Wednesday 30 May 2012

Safe House & Safe

Malam semalam dan petang tadi 2 movie aku layan dengan tajuk yang hampir sama tapi dengan jalan cerita yang berbeza.Safe House dan Safe.movie yang mula2 aku layan ialah Safe House.
Filem aksi thriller lakonan Ryan Reynolds(Green Lantern,Blade Trinity) dan pelakon versatile yang pernah memenangi oskar iaitu Denzel Washington.filem ni mengisahkan Tobin Frost(Denzel Washington)adalah bekas agent CIA yang kononnya berpaling tadah dan menjadi buruan pihak keselamatan Amerika.ketika beliau berada di Afrika untuk mengadakan urusan jual beli dokumen rahsia CIA,dia telah di serang oleh askar upahan yang ingin mendapatkan dokumen rahsia dari beliau.ni menyebabkan beliau terpaksa menyerah diri di kedutaan US dan di tangkap.sebelum beliau di bawa pulang ke Amerika,beliau telah di hantar ke "Safe House" (kira macam tempat tahanan sementara bagi penjenayah yang paling di kehendaki di US).dan safe house tersebut di jaga oleh Matt Weston(Ryan Reynolds)Matt ni cuma agen CIA yang bertaraf "rookie"..ketika Tobin Frost sampai di safe house dan di soal siasat,safe house telah di serang oleh askar upahan yang ingin menangkap Tobin.Tobin dan Matt berjaya melarikan diri dari safe house tersebut.dan pada masa yang sama pada mula nya Matt yang menganggap Tobin ni penjenayah,mula mmpercayai Tobin ni..rupa2nya dokumen rahsia yang pihak atasan CIA mahukan dan ingin membunuh Tobin ni sebenarnya ialah senarai antara badan2 perisikan di US dan UK yang corrupt,nama2 pegawai atasan yang meyalah guna kuasa untuk kepentingan diri.filem yang penuh aksi dan cemas ni memang best,tak boring dan plot nya tersusun yang menyebabkan kita ingin tahu hingga ke akhir cerita ni..4 bintang untuk movie ni..

Ok,lagi satu pulak movie Safe,lakonan pelakon aksi terkenal masa kini yang juga aktor kegemaran aku Jason Statham.
Filem ni ok2 je la,kalau setakat nak tengok aksi lawan,tembak menembak macam dalam movie "Transporter" sebelum ni boleh di katakan lebih kurang sama je lah..mengisahkan Luke Wright,seorang bekas polis yang menjadi fighter untuk suatu perlawanan ultimate fighting yang sepatutnya beliau perlu kalah dalam pertarungan tersebut yang sebelum ni beliau telah di sogokkan dengan wang oleh mafia russia dan rakan polisnya yang korup.yang mana akhirnya isteri beliau telah di bunuh oleh mafia russia,dan beliau telah hidup melarat tanpa tempat tinggal.dan nasib beliau berubah apabila terjumpa dengan seorang budak perempuan yang genius.budak perempuan tersebut mempunyai ingatan yang kuat,dan berupaya menyimpan nombor2 dan kod rahsia kepunyaan mafia china.apabila pihak mafia russia tahu pasal budak perempuan yang di jaga oleh kumpulan mafia china tersebut,pihak mafia russia ingin menangkap budak perempuan tu dan mendapatkan kod rahsia tu.Luke telah berjaya meyelamatkan budak perempuan tu dan sekaligus terlibat dalam konfrontasi antara mafia china,mafia russia dan pihak polis yang korup.
jalan cerita dia agak mudah dan simple.tapi bagi peminat filem aksi dan pernah tengok cerita "Transporter" dulu,boleh la layan movie ni.. 2 bintang.

p/s : movie yang terbaik pada aku dah tentu lah "Safe House"

No comments:

Post a Comment