau sesiapa yang dah biasa tengok francais filem 'Jason Bourne' rasanya tahu lah kan jalan ceritanya macam mana.pertama kali melihat Pierce Brosnan melakonkan watak jahat dalam filem ini aku rasa macam tak kena je.sebabnya walaupun beliau melakonkan watak penjahat,tapi aksi yang di lakonkan sama seperti macam dalam filem2 James Bond lakonan beliau sebelum ni.
So kalau anda peminat filem thriller/crime ala2 Jason Bourne,filem ini boleh lah di tonton..
2/5*
Friday, 19 June 2015
Hari Kedua Ramadhan / 19 Jun 2015
Seingat aku,ini adalah kali yang pertama sambut hari lahir di bulan Ramadhan yang mulia ini.terima kasih kepada rakan2,saudara mara yang sms,Whatsapp,Telegram,Wechat,ada yang wish kat facebook dan juga yang masih menggunakan email (baru old skol kata nya) terima kasih banyak2.walaupun takda hadiah (dah dapat dah haritu..heheh) tapi hadiah yang paling bermakna pada aku dan istimewa ialah dapat menyambut puasa pada Ramadhan tahun ini.syukur ke hadrat Allah SWT kerana masih memberikan aku peluang untuk berpuasa pada tahun ini.
So,orang2 yang terkenal yang sama menyambut hari lahirnya dengan aku hari ini ialah makcik Aung San Suu Kyi,Zoe Saldana, (pelakon) makcik Paula Abdul (penyanyi),Salman Rushdie,Jose Rizal,Brian Welch (gitaris Korn),Ann Wilson (Heart),Moe Howard (pelakon asal The Three Stooges) dan juga pelakon Sadie Frost.
Dan hadiah kejutan yang aku dapat ialah ini...
Iron Maiden dah pun umumkan pasal album baru yang di katakan bakal rilis pada september nanti.tengok pada cover dan tajuk lagu rasanya tema untuk album kali ini pasal voodoo kot?takpa tu nanti biar abang Deaf kita yang cerita nanti.cerita pasal Maiden ni boleh jenguk kat website Classic Rock Kat Sini
Terima kasih,selamat bersahur,selamat berpuasa dan salam Ramadhan untuk semua.

Wednesday, 17 June 2015
Wordless Wednesday
Monday, 15 June 2015
Pelbagai Kurma & Kuih Raya
Puasa tinggal beberapa hari je lagi,banyak kedai dan pasaraya sekitar lembah kelang dah mula menjual kurma dan kuih raya pelbagai jenama.gambar- gambar ni semua aku snap di pasaraya maiden Mydin di Rawang,Selangor..
Macam2 jenama ada,tapi yang paling popular sudah semestinya Yusof Taiyob (cakap sambil berbisik)
Macam2 kurma ada sekarang,ada kurma tangkai,yang takda tangkai,macam2 la lebih kurang macam durian jugak la eh.ada gred jugak.
Harga kurma termasuk GST.
Ok yang ni kuih raya pulak..awal pulak sekarang diorang dah jual kuih raya yek?
Biasa bila dah nak raya selalu dengar dialog dari kakak2,makcik2 pasal kuih raya kan?selalu nya yang akan di tanya ialah "tahun ni buat kuih raya tak?" so yang sorang lagi akan jawab lebih kurang macam ni, "tahun ni buat kuih tunjuk jeeee". jadi dah tau la apa dia kuih tunjuk tu kan.heheh..
Banyak jugak nak tunjuk ni,tak menang jari..heheh..
Member aku kata ni kuih nama 'double meaning'..heheh..
Dah..tu je yang ada..tahun ni macam mana korang semua 'kuih tunjuk' jugak ke?

