Saturday, 31 December 2011

Selamat Tinggal 2011 Dan Selamat Datang 2012

Ni adalah posting terakhir di tahun 2011.aku pun takda apa sangat nak cerita kat sini.lagi pun semalam aku dah cerita kan?berbagai kenangan pahit,manis,kelat,hampeh suma ada.hehe..yang sedih,tak dapat tengok IRON MAIDEN kat Singapore pada 15/2/2011 yang lepas walapun aku dah ada tiket..kerana sebab yang tak dapat nak di elak kan,aku tak dapat nak pegi.lagi 1 kenangan pahit aku semalam aku dah cerita kan?takyah la nak ulang lagi..hehe..walaupun aku dah hilang seorang,aku masih ada lagi kawan rapat yang baik ngan aku sejak dari sekolah rendah lagi.beliau je yg boleh paham aku,yang boleh dengar luahan hati aku ni..kepada beliau kalau beliau ada baca blog aku ni,aku nak ucapkan terima kasih banyak2 kerana sentiasa bersama aku dalam waktu aku berduka dan bergembira.moga hubungan persahabatan yg terjalin sejak kita kecik dulu kekal sampai bila2..heheh..

Berbalik pada kenangan manis plak.boleh di katakan tahun ni rezeki aku sentiasa ada..alhamdulilah..walaupun kadang2 apa yang aku nak tu ada yang tak penah dapat,syukurlah dengan apa yang ada..dengan apa yang dapat aku capai pada waktu ni..insya allah apa yang kita nak tu kalau kita usaha pasti akan dapat juga kan..cuma jangan la putus asa..aku harap pun korang begitu jugak lah..jangan mudah putus asa.moga pada tahun 2012 nanti impian dan harapan kita semua nya tercapai..

Lagi cerita pasal 2012 ialah tentang ramalan kaum mayan atau Maya tentang dunia akan berakhir atau kiamat pada tahun 2012.dan lagi satu dari peramal terkenal dari perancis iaitu Nostradamus.melalui cerita yang di gembar gemburkan oleh media tentang mereka2 ni telah membuatkan ada sesetengah orang yang fobia dengan tahun 2012.






Perlu di ingatkan di sini,kita sebagai orang islam,tidak perlu percaya pada kata2 nostradamus atau pun kaum mayan tu.mereka bukan nya tuhan yang boleh menentukan bila datang nya kiamat.junjungan Nabi Muhamad S.A.W pun sendiri tidak tahu bila akan tejadi nya kiamat tu..pada aku tu semua propaganda dari barat penuh dengan muslihat dan tipu daya yang cuba untuk membuktikan kebenaran sedangkan belum tentu benar.jangan mudah terpengaruh dengan 'omongan' kosong seperti itu..

Sabda Rasulullah S.A.W :
"Pada akhir zaman akan muncul pembohong- pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu" * Sahih Muslim*

Sabda Rasulullah S.A.W seperti di atas sudah cukup untuk membukti kan apa yang aku ceritakan tadi.tak payah kita nak fikirkan tentang hal tersebut.perbanyakkan amal ibadat lagi bagus..berdoa adalah yang terbaik.moga kita di jauhkan dari segala kejahatan dan unsur2 fitnah dalam kehidupan kita ni..

Cukup dulu la kot?mata aku pun dah ngantuk ni..

Friday, 30 December 2011

Di Ambang 2012

Tinggal 2 hari je lagi kita akan melangkah ke tahun baru.dan setiap kali tiba tahun baru,mesti orang akan bertanya "apa azam tahun baru"? setiap kali menjelangnya tahun baru..pada aku bukan pada awal tahun baru kita berazam atau angan2 sebegitu,sepatutya azam tu di tanamkan pada jati diri setiap hari,dan hari2 yang seterusnya..dan pasti nya tak perlu toleh ke belakang lagi..walau apa pun yang berlaku pada tahun 2011 ni,biarkan je lah ia berlalu pergi dan jangan toleh ke belakang lagi..

Macam aku pda tahun 2011 ni banyak peristiwa yang tak di jangka berlaku,antara nya aku kena tipu,harta benda aku hilang dan yang paling tak best ialah di tinggalkan orang yang jadi kawan rapat aku,suka duka aku berkongsi bersama dengan dia pergi tinggalkan aku.sayang dan cinta yang aku dapat selama ni hanya pura2 dari dia..dan banyak lagi suka duka aku,dan di tahun 2011 ni jugak la baru aku tau mana 1 yang boleh aku panggil kawan time aku berduka,pada waktu aku jatuh tersungkur,seorang dari kawan2 aku takda pun yang nak ambik tau.aku tak mengharapkan bantuan apa pun,cukup la dengan sekadar ambik tau dan dengar tentang rintihan aku.ni bila dah tau aku tersungkur waktu tu,suma masing2 wat taktau je.takpa lah,apa pun aku tak marah atau dendam pun kat sesapa..apa yg aku hanya mampu lakukan ialah doa kan kesejateraan mereka di dunia dan akhirat.cuma aku harap mereka2 ni akan sedar suatu hari nanti..

Ok lah,aku pun dah merepek yang bukan2 ni..hehe..aku harap korang tak jemu baca tulisan aku ni.so,nak citer 1 benda skit.seperti yang kita tau,kalau masuk tahun baru je mesti kita akan dapat kalendar baru kan?macam2 bentuk dan saiz kalendar yang kita dapat.dan ada 1 member Myspace aku ni nak belanja aku kalendar,yang sebenar nya dia nak bagi aku gift masa harijadi aku haritu,tapi masa tu beliau banyak masalah yan tak dapat nak di elakkan..aku pun tak mengharap sangat,tapi haritu dia beria2 cakap dia nak bagi tu as a gift untuk brithday aku yang dia tak dapat tunai kan,so dia suruh aku view ni kat Amazon.com..
                                                          muka depan


Iron Maiden 2012 official calendar..pasal dia tau aku ni minat maiden,tu dia tanya aku nak ke tak?aku cakap dah kalau nak bagi aku terima je (padahal dalam hati dah melonjak gembira)heheh..


                                                             belakang



Aku view kat amazon.com.ok lah bole tahan.nanti bole letak kat dalam bilik aku.heheh.tengok artwork kalendar pun cantik.Eddie yang dah jadi predator dari album maiden paling hit tahun 2010 The Final Frontier.semua artwork kat kalendar ni di ambik dari event t shirt iron maiden masa The Final Frontier World Tour pada tahun 2011 ni.cantekk..!

Ok.pada korang,moga tahun 2012 nanti menjadi tahun yang "betul2 menjadi" untuk korang..segala apa impian dan angan2 tersebut menjadi kenyataan.dan yang pasti,jangan toleh ke belakang lagi..tahun baru,semangat baru,jati diri baru and no more WEAKNESS..!!..


