Tuesday 8 May 2012

Baru Atau Baharu?

Sejak kebelakangan ni aku ada terperasan ayat yang di gunakan untuk urusan rasmi dan juga ayat ni aku jumpa hari2 dalam surat khabar berbahasa melayu.dan ayat tu ialah "baharu".bukan ke dulu selalu kita sebut "baru"?contohnya macam ni : "mamat baru saja tamat pengajiannya" atau "ahmad baru saja memiliki basikal baru".lama juga kita menggunakan frasa "baru" tu kan?dari aku sekolah rendah dulu memang guna ayat "baru" bukan "baharu".dan akhirnya tanda tanya aku terjawab akhirnya..

Kenapa kita menggunakan frasa ayat "baharu" sekarang?kenapa tak guna kan ayat "baru" lagi?ini jawapan yang aku dapat dari teman akrab aku  sejak dari sekolah rendah lagi iaitu puan azura halid.beliau ni penulis cerpen,novelist dan boleh di katakan pakar bahasa juga.rupa2nya antara "baru" dan "baharu" bersangkut paut dengan ayat dalam bahasa inggeris jugak.kalau "baharu" tu dalam english di sebut "new",kalau "baru" dalam english di sebut "just".
Contoh ayat yang senang:
mamat baru (just)saja memiliki motosikal baharu (new)
mamat has a new motorcycle.
Senangkan?aku tak tefikir pun selama ni.sebenarnya bahasa melayu kita ni banyak lagi yang kita perlu pelajari.memang bahasa melayu ni suatu bahasa yang indah sebenarnya,cuma kadang2 kita ni selalu je terlepas pandang.jangan ingat bahasa melayu ni senang.lagi susah dari bahasa inggeris yang sebenarnya.dan bahasa melayu kita ni dah di pelajari oleh pelbagai bangsa di dunia ni.orang Rusia,Amerika,Australia,hinggakan Nepal dan Bangladesh pun boleh berbahasa melayu walau baru 6 bulan datang ke Malaysia ni.(memang kadang2 bahasa melayu yang di guna pakai oleh nepal dan bangla ni tungang langgang tapi sekurang2nya diorang menguasai dan faham bahasa melayu ni). bukan ke kita belajar bahasa melayu ni dari waktu kita kecil,sampai ke sekolah tadika.sekolah rendah dan menengah hinggalah ke ipta,tapi kenapa bahasa melayu kita ni masih teruk lagi?ada pelajar sekolah melayu yang gagal dalam peperiksaan Bahasa Melayu.kenapa boleh jadi macam tu?ada yang cakap bahasa melayu ni susah,sebenarnya tak susah,kalau dah anggap susah,memang susah la jadi nya,tapi pada aku la kan,kalau nak mendalami bahasa melayu ni senang je,banyak kan membaca,tak kira la surat khabar ke,novel ke,buku ilmiah atau sastera ke.(belajar bahasa sastera pun bagus).jangan ingat bila dah tak sekolah,dah kerja kita tak perlu mendalami bahasa ni..silap tu.ni tak,ada antara kita ni yang kononnya tak makan sambal belacan,duduk kat KL,speaking london,nak jaga standard la katakan..(aku paling tak suka kalau orang melayu macam ni,hipokrit)kalau dah di lahirkan melayu tu,belajarlah bahasa melayu kita yang sangat indah ni..harap kita semua dapat mempraktikkan nya.
                        Awek Rusia cakap melayu,bangga tak kita?
                  

No comments:

Post a Comment