Friday, 12 June 2015
Merapu
Cerita sikit2 je la apa yang terlintas kat kepala aku 2-3 hari ni..
1.Tahniah kepada team Malaysia atas kejayaan merangkul pingat emas dalam pelbagai acara di Sukan Sea 2015 yang berlangsung di Singapura.hebat jugak la diorang kali ni.tak ketinggalan tahniah juga buat team Singapura.aku tak berapa follow sangat pasal kat rumah pun takda astro,cuma tengok result kat internet je.
2.Ada 2-3 orang kawan aku yang dah di berhentikan perkhidmatan dengan syarikat penerbangan Malaysia iaitu MAS.simpati aku kat diorang ni..yang sorang tu duda kena tanggung anak dia yang OKU,dia ni kadang2 kena kerja 48 jam hingga tak sempat nak balik rumah jenguk anak dia.mereka yang agak komited dengan kerja dan rajin yang di berhentikan.tu yang aku rasa terkilan sangat,apa yang aku mampu katakan pada kawan2 ku ni cuma minta mereka bersabar,bumi Allah ini luas rezeki ada di mana2..dan 2 hari lepas aku melepak ngan diorang sambil mengopi,diorang cakap dapat tapak niaga bazaar ramadhan di Dato Keramat.berbekalkan wang gaji diorang kongsi meniaga ayam golek pada bulan puasa nanti..Alhamdulilah moga makin murah rezeki diorang.
Tadi aku ada terbaca kat internet pasal pergaduhan nak rebut tapak bazaar ramadhan di Senawang.aku pun pelik la tengok perangai melayu sekarang ni.benda macam tu kan boleh bawak bincang,bergaduh bukan la jalan penyelesaian yang terbaik,tinggal berapa hari je lagi nak puasa pun..aku kadang2 rasa malu dengan bangsa aku ni.sedangkan kaum lain meniaga aku tengok ok je takda hasad dengki bagai.teringat kata2 arwah mak aku sampai sekarang.arwah mak aku cakap "sebenarnya musuh utama orang melayu bukan la kaum lain yang ada kat Malaysia ni,yang sebenarnya musuh utama orang melayu ialah kaum melayu itu sendiri".
So,faham2 sudah la kan..
3.Salam Takziah untuk mangsa gempa bumi di Ranau Sabah.moga kalian semua tabah menghadapi dugaan ini.(dengar cerita Sultan Johor bagi 1 mil untuk mangsa gempa di Sabah)
Fear The Walking Dead merupakan spin off dari siri The Walking Dead yang di katakan prequel sebelum terjadinya zombie apokalips di Atlanta.(tempat yang Rick coma kat hospital dalam season 1 tu) ini pun aku tak tengok lagi,taktau sama ada best ke tak macam TWD atau sebaliknya.cuma aku harap TWD season 6 nanti ada karakter paling brutal dalam TWD versi komik tu.sesapa yang dah tengok tu cerita la sikit..
Dan last sekali..
5.Sir Christoper Lee antara ikon dunia seram yang tersohor sejak era filem hitam putih lagi.beliau merupakan pelakon British yang mula berlakon sejak era 1940an.antara karakter beliau yang popular sudah tentunya Dracula.selain dari tu beliau juga menjadi Count Dooku dalam filem Star Wars, dan menjadi ahli sihir Saruman dalam filem Lord Of The Ring dan trilogi filem Hobbit.beliau juga mendapat award 'Spirit Of Metal' dari majalah Metal Hammer sempena 'Golden Gods 2010'
RIP Sir Christoper Lee (27 May 1922 - 7 June 2015)

4.Ok,bab hiburan duniawi pulak..

Wednesday, 10 June 2015
Sunday, 7 June 2015
King Of Kings
Terlepas sehari,pada 6/6/2015 pada hari sabtu ialah hari Yang di-Pertuan Agong.yang merupakan cuti umum (yang di gantikan kepada hari isnin)sedihnya ramai yang taktau dan ambil peduli,semuanya sibuk dengan agenda politik kotor masing2 yang makin hari makin jijik aku tengok..
Pada yang taktau,yang hanya tau Yang Di Pertuan Agong ni ialah cuti umum,boleh tengok kat sini
http://en.wikipedia.org/wiki/Yang_di-Pertuan_Agong