Wasted Years

From the coast of gold, across the seven seas
I'm travellin' on, far and wide
But now it seems, I'm just a stranger to myself
And all the things I sometimes do, it isn't me but
someone else

I close my eyes, and think of home
Another city goes by in the night
Ain't it funny how it is, you never miss it 'til it's
gone away
And my heart is lying there and will be 'til my
dying day

[Chorus:]
So understand
Don't waste your time always searching for
those wasted years
Face up... make your stand
And realise you're living in the golden years

Too much time on my hands, I got you on my mind
Can't ease this pain, so easily
When you can't find the words to say it's hard to
make it through another day
And it makes me wanna cry and throw my
hands up to the sky

                                              Iron Maiden - Wasted Years

Thursday, 29 December 2011

Kisah Syaitan Azazil

Selalu jugak aku jumpa nama ni kat facebook,ada sesetengah pemuzik aliran black metal pun guna nama ni.dan dalam movie X-Men First Class pun ada karakter ni.

Tahukah anda sapa tu Azazil?
Azazel (Arabic: عزازل Azazil) does not feature in the Qur'an, but is said to be the original name of Iblis, the Devil, Satan. Iblis was the Jinn (or spirit) who worshiped Allah (God) from amongst the ranks of the angels. He denied Allah's command to bow down before Adam and who later tempted Adam to eat from the forbidden tree. He made a promise to tempt mankind into sin and lead them all astray - those who are heedless of the signs of Allah (God).

The word Iblis means "to despair" and Azazil despaired of the Mercy of God, thus earning him that title.

Sumber : Wikipedia
                                            gambaran orang barat tentang Azazil




Iblis pada mulanya bernama Azazil dan tinggal di bumi. Azazil adalah jin yang taat kepada Allah. Dia menyembah Allah selama 1000 tahun, lalu Allah swt mengangkatnya ke langit pertama. Di langit pertama, Azazil beribadah menyembah Allah swt selama 1000 tahun. Kemudian dia diangkat ke langit kedua. Begitu seterusnya hingga akhirnya dia diangkat menjadi imam kepada para malaikat. Apa pun perintah Allah kepada malaikat juga adalah perintah baginya, kerana dialah imam para malaikat yang memimpin malaikat.

Azazil adalah imam kepada kepada seluruh malaikat. Ibadahnya kepada Allah banyak. Ada riwayat yang menyatakan Azazil beribadah kepada Allah selama 80,000 tahun dan tiada tempat di dunia ini yang tidak dijadikan tempat sujudnya ke hadrat Allah.

Dalam satu riwayat menceritakan, akan malaikat Israfil melihat yang tersurat di Luh Mahfuz ada tercatat satu suratan berkenaan :

“Adanya satu hamba Allah yang beribadah selama 80,000 tahun tetapi hanya kerana satu kesalahan, maka ibadah hamba itu tidak diterima Allah dan hamba itu terlaknat sehingga hari Kiamat”

Maka menangislah Israfil kerana bimbang makhluk yang tersurat di Luh Mahfuz itu adalah dirinya. Maka diceritakanlah Israfil kepada segala malaikat pengalamannya melihat apa yang tersurat di Luh Mahfuz. Maka menangislah sekelian malaikat kerana takut dan bimbang nasib mereka. Lalu kesemua malaikat datang menemui Azazil yang menjadi imam kepada para malaikat, agar Azazil akan mendoakan keselamatan dunia dan akhirat kepada seluruh malaikat. Azazil pun mendoakan keselamatan di dunia dan akhirat kepada seluruh malaikat dengan doa :

“Ya Allah, Janganlah ENGKAU murka terhadap mereka (para malaikat)”

Malangnya, Azazil lupa untuk mendoakan keselamatan untuk dirinya. Selepas mendoakan kesemua para malaikat, Azazil terus menuju ke syurga. Di atas pintu syurga, Azazil terlihat suratan yang menyatakan :

“Ada satu hamba dari kalangan hamba-hamba Allah yang muqarrabin yang telah diperintahkan Allah untuk membuat satu tugasan, tapi hamba tersebut mengengkari perintah Allah. Lalu dia tergolong dalam golongan yang sesat dan terlaknat”

Lalu Allah Menciptakan Adam a.s., dan memerintahkan malaikat untuk sujud menghormat kepada Adam a.s. Azazil, sebagai imam para malaikat, sepatutnya lebih dahulu bersujud memimpin para malaikat. Tetapi, dia menolak, kerana dia merasa bahawa dirinya lebih baik dari pada Adam. Sementara para malaikat lain terus sujud tanpa dipimpin oleh Azazil.

Bukan sahaja dia enggan sujud, malah sombong dan menjawab kepada Allah :-

Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: Sujudlah kamu kepada Adam; maka mereka sujudlah melainkan iblis; dia berkata: Patutkah aku sujud kepada (makhluk) yang Engkau jadikan dari tanah (yang di adun)? Israa [61]

Keengganan sujud ini berpunca dari hasad dengki iblis@Azazil, yang irihati apabila Allah hendak melantik nabi Adam sebagai khalifah di bumi kerana ia dijadikan dari api sedangkan manusia dijadikan dari tanah yang busuk dan melekat. Ia derhaka kepada Allah, takabbur dan lupa daratan.

Maka terhalaulah Azazil dari syurga. Namanya diubah kepada Iblis. Apabila Iblis diturunkan ke bumi, dia berjanji akan menyesatkan manusia serta keturunannya.

Dia berkata lagi: Khabarkanlah kepadaku, inikah orangnya yang Engkau muliakan mengatasiku? Jika Engkau beri tempoh kepadaku hingga hari kiamat, tentulah aku akan memancing menyesatkan zuriat keturunannya, kecuali sedikit (di antaranya) Israa [62]

Allah berfirman (kepada iblis): Pergilah (lakukanlah apa yang engkau rancangkan)! Kemudian siapa yang menurutmu di antara mereka, maka sesungguhnya Neraka Jahanamlah balasan kamu semua, sebagai balasan yang cukup. Israa [63]

Sememangnya Syaitan tu memang musuh yang nyata bagi manusia.yang aku heran tu ramai pulak yang suka pakai nama yang berunsurkan nama2 Syaitan ni.Selidik dulu nama2 yang kita nak guna kan walaupun untuk suka2 even untuk nama pena sekali pun..


"Aku Berlindung Dengan Nama Allah Dari Syaitan Yang Di Rejam"

Wednesday, 28 December 2011

Hesher Movie

4 times my housemate suggest to me this movie and i ignore it,not because i dont like it but i think its a typical movie like 'American Pie',u know,adult comedy with some stupid jokes.i know many of u out there have watch it rite?..so last nite,when i see the front cover of the cd,i saw Natalie Portman's name on it and i said to my fren,"whoaa..Natalie Portman,my fav actress dude"..so i start watching this movie..

