Saturday 24 December 2011

Metal Hammer 25th Annivessary

Sempena ulang tahun yang ke 25 majalah metal tersohor ni,metal hammer mengeluarkan edisi khas seusia dengan kematian tragik pemain bass lagenda Metallica iaitu Cliff Burton.sapa yang tak kenal Cliff Burton pemain bass hebat di zaman awal Metallica.dengan seluar bell bottom yang menjadi imej beliau dan ikutan peminat metal pada zaman tu.dalam majalah ni jugak ada dapat cd free
Lagu2 yang boleh di kira klasik jugak dari Slayer,Sepultura,Dimmu Borgir,Machine Head dan ada jugak dari band2 Metal yang baru.
Bukak je muka depan,muka Corey Taylor dari Slipknot..cett..aku memang tak berapa suka sangat Slipknot ni..tak bole nak layan..

Bintang siri tv Star Trek,William Shatner a.k.a Mr.Spock pun nyanyi lagu metal..!dasat orang tua ni..kolobrasi beliau dan Zakk Wylde William Shatner cover lagu 'Iron Man' dari Black Sabbath.Beliau bercerita tentang lagu tersebut dalam ni..

..And of coz,cover story Cliff Burton..
Jason Newsted(pengganti Cliff sebelum Rob Trujillo)pernah berkata,Cliff adalah jelmaan 'Jimi Hendrix' yang bermain bass.di sebabkan teknik pemainan beliau yang unik.dan Cliff juga menjadi idola ramai pemain bass pada waktu tu.cerita masa Cliff dari kecik,ke remaja dan penglibatan awal Cliff dalam scene heavy metal.

 Interview dengan kawan se'metal' beliau seperti Dave Mustaine(Megadeth),Scott Ian (Anthrax) dan jugak anggota Metallica yang lain..
ada jugak interview ngan bekas awek Cliff,iaitu Corrine Lynn.dia cakap kalau Cliff sibuk dengan tour,Cliff selalu tulis surat kat dia.dia cakap lagi,dia memang dah lali ngan perangai Cliff yang tak kisah orang nak cakap apa pun..

Panjang lebar citer pasal Cliff kat dalam ni,dengan gambar2 beliau bersama Metallica,kisah pahit manis karier Metallica bersama Cliff,dan memori Scott Ian kena tahan ngan Cliff pasal dadah masa kat London dulu.

                                                              Legendary Bass Player



Johnny Zazula,pemilik Megaforce Records,record company yang pertama yang ambik Metallica jadi artis naungan nya dan jugak penerbit bagi album pertama Metallica 'Kill "Em All',bercerita tentang Cliff dan mengingati saat2 sebelum kematian tragik Cliff..

   Dan tak lupa jugak ada ulasan album..album apa?haa ni..

LuLu..!hahah..ulasan dari Mick Wall,Scott Rowley(Classic Rock Magazine) dan Dom Lawson..ulasan ada yang puji sikit,tapi banyak yang perli je..hahah..

Ulasan album baru Megadeth 13 pun ada gak..
album paling heavy kata Dave..ok la..dari pada 'LuLu' tu..heheh


yang lain2 kisah 25 tahun majalah metal tersohor ni,dari seawal tahun 1986 hinggalah sekarang..
                                            cover terawal Metal Hammer,ZZ Top..!

macam2 cerita ada,kisah Metallica dengan black album,Nirvana jadi cover Metal Hammer,konsert pertama Slayer kat UK,Metallica potong rambut,Black Sabbath reunion,Rob Halford tinggalkan Judas Priest,Bruce Dickinson keluar dari Iron Maiden,Guns n Roses berpecah,kematian Dimebag Darrel(Pantera)
Album pertama Machine Head,kutuk mengutuk antara Kerry King(Slayer) ngan Rob Flynn(Machine Head) pun ada,Pantera berpecah,pertama kali Slipknot dapat jadi cover Metal Hammer.

layan gambo..lagi dan lagi..
banyak cerita best2..

System Of A Down bikin riot kat L.A. pun jadi lipatan sejarah metal gak.

And at last..ROCK IN RIO..!

Rock In Rio kali ni menampilkan Slipknot,Stone Sour(band corey taylor slipknot gak),Snow Patrol,Angra,Coheed And Cambria,Sepultura dan Metallica.dalam setlist Metallica,ada di mainkan lagu 'Orion' sempena mengingati kematian Cliff..
                                                Metallica Rock In Rio..

Abes dah..penat aku upload gambo..harap mat2 metal semua terhibur..heheh.
     "Always with us in the spirit,and in our hearts,Mr.Cliff Lee Burton" - James Hetfield (Metallica).

No comments:

Post a Comment