Sunday 13 May 2012

Buku Membongkar Kesesatan Black Metal

Buku ni aku beli masa pesta buku kat PWTC tempoh hari.tertarik dengan tajuknya,aku pun beli.banyak kisah2 menarik dalam ni yang telah di tulis oleh Ann Wan Seng (seorang cina muslim).daripada asal usul pemujaan syaitan,hinggalah masuk ke bab muzik black metal dan kisah bagaimana black metal yang pernah menggemparkan Malaysia suatu ketika dulu.setelah aku baca sampai habis,ternyata ada sesetengah fakta dalam buku ni tak berapa tepat.bukanlah niat aku nak mengatakan penulis buku ni tak betul,tapi ada antaranya bercanggah,sepatutnya penulis ni patut melakukan kajian tentang muzik metal ni lebih dalam lagi,dan aku tau bukan senang nak menghasilkan buku sebegini,tetapi penulis sepatutnya lebih peka dengan maklumat terperinci dalam setiap isi buku ni.
Selain dari tu di ceritakan juga kisah2 remaja yang terjebak dalam gejala sosial Black Metal ni.kisah yang pernah berlaku di negeri Kedah dulu.ada di ceritakan juga secara terperinci bagaimana pengikut2 Black Metal ni melakukan ritual dengan membakar Al Quran,melafazkan sumpah janji taat setia kepada ketua nya,dan juga meminum darah kambing hitam?.Selain dari tu ada di terangkan juga kisah band2 Black Metal yang pernah menjadi pujaan remaja2 atau peminat2 black metal ni.bagaimana dan kat mana mereka ni melakukan ritual,melakukan seks bebas,dan juga meminum arak.semua ni di katakan pernah juga berlaku di satu tempat di negeri Kedah.
Antara fakta yang kurang tepat :
-Metallica,Iron Maiden,Judas Priest bukan lah band Black Metal.band ni memainkan muzik heavy metal.senang cakap,muzik heavy yang berharmoni,tak sama dengan muzik black metal yang menggunakan vocal yang keras dan garau (growl)yang sukar di fahami sebutannya(kena tengok lirik kat cover album baru paham).dan lirik lagu bagi band2 heavy metal selalunya mengisahkan tentang peperangan,penyakit,pasal kemanusiaan dan juga tentang isu semasa.jika di lihat pada lagu nya memang tidak ada yang berunsurkan memuja setan.cuba dengar lagu dari Metallica seperti "One" (kisah seorang askar yang telah kehilangan anggota badan nya)"Master Of Puppets" (lagu tentang bahayanya dadah) dan juga lagu "Fuel" (lagu tentang minyak petrol).dan muzik mereka lebih berharmoni bukan macam black metal yang muziknya lebih keras dan bingit.
-Majalah Metal Hammer bukan lah majalah memuja syaitan,majalah tersebut ialah majalah muzik khas untuk peminat2 heavy metal seluruh dunia..ni boleh tengok kat review majalah Metal Hammer yang aku penah buat yang lepas2.

Aku sendiri pun tak dengar muzik yang berunsurkan Black Metal ni,dengan muzik yang bising,dengan suara yang macam tersekat kat kerongkong,lirik2 lagu nya memang mengisahkan tentang setan dan pemujaan syaitan.jikalau anda peminat black metal sekali pun.dengar saja,jangan terpengaruh dah la.situasi nya sama je dengan kita mendengar muzik pop.(muzik pop ada juga lirik nya yg berbaur seks).
Kesimpulannya,kalau nak dengar muzik,dengarkan muzik yang bagus.kalau nak layan heavy metal pun,dengar heavy metal yang bagus.banyak band2 yang memainkan lagu heavy yang takda kena mengena dengan memuja syaitan ni.tu pada pandangan aku lah.tapi terpulang pada halwa telinga masing2 la kan.

Pada sesiapa yang nak tau apa itu Black Metal,boleh la baca buku ni,cuma ada setengah fakta yang kurang tepat (maaf sekali lagi aku tak bermaksud nak mengondemkan penulis ni)selain banyak salah ejaan dalam buku ni,anda juga boleh mengetahui kisah2 asal usul bagaimana syaitan di telah di puja oleh orang zaman dahulu dan jadi tradisi turun temurun sampai la sekarang..

P/S : Walaupun buku ni membongkar kesesatan Black Metal,sepatutnya cover depan dia tu tak boleh la letak gambar bintang bebucu 3 tu.bukan ke lambang pentagram memuja syaitan tu?terpulang pada anda,tepuk dada tanya selera

6 comments:

  1. dan juga lagu "Fuel" (lagu tentang minyak petrol) <- (y)


    ini entri djaman blm ada pengomen hahaha~ :)
    biar aku pecahkan suasana

    ReplyDelete
  2. aku minat muzik black metal ni,tapi tak perna pula buat benda2 mengarut huhu.. aku nak cari buku ni rasa2 ada jual kat mana ye!! hehe..

    ReplyDelete
  3. BLACK METAL IS 4 LYFE!!!!!!!!!!!!!11111111111111

    ReplyDelete
  4. Haha, sekarang yahudi dah tak payah pakai underground scene, mainstream dah ada dah. Yang dulu band main christiancore pun dah terjerumus ke illuminati. Apa jadah

    ReplyDelete
  5. Haha, sekarang yahudi dah tak payah pakai underground scene, mainstream dah ada dah. Yang dulu band main christiancore pun dah terjerumus ke illuminati. Apa jadah

    ReplyDelete