Hesher is a dark comedy movie written and directed by Spenser Susser.first screening at Sundance Film Festival 2011 on january 22 2011.and this film was release at United States on May 13,2011..and more likely,most of the songs on this film soundtrack is from Metallica and Motohead.these 2 bands are my favourite of all time..hehe.no wonder lah why my housemate many times suggest to me,he know i liked Metallica and Motohead..Starring Natalie Portman as Nicole,Rainn Wilson as Paul Forney,and Joseph Gordon-Levitt as Hesher.

 
Following the loss of his mother in a car crash, T.J (Devin Brochu) falls into a state of depression, and social isolation. His pill popping father (Rainn Wilson) and he are forced to live with T.J.'s elderly absent-minded grandmother (Piper Laurie).

After an argument with his father, T.J. goes into a construction project on his way to school, where he crashes his bicycle upon hitting a beam. Angrily, he throws an object into a bay window of a seemingly unoccupied project home and breaks it. This disturbs a squatting resident named Hesher (Joseph Gordon-Levitt), who threatens T.J., but when a cop arrives, Hesher tosses an explosive into the police car and flees. T.J. goes to school where he again encounters Hesher, smoking a cigarette in the school's staircase, before getting beaten and humiliated by Dustin, a schoolyard bully.

After school, Dustin finds his car vandalized (presumably by Hesher) and chases T.J. into the parking lot of a local supermarket. A young woman, grocery clerk Nicole (Natalie Portman), jumps into the fight, defending T.J., and gives him a ride home — where, to his surprise, Hesher walks in and makes himself at home. T.J. is disconcerted but unsure what to do about the intrusion; T.J.'s grandmother, however, takes kindly to the young stranger, treating him as a grandson-type figure. Later that night during dinner, grandma Forney remarks she would like T.J. to walk with her, and T.J. responds that he has to attend school. Hesher, irritated by T.J.'s defiance, states in his usual vulgar manner that a walk with his grandmother is more important than school, citing the danger of "granny rapists."

The next day at school, Dustin catches up with T.J. in the boys bathroom, forcing his head into a urinal as he demands that T.J. eat the urinal cake. Hesher appears, watches for a moment, and walks away. Feeling betrayed, T.J. confronts Hesher about doing nothing to defend him, after which Hesher asks T.J. into his van; they go to Dustin's house, and Hesher sets Dustin's car on fire. The next morning, the police arrive to Mrs. Forney's house to bring T.J. in for questioning, but no subsequent charges are filed due to lack of evidence.

                                                     


The following day, T.J. goes to the supermarket in which Nicole works to observe her, unbeknownst to him, Hesher had followed him there. After Nicole has finished her shift, Hesher and T.J. follow her in Hesher's van, until she hits another vehicle in a rear-end collision. Hesher scares off the other driver by pinning the blame on him, and subsequently offers a ride to Nicole due to her car failing to start. Once in the van, Hesher takes Nicole and T.J. to "his uncle's" house and the three swim. Once there, Hesher acts belligerently, throwing virtually everything into the pool, and using lighter fluid to set the diving board on fire, then jumping off. Shortly afterward, Hesher leaves suddenly, claiming he has a doctors appointment, because "it burns when [he] urinates". After T.J. and Nicole realize Hesher lied about it being his uncle's house, they walk back to Nicole's car. Nicole, due to leaving her vehicle parked illegally, subsequently gets a ticket, about which she falls into depression, seemingly because she has a 'dead end' life, a 'dead end' job, and can't afford to pay for her lifestyle.

Once back at the house, Hesher asks about the confrontation, to which T.J. responds negatively, bitter towards Hesher's carefree attitude. He then goes to a junkyard, where the car in which his mother died is in the process of being crushed. It is there that he bumps into the bully Dustin (who works there), and is intimidated and saddened that there is no way to get the vehicle back. Later that night, T.J. and his father get into an argument over dinner, in which Hesher is in the middle, resulting in both smashing their plates to the ground. Grandma subsequently is saddened that there is 'nothing she can do', and goes to her room. Hesher soon goes into her room where they make random conversation and Hesher teaches her how to smoke from a water bong, telling her 'it's much better than cigarettes'. Hesher then promises to go walking with her in the morning. The next morning, Hesher walks in to find she had died.

With the family thrown into an even deeper depression, and Hesher's influence rubbing off on them, Hesher angrily says he needs time to himself, in fear he'll 'hurt someone', and runs off. T.J. then goes to Nicole's apartment in hopes of giving her money to pay for her ticket, but subsequently walks in on Hesher and Nicole having sex. Angered, T.J. beats on Hesher's car, threatens to hit him, calls Nicole a 'fat prostitute', and rides off on his bike. He goes back to the house, and destroys all of Hesher's possessions that are in the garage, and takes a pair of cutting shears. With vengeance in his heart, T.J. goes to Dustin's house, where he threatens to cut off Dustin's toes if he doesn't tell the truth about the car being destroyed. This plan backfires, and Dustin angrily pins T.J. to the ground, unaware that Hesher is outside the sliding door. Hesher then cuts off part of Dustin's nose, and T.J., still bitter at Hesher, runs off, saying he never wants to see him again.



T.J. then goes to the junkyard to sit in his mother's car (now atop many other junked cars) and ends up falling asleep in the back seat. The next morning, the car is picked up and ready to be crushed, when T.J. falls through the windshield. Angry, T.J. watches the car crushed, and walks off bitterly. A few hours later, T.J. and his father attend the funeral of grandma, at which time Hesher (now drunk) makes a vulgar speech that signifies the gift of family, and portrays one bad thing can be made into a good. At the reception, Hesher, with his usual defiance, tells T.J. he promised to walk with her (grandma), and ends up wheeling the casket outside, so as to walk along with T.J. and his father.

The next day, Paul shaves and apparently is out of his depression, realizing the message Hesher was trying to get across. He then shows T.J. the block that was his mother's car, that Hesher had procured from the junkyard and placed in the driveway. Hesher then disappears, with a final act of defiance, vandalizing their roof with "Hesher was here" without them knowing.

If u like dark comedy and wanna know what dark comedy film is..i suggest to u to watch this movie for start.

Tuesday, 27 December 2011

Korean Invasion

Tak silap aku sejak dari tahun 2004 - 2005 kot hiburan dari Korea mula mendapat sambutan hangat kat malaysia ni.bermula dengan drama siri Korea yang pernah menjadi kegilaan makcik2 dan remaja2 kat sini,bermula dengan drama Winter Sonata,secara automatik demam drama korea mula melanda malaysia.setiap stesen tv di malaysia berlumba2 menayangkan drama sebegini.sampaikan kat tempat keja aku dulu (masa tu aku keja kilang)bila aku masuk keja je,mula la makcik2 kat tempat keja aku bercerita pasal drama yang diorang dah tengok semalam..hahah..mamat ni frust,awek ni mati bunuh diri,yang si polan ni baru dapat jumpa bapak betul dia la,yang si awek ni baru tau orang tua yang selalu jumpa mak dia la,macam2 lah..hahah..sampai aku sendiri pun tau jalan cerita drama tu walau pun aku memang tak layan drama korea..hehe.
Dan yang paling menyakitkan telinga aku waktu tu,lagu winter sonata tu hari2 ada keluar kat radio,sampai kan siap ada versi lagu dia dalam bahasa melayu tu..bila dah dengar hari2 kat tempat keja aku tu dulu,kira dah  bole hafal la kan?sampai kan intro lagu tu je,aku dah tau dah lagu apa..heheh.

