Sunday 15 July 2012

King Diamond - Abigail (1987)

Selepas King Diamond mengundurkan diri dari band Mercyful Fate,beliau telah menubuhkan band beliau sendiri.dengan menggunakan nama beliau sendiri iaitu King Diamond.ini adalah album solo kedua beliau dan merupakan album pertama yang bertemakan konsep album (penceritaan di dalam lagu).sebelum ni aku pernah buat entri pasal album King Diamond 'Conspiracy',yang merupakan konsep album jugak,dan ini adalah antara album kegemaran aku dari segi soundnya.sound klasik heavy metal 80an..
                          King mendedikasikan album ni khas untuk mendiang ayahnya

                   line up album Abigail,Andy LaRocque dan Mikkey Dee otai metal

Album yang aku punya ni adalah versi remastered dengan tambahan 4 lagu bonus yang takda dalam first pressing tahun 1987.untungnya dapat yang versi remastered ni,bunyi gitar dan sound dalam album ni dah di upgrade,kedengaran lebih jelas,dan mantap.seperti yang aku pernah cerita sebelum ni,album ni merupakan konsep album seperti kita menonton wayang/dvd cerita seram.King amat teliti dalam mengatur jalan cerita dan penceritaan dalam setiap lagu dalam album ni.di tambah dengan riff dan solo gitar dari Andy LaRouqe(beliau merupakan hero gitar metal tahun 80an)yang best.pembukaan trek lagu 'Arrival' dari riff Andy sudah cukup untuk membuatkan kaki aku bergoyang mengikut rentaknya..haha..
Line up band King Diamond :
King Diamond - vokal,produser
Andy LaRocque - gitar
Michael Denner - gitar,penolong produser
Mikkey Dee - drums (kini bersama Motohead),penolong produser
Timi Hansen - bass

                          lirik lagu dalam album ni

Ada 13 trek lagu kesemuanya termasuk dengan lagu bonus dalam remaster version ni :
1.Funeral
2.Arrival
3.A Mansion In Darkness
4.The Family Ghost
5.The 7th Day Of July 1777
6.Omens
7.The Possession
8.Abigail
9.Black Horsemen
Bonus Track :
10.Shrine
11.A Mansion In Darkness(rough mix)
12.The Family Ghost(rough mix)
13.The Possession(rough mix)

Dengar lagu dia pun seolah2 dah macam aku tengah menonton cerita seram je.dengan bunyi2 efek yang sama macam dalam movie.ok,cerita dalam album ni berlatar belakangkan pada tahun 1845, mengisahkan sepasang suami isteri yang bernama Miriam Nathias dan Johnathan Lafey,telah berpindah ke satu mansion atau villa lama.sebelum mereka pindah,mereka telah di beri amaran oleh '7 lelaki berkuda' atau the seven horsemen ni,jikalau mereka tinggal di villa itu,malapetaka akan menimpa mereka,dan Abigail akan kembali. pasangan ini tidak mengendahkan amaran tersebut.pada malam pertama mereka menginap di situ,Johantan telah berjumpa dengan Count Lafey,(keturunan Johantan jugak kot?)dracula yang dah lama menginap kat villa tu yang sebenarnya.Count LaFey telah menunjukkan mayat bayi yang bernama 'Abigail'.dracula tu juga telah menghasut Johantan supaya membunuh isterinya Miriam,kerana menurut beliau,Miriam adalah pembawa semangat 'Abigail' dan Abigail akan hidup kembali dan akan menjadi setan untuk memusnahkan mereka sekeluarga.Johnathan cuba membunuh isterinya,sebaliknya beliau yang terbunuh dan Miriam telah melahirkan 'Abigail'.setelah Miriam melahirkan Abigail,beliau juga mati dan hanya tinggal Abigail keseorangan,setelah itu,7 lelaki berkuda telah datang untuk menghapuskan Abigail sekali lagi..

Agak kompleks jalan ceritanya,yang penuh dengan tanda tanya dan misteri.lagi bagus kalau cerita ni King Diamond bagi kat mana2 pengarah filem untuk di filemkan cerita ni.mesti lagi best.apa pun album ni antara album favourite aku selain album "Conspiracy".vokal King dan bunyi2 gitar dari Andy dan Michael memang menusuk kalbu.


                                 "abigail, I know you're in control of her brain, abigail
                                              And I know that you're the one that's
                                                    Speaking through her, abigail

No comments:

Post a Comment