Sunday 25 December 2011

Perakam Video(Sistem Video Rumah)

Sistem Video Rumah (Inggeris: Video Home System[1]), atau lebih dikenali dengan singkatannya VHS, ialah satu piawaian rakaman dan main balik video yang dimajukan oleh Victor Company of Japan, Limited (JVC) dan dilancarkan pada September 1976, menjadikan The Young Teacher filem pertama yang dikeluarkan dalam bentuk tersebut. Menjelang 1990-an, VHS menjadi format piawaian untuk rakaman dan tontonan pengguna, setelah berentap dalam satu perang format yang hangat menentang Betamax Sony dan juga Video 2000 Philips, Laserdisc MCA dan Capacitance Electronic Disc RCA.
Mula-mulanya VHS menawarkan tempoh rakaman lebih lama berbanding sistem Betamax, dan juga menikmati kelebihan mekanisme angkutan pita yang kurang rumit. Meskipun VHS dan Betamax bersaing, namun sesetengah teknologi penting VHS dilesenkan dari Sony. Pemain VHS awal boleh menggulung semula dan memundar laju pita dengan lebih cepat berbanding pemain Betamax VCR kerana pemain VHD mencabut pita dari kepala main balik sebelum memulakan apa-apa penggulungan laju. Kebanyakan mesin VHS baru tidak menjalankan langkah mencabut pita ini, kerana sentuhan kepala-pita bukan lagi halangan kepada penggulungan laju, hasil peningkatan dalam kejuruteraan.
Minggu 15 Jun 2003 menandakan julung kalinya format DVD (yang dilancarkan pada tahun 1996) mengatasi VHS di Amerika Syarikat. Walaupun masih popular bagi rakaman rumah, namun pita VHS sudah banyak diganti oleh DVD untuk kandungan video rumah prarakaman.
Menjelang tahun 2006, kebanyakan studio perfileman utama berhenti mengeluarkan judul filem baru dalam format VHS, demi keluaran DVD sahaja. Kebanyakan kedai-kedai utama turut menghentikan jualan filem prarakaman dalam VHS, namun kaset prarakam VHS masih digemari ramai pengumpul, terutamanya kerana masih terdapat beribu-ribu judul yang masih tidak terdapat dalam bentuk DVD atau mana-mana format baru.

Sumber : Wikipedia.

Aku percaya,bebudak zaman skang ni mesti tak tau apa kebenda nya ni.perakam video atau vcr ni dah ada kat pasaran malaysia sejak penghujung tahun 70an lagi.masa tu kira golongan berada je yang mampu memilikinya.sebab masa tu benda ni memang mahal la ribu2 jugak harganya dulu..aku masih ingat lagi masa aku kecik2,ada 1 rumah kat kawasan tempat tinggal aku ni dulu ada vcr ni,dan tuan rumah tersebut siap offer,sapa2 yang nak tengok citer kartun ke,citer melayu/indonesia lama2 ke,tuan rumah tu akan kena kan bayaran 50 sen tiap sorang,so apa lagi,penuh la rumah orang tu dengan budak2 yang tengah kemaruk nak tengok citer kat vcr tu.antara citer popular masa tu ialah Commando,(lakonan Arnold susah-nak-eja).Rambo (lakonan Slyvester Stallone)dn cerita2 dari indonesia masa tu yang tengah popular dengan cerita Si Buta Dari Gua Hantu,Si Pitung,Jaka Sembung(penah jadik idola aku masa kecik dulu)hahah..dengan cerita Sundel Bolong lakonan pelakon lagenda indonesia Suzanna.cerita2 kartun yang keluar dalam bentuk tape video atau di panggil VHS amat popular jugak waktu tu,masa tu aku memang tengah kemaruk kartun Transformers,Thundercat,dan Ultraman.so bila tiba cuti sekolah dulu,aku selalu pegi rumah sepupu aku yang tinggal kat Ulu Klang.kalau cuti sekolah je memang happy gila la aku dapat gi rumah dia,pasal rumah dia ada VCR ni,dan dia selalu rakam citer2 kartun dari tv tu ke VHS tape tu.mana episode citer Thundercats yang aku terlepas tak dapat tengok,boleh layan kat VHS tape tu..hehe(dulu time aku sekolah,cuti umum bagi negeri johor ialah jumaat dan sabtu,ahad kena sekolah,dulu kalau hari ahad selalu melepas tengok citer kartun best2 kecuali kalau cuti kelepasan am)dan makcik n pakcik aku pulak memang sporting,dia akan biarkan anak sedara dia ni layan tape2 VCR ni sampai lebam..! sampai aku tak telarat nak tengok..hehe..sepupu aku tu memang banyak koleksi kartun2 n cerita yang best2..memang tak terlayan la.

