Wednesday 2 May 2012

Asapanas Bistro Steamboat

Petang semalam bersama beberapa orang teman,aku pergi la makan steamboat.ni pun aku pergi atas cadangan rakan sekerja aku,kata beliau,kedai ni yang terbaik.aku pergi 4 orang,dan gambar di atas adalah sebahagian dari pada menu pilihan aku dan teman aku..kedai ni namanya Asapanas Bistro Steamboat yang terletak di Bandar Baru Selayang,berhampiran dengan Stadium Selayang.waktu aku pegi pun senang dapat parking,takda masalah.mungkin bukan malam minggu agaknya tu yang senang dapat parking,sebelum aku datang sini,aku ada tengok jugak la website Bistro Asapanas ni,ternyata kedai ni bukan saja terkenal di Selayang,tapi golongan artis terkenal pun pernah menjamu selera kat sini..
Susun atur atau deco kedai ni pun cantik,tempat pun selesa,cuma time makan tu je ada sesetengah pengunjung yang tak rasa selesa sebab sedang menjamu selera tu terasa bahang dapur steam tu kita akan rasa berpeluh.tapi biasa la kan,kalau berpeluh tu maknanya makanan tu sedap la ye tak?hehe..antara menu pilihan aku haritu adalah ayam dan daging black pepper,udang,fish ball,kerang,dan macam2 lagi yang aku sendiri tak tau nak sebut..hehe..tapi memang best la.
Kat section ni korang boleh pilih sendiri apa yg korang nak dan masak sendiri kat masak sendiri kat dapur steam yang dah di sediakan.tapi perlu di ingat,kena makan sampai habis,kalau tak habis,akan di kenakan bayaran di sebabkan pembaziran makanan kat situ.nasihat aku,ambik sikit2 dulu,lepas tu kalau tak cukup baru ambik lagi.jangan tamak,melainkan kalau korang memang kuat makan.
Ni adalah sebahagian menu yang di cadangkan,ikut pada selera masing2 lah kan..tapi kalau yang ada alergi tu yang tak boleh makan makan udang ke,ketam ke di nasihatkan jangan makan lah,boleh cuba daging atau pun ayam black pepper kat sini.kalau terasa nak makan steamboat,pada yang tinggal dekat2 kl ni boleh la try makan steambot kat sini..harga pun berpatutan dan servis pun bagus.ok lah,nanti kalau aku ada gi tempat makan yang best2 lagi,aku tampal gambar makanan kat sini lagi ok..

2 comments:

  1. singgah blog ni, nak merasa kejap lagi lepas maghrib. baca review gcew hihi

    ReplyDelete
  2. hari jumaat ni nak pergi ngan rakan2 opis..semoga semuanye berjalan lancar..hohoho..amin

    ReplyDelete