Nama2 pelakon pun makcik2 kat tempat keja aku tu suma tau,dari nama pelakon lelaki sampai la pompuan,dan makcik2 ni begitu lancar menyebut nama2 pelakon tersebut,tau je la nak sebut nama pelakon korea ni pelik2,sampai kan aku sendiri tergeliat lidah nak menyebutnya.dan antara pelakon yang menjadi kegilaan dan kira terkenal pada waktu tu ialah Rain.aku pun tak tau mamat ni sapa,sampai la aku layan 1 movie ni,iaitu Ninja Assasin.




Filem aksi lakonan Rain di layar perak Ameika.filem ni jugak melonjak kan nama beliau di seluruh dunia.dan lepas tu,muncul lagi 1 fenomena baru juga dari Korea,muzik K-POP.apa tu K POP? korean pop gabungan muzik dari pop,dance,electro,hip hop dan r&b.yang kini menjadi kegilaan remaja seluruh Asia dan sesetengah negara2 Eropah.bagaikan virus,muzik ini terus menguasai pasaran muzik Asia tengara,dan kumpulan2 k pop tumbuh bagaikan cendawan.antara kumpulan k pop yang terhangat sekarang yang selalu aku dengar di perkatakan orang ialah Wondergirls yang popular dengan lagu 'Nobody'.terdapat jugak lain2 kumpulan seperti Girls Generation,BOA,2PM,Super Junior,KARA,dan BIGBANG.Nicholas Kim,antara artis Korea pertama yang berjaya menakluki carta paling hot kat US Billboard 100 Chart pada tahun 2001.beberapa siri konsert artis k pop juga pernah di ada kan di malaysia ni,sampai kan aku dengar cerita penuh sesak sampai tak muat stadium masa artis k pop datang kat sini.


Selain dari artis2 k pop ni,gaya,pakaian dan fesyen k pop pun dah jadi ikutan peminat genre ni.genre ni mengingatkan aku suatu ketika dulu pada 'indon invasion' bila muzik indonesia mula menguasai pasaran malaysia suatu ketika dulu dan sekarang masih ada lagi tapi tak sehebat dulu.sampaikan artis2 malaysia marah bila lagu mereka di anak tirikan di stesen2 radio tempatan.memang masa tu kalau on mana2 siaran radio,mesti ada lagu2 dari band2 indon yang tekenal kat sini.dan situasi ni jugak pernah belaku kat amerika bila muzik British mula menguasai benua amerika yang diorang gelarkan 'Bristish Invasion'.bermula dengan kegilaan muzik Punk,hingga lah ke NWOBHM (new wave of british heavy metal)yang menyaksikan Iron Maiden,Def Leppard,Motohead dan Judas Priest mula menakluki amerika.(semua band tu memang band kegemaran aku tu) heheh..

Berbalik pada k pop,kebanyakan artis dalam genre ni adalah dalam bentuk kumpulan dan cara nyanyian yang berharmoni dan rancak.lagu "Nobody" dari kumpulan Wondergirls telah berjaya memecahkan benteng muzik amerika dengan berada di carta ke 76 di Billboard Hot 100.dan menjadikan satu2 nya kumpulan dari korea selatan yang masuk dalam carta tersebut.







Kesimpulan nya.wabak ni takkan berakhir,seperti juga genre muzik yang lain yang pernah menguasai dunia.dan peminat muzik Korea juga boleh menerima muzik dari luar seperti heavy metal,dan tak hairan lah Metallica pernah bikin konsert kat korea dulu..

                                           Metallica - Orion Live 2006 Korea



Bagaimana dengan anda?suka muzik K pop?tepulang pada halwa telinga masing2 la kan?hehe..aku tak layan muzik k pop ni.aku memang tak suka dengar lagu genre macam ni,tapi sekali sekala kalau keluar kat tv tu aku tengok jugak la,pasal awek korea ni cun2 belaka..! heheh



P/S : statistik tentang bunuh diri paling banyak belaku kat Korea,dan kebanyakkan nya melibatkan artis2 Korea.adakah kerana tekanan populariti menjadikan mereka begitu?

Monday, 26 December 2011

From Fear To Eternity : The Best Of 1990 - 2010

Sapa yang tak kenal dengan band heavy metal tersohor dunia ni,yang pernah menjadi ikutan mat2 rock kat malaysia suatu ketika dulu.aku terpengaruh dengar maiden ni kerana abang2 aku dulu.abang2 aku dulu banyak dengar lagu rock2 macam Dio,Black Sabbath,band2 glam rock tahun 80an.dan salah satu nya ialah Iron Maiden.
From Fear To Etenity ni di ambil dari single 'From Here To Eternity' dari album 'Fear Of The Dark' tahun 1992.yang di mana waktu tu zaman muzik heavy metal mula merudum.cover album yang menarik,artwork album yang mewakili album2 maiden yang terdahulu,seperti grim reaper tu dari album Dance Of Death (2003)kereta kebal dari album A Matter Of Life And Death(2006),cross key simbol tu dari album The Final Frontier (2010),patung besar yang terbakar tu dari single the wicker man dari album Brave New World(2000)tanda X kat pokok tu dari album The X Factor ( 1995)batu nisan tu dari album No Prayer For The Dying (1990)pokok besar tu dari album Fear Of The Dark (1992) dan bangunan terbakar tu dari album Virtual XI (1998).







 Semua lagu2 merupakan himpunan lagu2 the best of maiden,yang pernah di jadi kan single.yang tak best nya suara Blaze Bayley (pengganti Bruce Dickinson untuk album X Factor dan Virtual XI)takda dalam album ni.di ganti kan dengan suara Bruce dalam versi live.memang Steve Harris tanak ada nama Blaze dalam sejarah maiden kot?.tapi aku suka jugak lagu2 dari album X Factor,macam the sign of the cross tu..memang kena la dengan suara Blaze,tapi bila Bruce nyanyi dalam versi live macam tak kena pulak.
                                           aku suka tengok artwork 'eddie' kat dalam ni.
                                            
Artwork kat dalam pun lawa2,mascot iron maiden yang terkenal iaitu Eddie,terdapat pelbagai versi kat dalam ni..album the best of ni ada 2 disc.memang lagu best2 la..track favourite aku ialah  Reincarnation Of Benjamin Bregg.sampai skang maiden tak bagitau sape sebenarnya Benjamin Bregg ni.track list dalam album ni ialah :
Disc 1.
The Wicker Man (dari album Brave New World)
Holy Smoke (dari album No Prayer For The Dying)
Paschendale (dari album Dance Of Death)
Different World dari album A Matter Of Life And Death)
Man On The Edge (live) (dari album The X Factor
The Reincarnation Of Benjamin Bregg ( dari album A Matter Of Life And Death)
Blood Brothers (dari Brave New World)
Rainmaker ( dari Dance Of Death)
Sign Of The Cross ( live) (dari The X Factor)
Brave New World (dari Brave New World)
Fear Of The Dark (live) (dari Fear Of The Dark)
Disc 2 :
Be Quick Or Be Dead ( dari Fear Of The Dark)
Tailgunner (dari No Prayer For The Dying)
No More Lies (dari Dance Of Death)
Coming Home (dari The Final Frontier)
 The Clansman (live) (dari Virtual XI)
For The Greater Good Of God ( dari A Matter Of Life And Death)
These Colours Dont' Run (dari A Matter Of Life And Death)
Afraid To Shoot Strangers (dari Fear Of The Dark)
Dance Of Death (dari album Dance Of Death)
When The Wild Wind Blows ( dari The Final Frontier)

Keseluruhan lagu kalau untuk peminat tegar maiden memang dah tau lah..dan Bruce penah cakap,'we are better than Metallica'..statement yang peminat maiden sendiri akui..heheh..

                                     Reincarnation Of Benjamin Bregg video


 "I know they're crying for help reaching out
The burden of them will take me down as well
The sin of a thousand souls knocked out in vain
Reincarnation of me live again"
     



Sunday, 25 December 2011

Perakam Video(Sistem Video Rumah)

Sistem Video Rumah (Inggeris: Video Home System[1]), atau lebih dikenali dengan singkatannya VHS, ialah satu piawaian rakaman dan main balik video yang dimajukan oleh Victor Company of Japan, Limited (JVC) dan dilancarkan pada September 1976, menjadikan The Young Teacher filem pertama yang dikeluarkan dalam bentuk tersebut. Menjelang 1990-an, VHS menjadi format piawaian untuk rakaman dan tontonan pengguna, setelah berentap dalam satu perang format yang hangat menentang Betamax Sony dan juga Video 2000 Philips, Laserdisc MCA dan Capacitance Electronic Disc RCA.
Mula-mulanya VHS menawarkan tempoh rakaman lebih lama berbanding sistem Betamax, dan juga menikmati kelebihan mekanisme angkutan pita yang kurang rumit. Meskipun VHS dan Betamax bersaing, namun sesetengah teknologi penting VHS dilesenkan dari Sony. Pemain VHS awal boleh menggulung semula dan memundar laju pita dengan lebih cepat berbanding pemain Betamax VCR kerana pemain VHD mencabut pita dari kepala main balik sebelum memulakan apa-apa penggulungan laju. Kebanyakan mesin VHS baru tidak menjalankan langkah mencabut pita ini, kerana sentuhan kepala-pita bukan lagi halangan kepada penggulungan laju, hasil peningkatan dalam kejuruteraan.
Minggu 15 Jun 2003 menandakan julung kalinya format DVD (yang dilancarkan pada tahun 1996) mengatasi VHS di Amerika Syarikat. Walaupun masih popular bagi rakaman rumah, namun pita VHS sudah banyak diganti oleh DVD untuk kandungan video rumah prarakaman.
Menjelang tahun 2006, kebanyakan studio perfileman utama berhenti mengeluarkan judul filem baru dalam format VHS, demi keluaran DVD sahaja. Kebanyakan kedai-kedai utama turut menghentikan jualan filem prarakaman dalam VHS, namun kaset prarakam VHS masih digemari ramai pengumpul, terutamanya kerana masih terdapat beribu-ribu judul yang masih tidak terdapat dalam bentuk DVD atau mana-mana format baru.

Sumber : Wikipedia.

Aku percaya,bebudak zaman skang ni mesti tak tau apa kebenda nya ni.perakam video atau vcr ni dah ada kat pasaran malaysia sejak penghujung tahun 70an lagi.masa tu kira golongan berada je yang mampu memilikinya.sebab masa tu benda ni memang mahal la ribu2 jugak harganya dulu..aku masih ingat lagi masa aku kecik2,ada 1 rumah kat kawasan tempat tinggal aku ni dulu ada vcr ni,dan tuan rumah tersebut siap offer,sapa2 yang nak tengok citer kartun ke,citer melayu/indonesia lama2 ke,tuan rumah tu akan kena kan bayaran 50 sen tiap sorang,so apa lagi,penuh la rumah orang tu dengan budak2 yang tengah kemaruk nak tengok citer kat vcr tu.antara citer popular masa tu ialah Commando,(lakonan Arnold susah-nak-eja).Rambo (lakonan Slyvester Stallone)dn cerita2 dari indonesia masa tu yang tengah popular dengan cerita Si Buta Dari Gua Hantu,Si Pitung,Jaka Sembung(penah jadik idola aku masa kecik dulu)hahah..dengan cerita Sundel Bolong lakonan pelakon lagenda indonesia Suzanna.cerita2 kartun yang keluar dalam bentuk tape video atau di panggil VHS amat popular jugak waktu tu,masa tu aku memang tengah kemaruk kartun Transformers,Thundercat,dan Ultraman.so bila tiba cuti sekolah dulu,aku selalu pegi rumah sepupu aku yang tinggal kat Ulu Klang.kalau cuti sekolah je memang happy gila la aku dapat gi rumah dia,pasal rumah dia ada VCR ni,dan dia selalu rakam citer2 kartun dari tv tu ke VHS tape tu.mana episode citer Thundercats yang aku terlepas tak dapat tengok,boleh layan kat VHS tape tu..hehe(dulu time aku sekolah,cuti umum bagi negeri johor ialah jumaat dan sabtu,ahad kena sekolah,dulu kalau hari ahad selalu melepas tengok citer kartun best2 kecuali kalau cuti kelepasan am)dan makcik n pakcik aku pulak memang sporting,dia akan biarkan anak sedara dia ni layan tape2 VCR ni sampai lebam..! sampai aku tak telarat nak tengok..hehe..sepupu aku tu memang banyak koleksi kartun2 n cerita yang best2..memang tak terlayan la.

Perakam video ni memang boleh rakam apa saja cerita kegemaran yang di mainkan di tv waktu tu,yang aku masih ingat orang gaji makcik aku dulu siap tolong rakam drama series Knight Rider kat tv dulu..hehe.pada yang tak tau,tape vcr rupa dia macam ni haa..
kalau tape yang 'kosong' yang di guna kan untuk rakam cerita kegemaran kat tv tak silap aku dalam rm10.00 or rm8.00 kot?lebih kurang macam tu la..yang untuk movie punya rm29.90.siap ada kotak cantik punya.lebih kurang macam ni lah..

