Friday 11 April 2014

Wrestlemania XXX & Ultimate Warrior

 Terjangkit dengan entri Berteromber pasal Ultimate Warrior Kat Sini



Sebenarnya dah lama aku tak follow wrestling ni.kali terakhir aku tengok Wrestlemania ialah pada tahun 1998 apabila Stone Cold Steve Austin merangkul gelaran World Heavyweight Champion dengan menewaskan Shawn Michaels serta dengan bantuan dari Mike Tyson.tapi bila ternampak promo Wrestlemania kali yang ke 30 ni serta merta menarik perhatian aku.salah satu sebabnya aku ternampak barisan penggusti veteran yang muncul dalam Wrestlemania dan juga WWE Hall Of Fame.
Setiap tahun,sebelum bermulanya acara Wrestlemania akan berlangsung acara WWe Hall Of Fame bagi mengiktiraf para ahli gusti yang pernah mencipta nama di WWE.untuk tahun ini penggusti yang tersenarai dalam Hall Of Fame adalah Scott Hall 'Razor Ramon',Lita,Mr.T (juga pelakon siri tv popular era 80an The A Team) mendiang Paul Bearer,Jake 'The Snake' Roberts,Carlos Colon dan juga The Ultimate Warrior.

Seperti kata Vince Mcmahon (pemilik WWE) Wrestlemania merupakan acara tahunan terbesar dalam  WWE bermula atau berakhirnya era dalam kalendar sukan hiburan ini.apa yang aku tengok Wrestlemania pada kali ini,selain teruja melihat kembali hero2 gusti pujaan aku masa zaman kanak2 dulu seperti Ricky Steambot,Hulk Hogan,Rowdy Roddy Piper,Sgt.Slaughter,Million Dollar Man dan Dusty Rhodes,acara Wrestlemania kali ini lebih di fokuskan kepada penggusti baru.rekod tanpa kalah Undertaker di Wrestlemania akhirnya berjaya di pecahkan oleh Brock Lesnar.Triple H tewas kepada penggusti yang sedang meningkat naik iaitu Daniel Bryan,dan Daniel Bryan juga berjaya merangkul gelaran dunia apabila berjaya menewaskan Randy Orton dan Batista dalam perlawanan 3 penjuru.kecuali John Cena,yang menang dalam perlawanan menentang Bray White,Wrestlemania pada tahun ini peluang di berikan pada penggusti yang sedang meningkat naik.
Pada aku,perubahan yang di buat oleh WWE ni untuk memberi peluang kepada penggusti baru dalam sukan hiburan ini..sampai bila nak mengharapkan penggusti yang dah ada nama kan? lama2 peminat gusti pun mesti bosan jugak bila tengok orang yang sama je selalu jadi world champion.

Selang sehari selepas Wrestlemania,pada acara Monday Night Raw buat pertama kali nya hero gusti pujaan aku masak kecik dulu iaitu Ultimate Warrior muncul selepas di nobatkan dalam WWE Hall Of Fame,sehari selepas itu jugalah dunia sukan hiburan di kejutkan dengan kematian mengejut Ultimate Warrior (nama sebenar James Brian Hellwig) pada ketika peminat2 gusti gembira bila melihat beliau muncul di tv.antara pelawanan Ultimate Warrior yang masih di ingati ialah ketika beliau menentang The Undertaker.(antara konfrontasi paling di ingati dalam sejarah WWE)gaya menggoncang tali gelanggang adalah identiti beliau apabila muncul untuk sesuatu perlawanan.
Berbanding dengan penggusti pada zaman sekarang,aku rasa takda siapa yang boleh tandingi The Ultimate Warrior dengan rekod perlawan beliau yang paling cemerlang ialah menewaskan Triple H cuma 1 minit 40 saat pada acara Wrestlemania 1996,dan merangkul 2 talipinggang kejuaraan World Heavyweight dan Intercontinential Champion sekaligus.RIP Ultimate Warrior hero gusti zaman kanak2 aku..







4 comments:

  1. videoclips lawan undertaker dalam body bag match...priceless

    ReplyDelete
  2. fuh~ tu dia info! (wiki? hehehe...)

    wrestlemania terakhir yg aku "enjoy" ialah wrestlemania XX (waktu chris benoit menang world champion)

    dan kali terakhir aku layan wwe raw (wrestling secara amnya) tahun 2010, bila aku buat keputusan utk potong astro sports package yg terlajak mahal

    ReplyDelete
  3. hulk hogan aku tak suka, geli
    ultimate warrior aku palingggg suka,
    mungkin undertaker je la boleh ambik ultimate warror dari aku nye feberet WWF hero

    ReplyDelete
  4. aku dah tak ingat bila last aku tengok wrestlemania...bertahun dah...zaman2 lepas ultimate warrior memang aku dah tak follow sangat...tapi beberapa bulan kebelakangani selalu gak tengok...kedai makan tempat aku sarapan sebelum masuk kerja hari2 pasang gusti...

    ReplyDelete