Monday 9 July 2012

MacGyver Season 4

Mengimbau kembali 30 tahun yang lalu.siri MacGyver ni  memang jadi kegilaan di awal tahun 80an masa aku kecik2 dulu.masa tu drama series ni memang paling top la bersaing dengan drama bersiri Knight Rider,Airwolf,dan Street Hawk.aku dapat dvd ni beberapa hari yang lalu tapi baru layan disc 1 je.dan ni adalah siri Macgyver musim ke empat.bila dapat layan drama ni,teringat masa zaman kanak2 aku dulu.seingat aku siri ni di tayangkan di kaca tv Malaysia pada setiap hari selasa pada pukul 8.30 malam.dan penaja bagi drama bersiri ni masa tu adalah rokok Gudang Garam Surya..hehe..(ingatan aku masih kuat lagi) bila dengar je lagu tema siri ni,cepat2 aku berlari pegi depan tv.kalau tengah makan kat dapur,aku cepat2 bawak pinggan aku pegi ke depan,sampaikan arwah mak aku marah dulu..hehe..
MacGyver ni megisahkan seorang lelaki genius atau otak dia memang geliga dalam menghadapi kesulitan atau masalah.sesuai dengan tag line dia "he acts fast and think faster".drama ni merupakan "action adventure".setiap episode dalam siri ni menceritakan bagaimana Macgyver ni melepaskan diri seperti terperangkap dalam timbunan ais,terperangkap dalam kebakaran,tersesat dalam hutan dan dalam situasi cemas tersebut,dia ni ada je idea untuk menangani masalah tersebut,dan dia jugak pandai menggunakan apa saja barang yang ada di sekeliling nya untuk di jadi kan senjata atau sebagai alat untuk menyelamatkan diri.sebab tu la dulu kalau ada member2 aku masa kecik dulu kalau godek2 permainan atau basikal yang rosak ke,mesti diorang akan cakap "ko ni terer la macam Macgyver"..hehe.
                         set dvd ni di datangkan khas dengan kotak lipat2
                           ada 5 disc set kesemuanya

Siri MacGyver ni  mula di tayangkan di kaca tv pada tahun 1985 hinggalah ke tahun 1992.selain dari tu Macgyver ni juga pernah di filemkan sebanyak 2 kali.filem yang pertama bertajuk MacGyver : Lost Treasure Of Atlantis dan yang kedua MacGyver : Trail To Doomsday.watak Macgyver ni di lakonkan oleh Richard Dean Anderson,seorang pelakon popular pada tahun 80an dulu.Macgyver ni juga lah yang memperkenalkan "Swiss Army Knife" iaitu pisau serba guna yang sentiasa di bawa bersamanya ke mana je dia pergi.dalam setiap episod siri Macgyver ni ada di tunjukkan beliau menggunakan pisau ni dalam apa saja situasi pun.dan kerana tu,"Swiss Army Knife" ni terkenal di seluruh dunia hingga ke hari ini..
    swiss army knife.korang mesti penah nampak pisau serbaguna ni kan?

Drama bersiri Macgyver ni memang tak membosankan.dan salah satu episod dalam siri ni yang aku suka ialah Macgyver telah beberapa kali menghadapi "musuh tradisi"nya yang bernama Murdoc.mamat ni dari season pertama dulu memang tak penah tewas,kena bakar pun hidup lagi,jatuh dari bangunan tinggi pun hidup lagi sampai Macgyver pun naik pening dah Murdoc ni ada je dok kacau dia..hehe.so,kalau rasa nak tau best ke tak penangan drama ni,boleh beli dvd nya.ada di jual dari season 1 sampai 7.
                                  MacGyver Theme
 

5 comments:

  1. Salam Rafi,

    Dah lama saya cari DVD MacGyver complete set season 1-7. Berapa harganya? Beli kat kedai video mana ye?

    ReplyDelete
  2. Saya beli dvd ni kat kl..harga kat sini memang mahal 1 disc rm9.00 kalau saudara berada di penang atau johor bahru,cuba2 lah cari di sana..2 negeri tu je yg dvd dia harga paling murah..ataupun di mudah.my tapi harganya biasa lah :)

    ReplyDelete
  3. Ok terima kasih. Sebenarnya saya di KL. Sebelum ni pernah cari kat kedai2 video Speedy, tapi takde.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok kalau kat kl cuba cari kat wangsa maju.saya beli dvd ni kat wangsa maju

      Delete
  4. salam
    kalau kat wangsa majau di mana? spesifik area@kedai

    ReplyDelete