Monday 2 July 2012

Jem And The Holograms

Aku percaya,mana2 budak perempuan yang membesar sezaman dengan aku masa tahun 80an dulu mesti ingat kat kartun/animasi ni.walaupun dulu aku selalu kena kutuk dengan kawan2 aku pasal layan kartun Jem and the Holograms ni dulu,aku tetap tengok jugak..haha..sebabnya?kartun ni bukan setakat kartun biasa,tapi jalan ceritanya yang unik,ia di buat seperti drama series yang di tayangkan sekarang.sebab aku dah layan dari episode pertama lepas tu siap bersambung,membuatkan aku nak mengetahui apa yang akan terjadi pada espisod seterusnya.siri animasi Jem and the Holograms ni telah di tayangkan di kaca tv Malaysia sekitar tahun 1985 hingga 1988.ni antara kartun yang aku layan masa aku kecik dulu selain Thundercats,Transformers dan G.I.Joe.sebab kartun ni semua karakter dia perempuan,tak pasal2 bebudak geng aku masa kecik dulu dok kutuk aku nak jadi pompuan..haha.
Antara sebab aku nak buat entri ni pasal aku terjumpa slot kartun ni dan "theme song" kartun ni kat YouTube tadi..
Kartun ni di terbitkan oleh Hasbro Inc.penerbit yang sama menerbitkan kartun Transformers dan G.I.Joe.Jem and the Holograms mengisahkankan Jem seorang penyanyi misteri yang menganggotai band rock yang bernama "Jem and the Holograms".Jem atau Jericca Benton(identiti penyamaran beliau ketika tidak menyanyi)mempunyai syarikat muzik dan juga manager bagi Starlight Music.Jerica ni mempunyai satu holografik computer rahsia yang telah di cipta oleh ayahnya sebelum ayahnya mati.holografik komputer yang bernama "Synergy" ni lah yang telah banyak membantu Jericca/Jem ni,dan telah mewujudkan band projek Jem and the Holograms ni.Jericca ni mempunyai satu micro projector seperti anting2 kat telinga dia,bila dia nak bertukar menjadi Jem(alter ego bagi penyanyi terkenal)dia akan on kan suis kat anting2 dia tu.Jem and the Holograms begitu terkenal di seluruh dunia,dan juga mempunyai musuh dalam industri muzik masa tu.dalam kartun ni jugak Jem and the Holograms ni mempunyai musuh dari band lain iaitu band "The Misfits" band ni kononnya menentang muzik yang di bawa kan oleh Jem dan band membernya yang terlalu komersil.muzik bawaan The Misfits masa tu pun menentang arus,dengan berkonsepkan heavy rock..hehe..sebab tu aku suka layan kartun ni dulu.

                                 band The Misfits

Lagi satu yang buat uniknya kartun ni ialah,setiap episod nya mempunyai muzik video,1 video dari Jem and The Holograms dan 1 video dari band The Misfits.kartun ni terus menjadi cult setelah di riliskan semula dalam bentuk dvd dari musim pertama hingga lah musim ketiga.dan kartun ni mula mengumpul peminat baru setelah di tayangkan kembali di kaca tv di US dan UK.antara drama series terbaik dalam kategori kartun pada aku.sebab kartun ni sebenarnya dah memang standard drama.ada jugak scene cium mulut masa tu..walaupun masa tu aku kanak2 riang lagi..hehe..kalau nak tau best ke tak kartun ni,try search kat Youtube.boleh layan kat situ
                                     Jem And The Holograms theme







No comments:

Post a Comment