Friday, 5 June 2015
Burger Bakar (lagi) & Kepak Ayam
Pernah cerita pasal burger bakar sebelum ni Kat Sini dan kat blog Deaf Angel pun ada cerita pasal makan jugak Di Sini.
Tinggal lagi dua minggu kita semua akan menyambut Ramadhan,sebelum tu aku tampal lagi la burger bakar ni,tapi kali ni lain punya..
Yang ni aku baru rasa haritu 'Beef Baconizer single' maknanya daging dia single layer (macam dvd pulak..haha) punya.kalau nak double pun boleh,tapi kena tambah ongkosnya laa..
So bila dah bukak lebih kurang camni la...
Dan yang ini bahagian dalaman nya...
Kira ok la tak kedekut mayonis dan diorang menggunakan pure mayonis.kalau sesetengah kedai jual burger kadang ada yang menggunakan mayonis yang di campur dengan air.itu yang buat tak sedap.
Berbanding dengan 'Smokeynizer' sebelum ni,yang ini memang kena dengan selera aku,memang sedap dagingnya.yang dah di bakar,dan dagingnya pun tak liat.kunyah pun sedap je.(memang jahanam diet aku kalau dah selalu makan burger ni..heheh) masuk yang ni je kira dah kali ke 3 aku beli Beef Baconizer ni..heheh..
Ok yang ini pulak memang makanan kegemaran aku bila tiba bulan puasa.kepak ayam madu..
Yang ni aku beli semalam,selama ni aku lalu je kat stall kepak ayam ni,dekat je dengan rumah aku.tiap kali nak balik keja mesti bau aroma dia,tu yg buat aku teringin sangat nak beli.ini di panggil 'kepak ayam madu sabah' ok la,best jugak.7 ketul rm 10.00.antara juadah berbuka puasa aku selalunya la.ada kepak ayam ni dengan roti jala memang dah cukup lah kalau waktu berbuka puasa (tapi biasanya aku tak makan abis,akan sambung makan dalam pukul 10 or 11 malam nya nanti)
Takda orang yang jual roti jala pulak.susah nak jumpa.kalau ada boleh ambik gambar tampal kat sini..heheh..

Tuesday, 2 June 2015
May 1985 In Rock
Bulan May dah pun berlalu,dah masuk bulan Jun dah pun.sekejap je dah pertengahan tahun eh?Untuk cerita bulan May yang dah berlalu ni,nak cerita pasal album yang pernah rilis pada bulan May 30 tahun yang lalu,kesemua album2 ini adalah hasil daripada pengaruh abang2 aku dan juga arwah ayah aku..
Dire Straits - Brothers In Arms (13 May 1985)
Ini album memang dah tahap cult classic lah,apa yang masih aku ingat arwah ayah aku pernah beli LP Dire Straits ni,British rock band yang memang tahap legend.lagu paling popular yang aku rasa semua tahu pastinya lagu 'Money For Nothing' ( lagu klasik rock popular sepanjang zaman) selain dari itu singles yang hit dalam album ini ialah 'So Far Away' dan 'Brothers In Arms' (Metallica pun pernah cover lagu ni)
Grim Reaper - Fear No Evil (May 1985)
Antara rock NWOBHM klasik yang memang pure British yang sama legend dengan Iron Maiden ialah Grim Reaper ni.(susah betul nak jumpa album ni kat sini,kat Amcorp pun takda.mungkin pasal maskot band ni kot?)selain Eddie Iron Maiden,maskot Grim Reaper ni pun popular jugak.gambar hantu tengkorak dengan sabit panjang dia tu dulu selalu aku lukis kat buku sekolah aku ..heheh..antara lagu yang aku pernah dengar dalam album ini ialah lagu 'Fear No Evil' dan juga lagu 'Rock n Roll Tonight'.kalau sesapa yang belum pernah dengar band ni,try la dengar.
Night Ranger - 7 Wishes ( 20 May 1985)
Band yang berasal dari San Francisco,yang agak popular juga pada era 80an,kaset ni abang aku yang no.2 yang beli,bersama2 dengan kaset band 'Great White','Winger' dan 'Whitesnake'.band ni memang aku tak follow sangat,tahu pasal kewujudan nya pun sebab abang aku penah beli kaset nya,lagunya yang aku tau cuma 'Four In The Morning (I Can't Take Anymore)' tu je,yang lain tak penah ambik tau sampai la sekarang..heheh..
Savatage - Power Of The Night (20 May 1985)
Yang ni Berteromber pernah cerita Kat Sini.aku tak payah la nak cerita panjang2..heheh..baru je dengar kat youtube lepas Berteromber review tu,lagu 'Power Of The Night' ciptaan Jon dan Criss Oliva memang betul2 power.menggoyangkan kaki aku tanpa henti.
Itu jelah pada bulan May 1985,sebenarnya banyak lagi tapi aku pilih yang mana aku ingat masa aku kecik dulu..

Subscribe to:
Posts (Atom)