Perakam video ni memang boleh rakam apa saja cerita kegemaran yang di mainkan di tv waktu tu,yang aku masih ingat orang gaji makcik aku dulu siap tolong rakam drama series Knight Rider kat tv dulu..hehe.pada yang tak tau,tape vcr rupa dia macam ni haa..
kalau tape yang 'kosong' yang di guna kan untuk rakam cerita kegemaran kat tv tak silap aku dalam rm10.00 or rm8.00 kot?lebih kurang macam tu la..yang untuk movie punya rm29.90.siap ada kotak cantik punya.lebih kurang macam ni lah..

Ada yang cantik,kelemahan tape2 ni cuma 1 je,kalau lama tak di mainkan,akan berkulat di tali pita tu,kalau selalu di mainkan takkan jadi la,masa tu aku masih ingat lagi kedai2 untuk sewa pita video ni tumbuh bagai cendawan,bila kita pertama kali jadi coustemer kat satu kedai tu,kena bayar deposit untuk sewa tape video kat situ,secara otomatik kita akan jadi 'member club' di kedai tersebut..dan sewa untuk 1 tape kat situ rm 3.00 dan kalau kita sewa sehari,dan pulang balik kat kedai tu awal,tokey kedai tu akan bagi lagi diskaun atau dapat 1 pita free (kira pinjam jugak,tapi tak kena bayar la).

Bila aku dah kerja,dapat la jugak aku merasa membeli perakam video ni,masa tu pun harga boleh tahan mahal lagi ,sekitar rm 300 - 400 jugak..! (skang dvd player keluaran China pun bole dapat dalam rm 90.00 je).so masa tu kira bangga la jugak,pasal  aku gila kumpul tape2 konsert rock..! heheh.mana member2 rock yang tinggal serumah dengan aku dulu selalu jugak la beli tape2 konsert rock ni.boleh di kata kan time tu kat rumah sewa aku dulu penuh dengan tape2 konsert je macam iron maiden,metallica,motley crue,poison,guns n roses dan macam2 lagi la aku pun lupa.masa aku kecik dulu,aku ingat lagi ada 1 brader ni beli tape konsert iron maiden live kat rainbow theater london tahun 1980.sampai sekarang aku cari konsert tu dalam bentuk dvd,tapi takda.

                                                 gambo ni bukan aku punya,cilok kat wikipedia
                                                      kredit kat tuan punya gambo ni.tq.


Lepas tu perakam video aku tu hilang,pasal rumah sewa masa tu kena pecah..isk2..kira sedih gak la kan..banyak kenangan tu.bila cuti je dulu memang aku selalu layan tape2 konsert atau movie sampai boring.lepas tu dah upgrade  ke dvd pulak.budak2 sekarang yang tau psp,ipad,iphone,playstation 3 mesti tak tau apa benda ni kan?rasanya tv yang kaler hitam putih tu dulu pun diorang tak tau..kenangan mengusik jiwa...

4 comments:

  1. lama dah sy cari......yg kt umh rosak....tau dak kat mana ada jual ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ada vcr baru lg dalm kotak x guna.klu minat call kta bncang harga 0133390172 din

      Delete
  2. I love what you guys tend to be up too. This type of clever
    work and exposure! Keep up the terrific
    works guys I've you guys to blogroll.

    Feel free to visit my weblog - natural cellulite treatment

    ReplyDelete
  3. sy nak bli dr awak.

    ReplyDelete