Saturday 28 July 2012

Tarung : City Of Darkness

Selepas filem Merantau dan The Raid(lakonan Iko Uwais),filem2 indonesia telah mula menerbitkan filem yang bercorak aksi.dan salah satu dari movie Indon yang aku tengok malam tadi ialah filem ni,Tarung City Of Darkness.menampilkan muka2 baru(atau mungkin juga pelakon lama,aku tak berapa kenal sangat pelakon dari indon ni)lakonan mereka pun boleh tahan juga,menampilkan pelakon yang bertubuh sasa dan tegap.filem bercorak ala street fighting ni mengingatkan aku pada satu filem aksi dari Thailand iaitu "Bangkok Knockout"(nanti ada masa aku review)akan tetapi pujian harus di berikan kepada pengarah seni aksi ni kerana menampilkan aksi2 perlawanan yang hebat belaka.memang best lah kalau layan scene fight mereka.

Filem berdurasi lebih kurang 2 jam ni menampilkan jalan cerita yang biasa2 je.ceritanya mengisahkan tentang 4 pemuda yang telah yatim piatu sejak kecil lagi iaitu Reno,Choky.Daud dan Galang.mereka ni dah bersahabat sejak kecil lagi dan sama2 melalui pelbagai masalah bersama.mereka telah di besarkan di rumah anak yatim Bunda Mulia yang di jaga oleh Bu Lastri.
Reno yang baru je bebas dari penjara kerana kes bunuh,telah di serang oleh sekumpulan samseng yang tidak di ketahui siapa mereka.mereka berniat untuk membunuh Reno dan samseng2 ni juga menganggu rumah anak yatim Bunda Mulia,tempat di mana Reno dan rakan2nya membesar.Galang,Daud dan Chocky yakin itu adalah musuh2 lama Reno yang telah menyimpan dendam kesumat sekian lama.seperti yang telah di metrai prinsip mereka "satu terluka,semua terluka",Galang,Chocky dan Daud berganding bahu untuk membantu Reno menumpaskan musuh2 mereka.
Sementara itu Galang telah jatuh hati dengan Astrid,seorang pelayan kelab malam yang bernasib malang yag sentiasa di dera oleh majikannya supaya menjadi pelacur bagi lelaki2 yang berkunjung di kelab malam tersebut.simpati dengan nasib Astrid,Galang telah bersengketa dengan majikan Astrid dan membawa Astrid keluar dari tempat tu.
Cerita ni berakhir apabila Galang,Chocky dan Daud telah tumpas di tangan musuh2 Reno,hanya tinggal Reno je yang terselamat.
Movie ni jalan cerita dia biasa je.cuma part aksi tu boleh di katakan best jugak la.martial arts dia memang best.cuma banyak cewek seksi banget dalam movie ni..haha..mungkin untuk pelaris filem kot?apa pun terpulang pada anda kalau rasa nak layan filem aksi indonesia,boleh la menonton filem ni.

                                         Tarung city of Darkness trailer

1 comment: