Friday 18 May 2012

Iron Maiden - En Vivo! Cd

Baru je beli beberapa hari yang lepas..aku beli dalam 2 versi,satu cd dan lagi satu versi piring hitam.so,hari ni aku nak citer yang cd punya dulu.cd live konsert ni di rakamkan di Chile sewaktu Maiden buat siri jelajah konsert mereka di seluruh dunia pada tahun 2011 yang lalu yang di gelarkan "The Final Frontier World Tour".mereka melakukan tour keliling dunia dalam masa 60 hari.salah satu sebab kenapa Maiden terbitkan cd live kat Santiago,Chile ni,kerana kat sini la konsert mereka yang paling ramai penonton dan jualan tiket sold out pada hari tersebut.
Dalam cd ni,lagu2 semuanya ada yang dari album paling hit mereka pada tahun 2010 yang lalu bertajuk "The Final Frontier" dulu.dan selain tu ada jugak lagu2 dari album mereka yang lepas2,macam lagu "Fear Of The Dark" "Running Free" "2 Minutes To Midnight" dan lagu wajib mereka "The Trooper".
Album ni ada 2 cd.takda yang menarik sangat kat inlay album ni,cuma lirik lagu2 dalam album ni,dan gambar2 anggota2 Maiden beraksi di pentas.
Lagu2 mereka dalam ni kebanyakkan nya aku dah selalu dengar yang versi live,cuma aku lebih teruja dengan lagu2 dari album "Frontier" mereka.antara lagu yang menjadi favourite aku "The Final Frontier" "The Talisman" "Coming Home"dan "When The Wild Wind Blows" (lagu paling panjang dalam album ni).
                             Mr.Andrian Smith a.k.a H my fav guitar hero

Yang tak best nya ialah cover depan album ni,tak cun langsung.taring eddie tu panjang sangat.berbeza dengan album cover Maiden yang lepas2.tapi bunyi audio dalam cd ni memang yang terbaik lah.solo gitar dari Andrian,Janick ngan Dave memang jelas,padat dan penuh.sama jugak dengan bunyi dram Nicko Mcbrain.ketukan dan bunyi double pedal dia best.
                                      Nicko Mcbrain
Semua lagu dalam album ni biasa je,yang menarik pada aku lagu2 baru mereka.cd ngan piring hitam dah dapat,tunggu yang versi DVD pulak.kat sini belum lagi sampai yang versi dvd nya.nanti aku citer yang versi piring hitam pulak eh.

No comments:

Post a Comment