Tuesday 20 December 2011

Metallica - Beyond Magnetic



Metallica telah melancarkan 'unreleased track' sebahagian lagu yang di rakam sewaktu album 'Death Magnetic' dengan nama 'Beyond Magnetic'.4 lagu yang di jual secara download di Itunes.ini sempena ulang tahun Metallica yang ke 30,dan mungkin juga untuk ambik hati peminat Metallica balik kot..pasal ramai frust ngan album 'LuLu' yang hampeh tu..hehe..ramai peminat Metallica yang kecewa dengan 'LuLu', yang konon nya ekperimentasi bersama Lou Reed tu.sebenarnya album LuLu tu ok,cuma tak kena ngan Lou Reed je..Anyway aku ada beli album LuLu tu,nanti aku citer lah ok?.
So berbalik pada Beyond Magnetic ni,4 lagu ni Metallica dah main live masa konsert ulang tahun diorang kat San Francisco baru2 ni.4 lagu yang memang boleh tahan sedap.suma 4 lagu tu ialah :


1.Hate Train   6.59
Intro mula2 bunyi degupan jantung macam lagu 'That Was Just Your Life' dalam album Death Magnetic.dengan fast riff gitar Hetfield,dengan solo Kirk Hammet pada awal lagu,lepas tu masuk jeritan Hetfield "Hateeee..!"memang best.Kirk jugak pelbagaikan solo beliau dalam lagu ni.


2.Just a Bullet Away   7.11
Lagu sepanjang 7 minit tapi 'kureng' bagi aku.intro drum dari Lars yang statik.biasa2 je.Lars pun teruk kena kutuk skang ni pasal teknik permainan drum beliau yang takda perubahan.pada hal lars ni dulu kira idola ramai drummer,tapi skang teruk kena kutuk.sian beliau..heheh.di pertengahan lagu ni ada macam iras2 'Master Of Puppet' skit.kira ok la kalo nak layan.


3.Hell And Back  6.57
Track favorite aku,agak mid tempo skit ala2 lagu dari album LuLu..lupa apa tajuk dia tah..tapi takde la suara Lou Reed membebel macam dalam LuLu tu..hehe..bila masuk pertengahan lagu dia jadi fast balik.


4.Rebel Of Babylon  8.01
Lagu paling panjang dalam EP ni 8 minit..stail bunyi dan riff macam album 'And Justice For All' pulak.fast,heavy.tapi best.simple dan agresif.


Kesimpulan nya,seperti jugak kita dengar album Death Magnetic dengan produksi dari tahun yang sama dan penerbit yang sama iaitu Rick Rubin(pernah menerbitkan album untuk Slayer dan jugak artis pop)Metallica cuba mengambil kembali hati peminat2nya dengan 4 lagu ni setelah ramai kecewa dengan album kolobrasi Metallica dengan Lou Reed tu..terpulang pada masing2 sama ada suka atau tidak denga 4 lagu baru ni.


No comments:

Post a Comment