Ada yang cantik,kelemahan tape2 ni cuma 1 je,kalau lama tak di mainkan,akan berkulat di tali pita tu,kalau selalu di mainkan takkan jadi la,masa tu aku masih ingat lagi kedai2 untuk sewa pita video ni tumbuh bagai cendawan,bila kita pertama kali jadi coustemer kat satu kedai tu,kena bayar deposit untuk sewa tape video kat situ,secara otomatik kita akan jadi 'member club' di kedai tersebut..dan sewa untuk 1 tape kat situ rm 3.00 dan kalau kita sewa sehari,dan pulang balik kat kedai tu awal,tokey kedai tu akan bagi lagi diskaun atau dapat 1 pita free (kira pinjam jugak,tapi tak kena bayar la).

Bila aku dah kerja,dapat la jugak aku merasa membeli perakam video ni,masa tu pun harga boleh tahan mahal lagi ,sekitar rm 300 - 400 jugak..! (skang dvd player keluaran China pun bole dapat dalam rm 90.00 je).so masa tu kira bangga la jugak,pasal  aku gila kumpul tape2 konsert rock..! heheh.mana member2 rock yang tinggal serumah dengan aku dulu selalu jugak la beli tape2 konsert rock ni.boleh di kata kan time tu kat rumah sewa aku dulu penuh dengan tape2 konsert je macam iron maiden,metallica,motley crue,poison,guns n roses dan macam2 lagi la aku pun lupa.masa aku kecik dulu,aku ingat lagi ada 1 brader ni beli tape konsert iron maiden live kat rainbow theater london tahun 1980.sampai sekarang aku cari konsert tu dalam bentuk dvd,tapi takda.

                                                 gambo ni bukan aku punya,cilok kat wikipedia
                                                      kredit kat tuan punya gambo ni.tq.


Lepas tu perakam video aku tu hilang,pasal rumah sewa masa tu kena pecah..isk2..kira sedih gak la kan..banyak kenangan tu.bila cuti je dulu memang aku selalu layan tape2 konsert atau movie sampai boring.lepas tu dah upgrade  ke dvd pulak.budak2 sekarang yang tau psp,ipad,iphone,playstation 3 mesti tak tau apa benda ni kan?rasanya tv yang kaler hitam putih tu dulu pun diorang tak tau..kenangan mengusik jiwa...

Saturday, 24 December 2011

Metal Hammer 25th Annivessary

Sempena ulang tahun yang ke 25 majalah metal tersohor ni,metal hammer mengeluarkan edisi khas seusia dengan kematian tragik pemain bass lagenda Metallica iaitu Cliff Burton.sapa yang tak kenal Cliff Burton pemain bass hebat di zaman awal Metallica.dengan seluar bell bottom yang menjadi imej beliau dan ikutan peminat metal pada zaman tu.dalam majalah ni jugak ada dapat cd free
Lagu2 yang boleh di kira klasik jugak dari Slayer,Sepultura,Dimmu Borgir,Machine Head dan ada jugak dari band2 Metal yang baru.
Bukak je muka depan,muka Corey Taylor dari Slipknot..cett..aku memang tak berapa suka sangat Slipknot ni..tak bole nak layan..

Bintang siri tv Star Trek,William Shatner a.k.a Mr.Spock pun nyanyi lagu metal..!dasat orang tua ni..kolobrasi beliau dan Zakk Wylde William Shatner cover lagu 'Iron Man' dari Black Sabbath.Beliau bercerita tentang lagu tersebut dalam ni..

..And of coz,cover story Cliff Burton..
Jason Newsted(pengganti Cliff sebelum Rob Trujillo)pernah berkata,Cliff adalah jelmaan 'Jimi Hendrix' yang bermain bass.di sebabkan teknik pemainan beliau yang unik.dan Cliff juga menjadi idola ramai pemain bass pada waktu tu.cerita masa Cliff dari kecik,ke remaja dan penglibatan awal Cliff dalam scene heavy metal.

 Interview dengan kawan se'metal' beliau seperti Dave Mustaine(Megadeth),Scott Ian (Anthrax) dan jugak anggota Metallica yang lain..
ada jugak interview ngan bekas awek Cliff,iaitu Corrine Lynn.dia cakap kalau Cliff sibuk dengan tour,Cliff selalu tulis surat kat dia.dia cakap lagi,dia memang dah lali ngan perangai Cliff yang tak kisah orang nak cakap apa pun..

Panjang lebar citer pasal Cliff kat dalam ni,dengan gambar2 beliau bersama Metallica,kisah pahit manis karier Metallica bersama Cliff,dan memori Scott Ian kena tahan ngan Cliff pasal dadah masa kat London dulu.

                                                              Legendary Bass Player



Johnny Zazula,pemilik Megaforce Records,record company yang pertama yang ambik Metallica jadi artis naungan nya dan jugak penerbit bagi album pertama Metallica 'Kill "Em All',bercerita tentang Cliff dan mengingati saat2 sebelum kematian tragik Cliff..

   Dan tak lupa jugak ada ulasan album..album apa?haa ni..

LuLu..!hahah..ulasan dari Mick Wall,Scott Rowley(Classic Rock Magazine) dan Dom Lawson..ulasan ada yang puji sikit,tapi banyak yang perli je..hahah..

Ulasan album baru Megadeth 13 pun ada gak..
album paling heavy kata Dave..ok la..dari pada 'LuLu' tu..heheh


yang lain2 kisah 25 tahun majalah metal tersohor ni,dari seawal tahun 1986 hinggalah sekarang..
                                            cover terawal Metal Hammer,ZZ Top..!

macam2 cerita ada,kisah Metallica dengan black album,Nirvana jadi cover Metal Hammer,konsert pertama Slayer kat UK,Metallica potong rambut,Black Sabbath reunion,Rob Halford tinggalkan Judas Priest,Bruce Dickinson keluar dari Iron Maiden,Guns n Roses berpecah,kematian Dimebag Darrel(Pantera)
Album pertama Machine Head,kutuk mengutuk antara Kerry King(Slayer) ngan Rob Flynn(Machine Head) pun ada,Pantera berpecah,pertama kali Slipknot dapat jadi cover Metal Hammer.

layan gambo..lagi dan lagi..
banyak cerita best2..

System Of A Down bikin riot kat L.A. pun jadi lipatan sejarah metal gak.

And at last..ROCK IN RIO..!

Rock In Rio kali ni menampilkan Slipknot,Stone Sour(band corey taylor slipknot gak),Snow Patrol,Angra,Coheed And Cambria,Sepultura dan Metallica.dalam setlist Metallica,ada di mainkan lagu 'Orion' sempena mengingati kematian Cliff..
                                                Metallica Rock In Rio..

Abes dah..penat aku upload gambo..harap mat2 metal semua terhibur..heheh.
     "Always with us in the spirit,and in our hearts,Mr.Cliff Lee Burton" - James Hetfield (Metallica).

Friday, 23 December 2011

Malam Jumaat

Aku baru nak layan dvd citer The Hangover part 2,tiba2 handphone aku bebunyik..

