Sunday 22 July 2012

The Dark Knight Rises

Trilogy filem Batman yang ketiga dan yang terakhir seperti kata pengarahnya Christoper Nolan.sebelum ni filem Batman versi baru ni telah di terbitkan mula sekali pada tahun 2005 dengan Batman Begins,The Dark Knight (2008) dan The Dark Knight Rises pada tahun ini.movie ni aku layan pada tayangan tengah malam tadi bermula pukul 12.45am.filem yang berdurasi selama 2 jam setengah ni memang terbaik pada aku,berbanding dengan The Amazing Spiderman tempoh hari.tengok teaser poster dia je dah membuatkan aku tertanya2,apa dah jadi kat Batman?dengan Bane(musuh Batman) berdiri membelakangkan topeng Batman yang pecah di atas lantai.
Filem ni bemula selepas 8 tahun kejadian di Gotham City,apa bila Batman berjaya menewaskan The Joker,dan peguam Harvey Dent/Two Face yang kononnya telah mati di bunuh oleh Batman.Batman/Bruce Wayne telah menyepikan diri dari dunia luar dan hanya menghabiskan masa di dalam villa mewahnya.Bruce yang pada mulanya tidak mahu muncul sebagai Batman,bagaimana pun terpaksa muncul kembali setelah sekumpulan askar upahan yang di ketuai oleh Bane,cuba untuk menghuru hara kan dan ingin menakluk bandar Gotham.
 Apabila syarikat Bruce Wayne/Batman ni telah cuba di ambil alih oleh pihak yang cemburu dengan kejayaan Bruce ni dan pihak ni telah berkomplot dengan Bane,demi mencapai cita cita nya yang mana akhir nya Bruce Wayne jatuh muflis.setelah itu Bane mula mengerahkan askar upahan nya menyerang bandar Gotham,dan ini memaksa kesatria malam ni muncul kembali untuk menegakkan keadilan.pertarungan sengit antara Bane dan Batman yang telah menyebabkan Batman cedera teruk hingga patah pinggangnya dan beliau telah di tawan di penjara bawah tanah.keadaan menjadi semakin rumit apabila bandar Gotham telah di tawan oleh Bane,dan Bane ingin meletupkan bandar Gotham dengan bom atom kepunyaan syarikat Wayne Enterprises.
Hanya dengan bantuan Selina Kyle/Catwoman,seorang pencuri licik,pegawai polis rookie yang bernama John Blake,dan pesuruhjaya polis Gotham city James Gordon je yang cuba membantu Batman dalam menumpaskan Bane untuk membebaskan Gotham City dari cengkaman Bane.
Filem ketiga Batman ni pada aku memang terbaik,walaupun pada permulaan ceritanya agak slow,pengarahnya bijak mengaturkan jalan cerita dalam filem ni,dengan pelakon yang mantap dari barisan pelakon Batman yang terdahulu.filem ni berakhir dengan Batman kononnya telah mati dan John Blake telah discover tempat Batman iaitu Batcave yang mana akhirnya John Blake ni menjadi sidekick Batman dengan nama gelarannya "Robin".
Filem ni berdasarkan komik Batman yang pernah aku baca dulu bertajuk "Knightfall" bila Batman telah menghadapi musuhnya yang agak sukar di tewaskan iaitu Bane,sehingga beliau patah pingang dan tulang belakangnya.
                                                  Batman Knightfall (1993)

Dari skala 1- 5,The Dark Knight Rises boleh di kasi 4 bintang.terbaik dan best.anda boleh tengok sendiri kalau tak percaya..hehe.
                                       The Dark Knight Rises Trailer


No comments:

Post a Comment