Saturday 31 December 2011

Selamat Tinggal 2011 Dan Selamat Datang 2012

Ni adalah posting terakhir di tahun 2011.aku pun takda apa sangat nak cerita kat sini.lagi pun semalam aku dah cerita kan?berbagai kenangan pahit,manis,kelat,hampeh suma ada.hehe..yang sedih,tak dapat tengok IRON MAIDEN kat Singapore pada 15/2/2011 yang lepas walapun aku dah ada tiket..kerana sebab yang tak dapat nak di elak kan,aku tak dapat nak pegi.lagi 1 kenangan pahit aku semalam aku dah cerita kan?takyah la nak ulang lagi..hehe..walaupun aku dah hilang seorang,aku masih ada lagi kawan rapat yang baik ngan aku sejak dari sekolah rendah lagi.beliau je yg boleh paham aku,yang boleh dengar luahan hati aku ni..kepada beliau kalau beliau ada baca blog aku ni,aku nak ucapkan terima kasih banyak2 kerana sentiasa bersama aku dalam waktu aku berduka dan bergembira.moga hubungan persahabatan yg terjalin sejak kita kecik dulu kekal sampai bila2..heheh..

Berbalik pada kenangan manis plak.boleh di katakan tahun ni rezeki aku sentiasa ada..alhamdulilah..walaupun kadang2 apa yang aku nak tu ada yang tak penah dapat,syukurlah dengan apa yang ada..dengan apa yang dapat aku capai pada waktu ni..insya allah apa yang kita nak tu kalau kita usaha pasti akan dapat juga kan..cuma jangan la putus asa..aku harap pun korang begitu jugak lah..jangan mudah putus asa.moga pada tahun 2012 nanti impian dan harapan kita semua nya tercapai..

Lagi cerita pasal 2012 ialah tentang ramalan kaum mayan atau Maya tentang dunia akan berakhir atau kiamat pada tahun 2012.dan lagi satu dari peramal terkenal dari perancis iaitu Nostradamus.melalui cerita yang di gembar gemburkan oleh media tentang mereka2 ni telah membuatkan ada sesetengah orang yang fobia dengan tahun 2012.






Perlu di ingatkan di sini,kita sebagai orang islam,tidak perlu percaya pada kata2 nostradamus atau pun kaum mayan tu.mereka bukan nya tuhan yang boleh menentukan bila datang nya kiamat.junjungan Nabi Muhamad S.A.W pun sendiri tidak tahu bila akan tejadi nya kiamat tu..pada aku tu semua propaganda dari barat penuh dengan muslihat dan tipu daya yang cuba untuk membuktikan kebenaran sedangkan belum tentu benar.jangan mudah terpengaruh dengan 'omongan' kosong seperti itu..

Sabda Rasulullah S.A.W :
"Pada akhir zaman akan muncul pembohong- pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu" * Sahih Muslim*

Sabda Rasulullah S.A.W seperti di atas sudah cukup untuk membukti kan apa yang aku ceritakan tadi.tak payah kita nak fikirkan tentang hal tersebut.perbanyakkan amal ibadat lagi bagus..berdoa adalah yang terbaik.moga kita di jauhkan dari segala kejahatan dan unsur2 fitnah dalam kehidupan kita ni..

Cukup dulu la kot?mata aku pun dah ngantuk ni..

No comments:

Post a Comment