Mat(bukan nama sebenar) : halo, asalamualaikum bro..! ada kat mana?
Aku : walaikumsalam..aku kat rumah,baru nak layan dvd..nape?
Mat : esok ape projek?
Aku : ada projek,nape nak ikut ke?tapi dari kul 12 sampai kul 2 la..nak follow?
Mat : lama nyeee..projek apa sampai lama sangat tu bro?
Aku : jangan la banyak tanya,nak ikut ke tak?
Mat :ok,tapi nak ke mana?
Aku : esok kan jumaat,ikut aku gi masjid solat jumaat ok?
Mat : siot la bro..aduihhh..telupa plak aku esok jumaat
Aku : haa..tau takpe..hehe
Mat : ok la..ok la..esok aku datang rumah gi masjid sama2.
'clinkk' talian putus..

Tak salah kalau kita ingatkan sesama  sendiri kan? memang kawan aku tu lupa esok hari apa..tak pa lah,bukan salah dia pun..

Thursday, 22 December 2011

Pasir Bebisik

Aku sememangnya peminat 'art movie',dan filem ni salah satu dari filem yang aku suka.lakonan Dian Sastrowardoyo dan Christine Hakim.aku juga peminat Christine Hakim.beliau adalah seorang muslim walaupun nama nya Christine.filem terbitan tahun 2001 ni penah memenangi anugerah Asia Pasific Film Festival 2001.filem ni di arah kan oleh Nan Anchas seorang sutradara indonesia yang karya nya banyak dapat penghargaan di festival filem antarabangsa.

Filem ini mengisahkan :
Daya (Dian Sastrowardoyo) hidup tanpa kehadiran seorang bapa yang telah hilang entah ke mana. Berlian(Christne Hakim), dengan perasaan yang terlalu sayang pada Daya, akhirnya menjadi mengekang kehidupan anak gadisnya itu. Dalam kehidupan sepi dan terkongkong, Daya sering membayangkan kehadiran bapanya yang telah menghilang tanpa pesan. Dalam keanehannya, Daya sering mendekatkan telinganya ke pasir untuk mendengar pasir yang seolah berbisik kepadanya.
Pada satu hari, kampung mereka diserang, lantas mereka berdua terpaksa berpindah ke daerah yang lain. Mereka berjalan mengharungi gurun untuk berpindah ke tempat baru itu, untuk memulakan hidup baru. Di situ, Daya menemui seorang sahabat baru bernama Sukma (Dessy Fitri). Daya dan Berlian meniti kehidupan mereka dengan penuh gigih di tempat baru ini. Keadaan mulai berubah ketika suami Berlian, Agus (Slamet Rahardjo) tiba-tiba saja muncul kembali dalam kehidupan mereka. Walaupun pada mulanya ragu, Berlian akhirnya menerima kembali kehadiran Agus ke dalam hidupnya.
Agus berjaya membahagiakan Daya kembali setelah sekian lama Daya merindui kehadiran bapanya. Walau bagaimanapun, kebahagiaan ini hanya datang sekejap saja. Karena wang, Agus rela membawa Daya berjumpa dengan Suwito (Didi Petet) yang telah lama mendambakan Daya. Mulai saat itu, Daya bergelut dengan perasaan sedih setelah dirinya dinodai Suwito.

Dengan kesan khas yang terbaik,tak hairan lah filem ni menang pelbagai kategori,lakonan Christine Hakim yang sememang nya pelakon lagenda indonesia,Dian Sastrowardoyo yang juga pelakon yang banyak menang anugerah di indonesia.,antara pelakon2 yang ada dalam filem ni ada lah :

Christine Hakim sebagai Berlian
Dian Sastrowardoyo sebagai Daya
Slamet Raharjo sebagai Agus
Didi Petet  sebagai Suwito
Dik Doank sebagai Pemberontak
Dessy Fitri (penyanyi terkenal indonesia) sebagai Sukma
Karlina Inawati sebagai Delima
Dewi Sawitri sebagai Bidan Suri

Filem yang bagus dan lain dari yang lain..tak macam filem hantu indon yang mengarut tu,pocong la,kuntilanak la yang tah apa2.aku pun dah naik menyampah ngan filem indon yang asek dengan hantu je.so pada korang yang rasa nak cuba2 layan art movie dan nak tau apa itu art movie,boleh mula kan dengan filem ni dulu..

Wednesday, 21 December 2011

Change Of Heart


Mata pun tak boleh tido.tengah temangu sorang2 ni selalunya akan datang kenangan2 lama.rasa syahdu la pulak..hehe.so dalam tahun ni ada beberapa peristiwa yang menyayat hati dalam hidup aku,bila aku rasa syahdu aku akan dengar lagu ni : Bruce Dickinson - Change Of Heart.

Peristiwa yang tak di jangka dalam hidup aku,dan aku tak salahkan takdir dengan apa yang berlaku semua ni.cuma aku nak cakap pada korang,walau apa pun jadi kat korang atau apa yang telah di lakukan terhadap diri korang seperti cinta tak kesampaian ke,tak jadi kawin ke,anggap je lah tu semua takda jodoh dan ketentuan dari ilahi.kita hidup memang sentiasa di uji,sama ada tabah atau tidak korang hadapi ujian tu.dan korang doa kan lah orang yang korang kasihi tu semoga berbahagia dalam hidup dan berdoa untuk diri korang jugak..isk..isk..sob..sob..hahah..ok lah,apa yang aku merepek pepagi ni pun aku tak tau.aku harap korang enjoy dengan lagu ni.

 Here I sit, alone in a window
The rain falls down on the glass in the cold
All my life, I've been waiting for a moment
It never came - maybe never will
Ah, sometimes I don't know

Those days are gone
Lord, I hide where I just can't say
I'm still there, catching your tears
Before they fall to the ground

You, you're walking away
You couldn't stay
You need a change of heart

You, you're walking away
You couldn't stay
You need a change of heart
(yeah)

Trees are bare - the earth, it is hard
I wait for winter - soft winter and snow

Those days are gone
Now I hide where I just can't say
I'll be there, catching your tears
Before they fall to the ground

You, you're walking away
You couldn't stay
You need a change of heart

You, you're walking away
You couldn't stay
You need a change of heart

And I know, wherever you go
I'll be around, yeah
I'll be there, catching your tears
Before they fall to the ground
(yeah)

Those days are gone
Now I hide where I just can't say
I'm still there, watching your tears
As they fall to the ground

You, you're walking away
You couldn't stay
You need a change of heart

You, you're walking away
You couldn't stay
You need a change of heart
(and I know)

You, you're walking away
You couldn't stay
(I need a...)

You need a change of heart
(and I know)
(oh, now...child)

You need a change of heart
(and I know)
You, you're walking away

I need your love so bad
(change of heart)
Change of heart
Change of...
(change of heart)

Global Metal

Dah lama sebenarnya aku beli dvd ni,baru ni ada kesempatan nak citer..Global Metal sebuah dokumentari tentang muzik heavy metal hasil dari Scott Mcfayden dan Sam Dunn.beliau ni memang peminat tegar muzik heavy metal.mengisahkan perjalanan muzik heavy metal bermula dari eropah,hinggalah ke benua asia.terdapat interview dengan artis2 metal dari indonesia,india,jepun dan jugak dari negara arab.banyak band2 yang aku tak tau ada dalam dokumentari ni.dan Sam Dunn ada jugak interview otai2 metal dunia macam Ronnie James Dio,Lars Ulrich(Metallica)Max Cavalera (Sepultura/Soulfly/Cavalera Conspirasy)Alice Cooper etc.


Dalam salah satu babak dalam filem dokumentari ada tunjuk rusuhan masa konsert Metallica kat indonesia pada tahun 1993 dulu.Sam Dunn sendiri pergi berjumpa media indonesia untuk mendapatkan rakaman konsert tersebut tetapi malang nya media indonesia tidak membernarkannya.dan rakaman yang terdapat dari footage tersebut ada lah dari Lars Ulrich..!  beliau telah membongkar kembali stor simpanan tape2 konsert Metallica yang lama demi permintaan Sam sendiri.Lars juga bercerita tentang apa yang telah terjadi pada malam tersebut
                                           rusuhan yang berlaku di indonesia

Peristiwa yang sama juga berlaku sewaktu konsert Sepultura pada tahun 1992,Sepultura terpaksa berhenti di lagu ke 6 dalam setlist mereka,rusuhan yang paling teruk dalam sejarah konsert Sepultura.cerita Max.dan lain2 nya ialah perjalanan muzik metal era Black Sabbath,Yes,hingga lah ke Extreme Metal.jalan cerita yang menarik dengan lagu2 soundtrack mengiringi setiap cerita.dari lagu Deep Purple hingga lah ke Lagu Metallica.Sam juga bijak mengaturkan perjalanan cerita dari era metal 70an hingga ke era moden metal yang sekarang ni.Sam juga sebelum ni pernah menerbitkan dokumentari tentang heavy metal yang sama bertajuk Metal : A Headbangers Journey
            dokumentari ni mengisahkan semua subgenre dalam muzik metal macam Nu Metal,Thrash,Death dan 
            Black Metal

Kepada peminat heavy metal khas nya,bole dapatkan dvd Global Metal ni atau korang semua bole tengok kat youtube.memang best..!! \m/

Tuesday, 20 December 2011

Metallica - Beyond Magnetic



Metallica telah melancarkan 'unreleased track' sebahagian lagu yang di rakam sewaktu album 'Death Magnetic' dengan nama 'Beyond Magnetic'.4 lagu yang di jual secara download di Itunes.ini sempena ulang tahun Metallica yang ke 30,dan mungkin juga untuk ambik hati peminat Metallica balik kot..pasal ramai frust ngan album 'LuLu' yang hampeh tu..hehe..ramai peminat Metallica yang kecewa dengan 'LuLu', yang konon nya ekperimentasi bersama Lou Reed tu.sebenarnya album LuLu tu ok,cuma tak kena ngan Lou Reed je..Anyway aku ada beli album LuLu tu,nanti aku citer lah ok?.
So berbalik pada Beyond Magnetic ni,4 lagu ni Metallica dah main live masa konsert ulang tahun diorang kat San Francisco baru2 ni.4 lagu yang memang boleh tahan sedap.suma 4 lagu tu ialah :


1.Hate Train   6.59
Intro mula2 bunyi degupan jantung macam lagu 'That Was Just Your Life' dalam album Death Magnetic.dengan fast riff gitar Hetfield,dengan solo Kirk Hammet pada awal lagu,lepas tu masuk jeritan Hetfield "Hateeee..!"memang best.Kirk jugak pelbagaikan solo beliau dalam lagu ni.


2.Just a Bullet Away   7.11
Lagu sepanjang 7 minit tapi 'kureng' bagi aku.intro drum dari Lars yang statik.biasa2 je.Lars pun teruk kena kutuk skang ni pasal teknik permainan drum beliau yang takda perubahan.pada hal lars ni dulu kira idola ramai drummer,tapi skang teruk kena kutuk.sian beliau..heheh.di pertengahan lagu ni ada macam iras2 'Master Of Puppet' skit.kira ok la kalo nak layan.


3.Hell And Back  6.57
Track favorite aku,agak mid tempo skit ala2 lagu dari album LuLu..lupa apa tajuk dia tah..tapi takde la suara Lou Reed membebel macam dalam LuLu tu..hehe..bila masuk pertengahan lagu dia jadi fast balik.


4.Rebel Of Babylon  8.01
Lagu paling panjang dalam EP ni 8 minit..stail bunyi dan riff macam album 'And Justice For All' pulak.fast,heavy.tapi best.simple dan agresif.


Kesimpulan nya,seperti jugak kita dengar album Death Magnetic dengan produksi dari tahun yang sama dan penerbit yang sama iaitu Rick Rubin(pernah menerbitkan album untuk Slayer dan jugak artis pop)Metallica cuba mengambil kembali hati peminat2nya dengan 4 lagu ni setelah ramai kecewa dengan album kolobrasi Metallica dengan Lou Reed tu..terpulang pada masing2 sama ada suka atau tidak denga 4 lagu baru ni.


Monday, 19 December 2011

The Death Of Superman 1993 Trade Paperback

Sebenarnya aku dah ada comic ni sebelum ni..tapi member pinjam terus lesap..so last week aku ronda2 la kat Kinokuniya Klcc tu..pusing punya pusing terjumpa ni.so apa lagi aku terus ambik la...hehe..


Mengisahkan superman terpaksa bertarung ngan 1 monster/alien ni yang bernama Doomsday. misi dia memang nak bunuh superman.pertarungan yang teruk bagi superman la.kan gelaran dia 'man of steel'.seperti yang kita tau superman ni kalo kena tembak ke,kena bomb ke,dia masih kebal lagi.tapi dalam citer ni superman memang cedera parah kena belasah ngan Doomsday tu.sampai kan lain2 superhero pun datang tolong superman tapi masih tak dapat nak menghalang Doomsday.superman berjuang hingga ke titisan darah terakhir..hinggalah beliau mati di pangkuan lois lane (awek superman/clark kent)
                                        superman yang dah terkulai layu di pangkuan lois lane


Sedikit info tentang Doomsday :
Doomsday ni adalah monster atau raksasa pemusnah ciptaan saintis gila dari krypton iaitu tempat asal superman.dan beliau memang di cipta dari kriptonite (sejenis crystal yang bole melemahkan superman)






Sequel kepada Death Of Superman ialah World Without Superman dan selepas tu Superman hidup kembali dengan imej baru berambut panjang dalam 'Reign Of Superman'.dan lepas tu ada keluar lagi 1 komik superman rematch balik dengan Doomsday ni tajuk dia 'Superman : Hunter/Prey.nanti ada masa aku citer lagi pasal komik superman yang lain pulak okeh..