Monday, 28 August 2017

Pakaian



Ini pakaian Malaysia,

Bukan.. di Riau pun macam ini,
Tak cuma di Riau Daratan dan Kepulauan, di Pesisir Timur Sumatera Utara pun sama, contohnya di MEDAN, Binjai, Deli Serdang, Serdang Bedagai, Tebing Tinggi, Batubara, Asahan, Tanjung Balai, Labuhan Batu & Langkat.

Hei, Bangka & Belitung pun...

Palembang pun...

Hei...Jambi tu melayu tuo, sebutkan la....

Wak Yong, di sebagian wilayah Kalimantan pun macam ni.

Jangan la kalian Lupakan Kami di Thailand Selatan, busana Kami pun macam ni lah.

Kami di Temasek / Singapura tak kalian sebut ?

Brunei pun sama
Aih, Lupe same Kami di Aceh Temiang ? Begian juge lah kami.

Melayu Banjar,Pontianak,sambas di Borneo pun sama

Jadi siapa punya ini ?
Kita punya la, Melayu Serumpun.

Maksudnya kita bersaudara

Aok lah, usah begaduh ya.


Oleh :Tengku Adri,
Riau

p/s : Selamat menyambut Hari Kemerdekaan.

Wednesday, 23 August 2017

May - Penaklukan (1997)

Yang dah genap 20 tahun pada 2017 ni..



Masa album ni keluar pada tahun 1997 dulu,aku memang tak ambik peduli langsung sebabnya kerana lagu 'Jemu'.pada ketika itu aku fikir kalau beli kaset dia takut terkena macam Metallica (album Load/Reload) dan kebanyakan kumpulan rock pada ketika itu baik dalam atau luar negara semuanya dah berubah,termasuklah Sepultura yang dah jadi Nu-Metal.tetapi bila album ni di pasarkan semula aku pun tanpa fikir panjang belilah juga.





Untuk album ini tiada lagi Yantzen yang jadi vokalis seperti dua album May yang sebelum ini.di gantikan dengan Oney bekas penyanyi kumpulan Lipan Bara.bila mendengar kembali album ini selepas 20 tahun,ternyata sangkaan aku meleset.kita tolak tepi lagu 'Jemu' tu,lagu2 lain dalam album ni sebenarnya best.lagu2 heavynya masih lagi beridentitikan May.dengan segala kerja rakaman semua di lakukan di Synchrosound Studio yang di katakan paling canggih pada ketika itu.



packagingnya sama seperti tahun 1997.tiada yang di ubah atau di tambah.cuma liriknya agak kabur







Antara lagu hard/heavy yang best dalam album ni ialah 'Nafsu Puaka','Membujur Lalu Melintang Patah'(bunyi gitar dia yang berat tu aku suka) 'Taklukan','Penunggang Qada & Qadar' (intro riff dia ala rock 80an aku suka)dan 'Roda Dunia' (ada tempias Iron Maiden sikit) dan satu lagu mid tempo yang tak meleweh macam 'Jemu' iaitu lagu 'Penanti' ok la boleh tahan sebab tak melewehkan.heheh..

Lagu2 heavy kebanyakkannya di cipta oleh anggota May sendiri memang kena la dengan vokal Oney yang boleh jerit nada tinggi tu.riff dan solo Abu (gitaris)pun menarik banyak berinspirasikan dari gitar hero 80an.kalau takda lagu Jemu pun album ni sebenarnya boleh naik,cuma yelah pasaran Malaysia dan pendengar yang suka sangat lagu jiwang leleh ni kan memang tak boleh buat apa la..tapi pada aku ini sebenarnya album rock yang paling best pada tahun 1997 walaupun pada masa tu scene rock kat Malaysia memang dah terkubur.untuk peminat May kena layan album ni.terbaik!

Saturday, 12 August 2017

Def Leppard - Hysteria (1987)

Yang dah genap 30 tahun pada 3 ogos tempohari..



Aku kenal Def Leppard ni pun memang melalui album Hysteria ni.itu pun kerana abang-abang aku selalu mainkan kaset apache album ni.Def Leppard juga antara band yang menakluk Amerika bersama-sama dengan Iron Maiden dan Judas Priest juga antara pelopor terawal 'New Wave Of British Heavy Metal' dan ada antara pengkritik muzik di Amerika mengatakan pada era tersebut merupakan 'British Invasion'.





Walaupun Def Leppard pernah meriliskan dua album sebelum ni,tapi album ini lah yang membuatkan mereka terkenal bukan sahaja di Amerika,malah di seluruh dunia.pasti rockers pada era 80an tahu akan lagu 'Love Bites' antara lagu ballad berhantu yang masih lagi di putarkan di radio sehingga sekarang.tak hairanlah kalau album ni berjaya terjual berjuta unit di seluruh dunia.dan mungkin juga kerana kerja gitar Steve Clark yang pelbagai sesuai dengan mood lagu.selain itu keunikkan untuk album ini ialah Rick Allen pertama kali bermain drum hanya menggunakan tangan kiri beliau akibat kemalangan jalan raya yang telah mencacatkan tangan kanannya.









Berbalik pada album Hysteria ini,selain lagu 'Love Bites' antara lagu lain yang best ialah 'Pour Some Sugar On Me' antara lagu yang selalu menjadi sountrack untuk filem-filem Hollywood yang bergenre muzikal,'Women','Animal','Love And Affection' dan juga lagu yang berentak agak pop walaupun tajuk albumnya dengar macam ganas iaitu 'Hysteria'..heheh..

Nak cerita pasal sejarah album ni memang panjang.oleh kerana telinga aku memang dah biasa dengan sound rock 80an album ni memang takda masalah pada aku.cuma kalau nak dengar rock yang bukan dari benua Amerika boleh la layan Hysteria ni.
untuk info lebih lanjut boleh tengok kat blog Berteromber Di Sini

Monday, 31 July 2017

Sleepless (2017)




Ada juga movie yang aku terlepas pandang pada 2017 ni.salah satunya ialah filem ini.filem yang di 'remake' semula dari filem Perancis yang pernah di terbitkan pada 2011 dahulu yang bertajuk 'Sleepless Night' (macam tajuk lagu King Diamond pulak..heheh).lagi pun dah lama tak tengok Jamie Foxx ni berlakon sebagai bintang utama.kali terakhir aku tengok dia berlakon dalam filem 'The Amazing Spiderman 2'.

Kalau filem yang bercorak 'crime thirller' ni memang aku suka tengok.filem ni mengisahkan tentang Vincent Downs,pegawai polis Las Vegas yang di tuduh korup kerana melakukan rompakan dadah ketika urusan penghantaran dadah tersebut di jalankan untuk seorang gengster besar di Las Vegas.untuk mendapatkan kembali dadah yang di curi itu,anak Vincent ni dah kena culik.untuk menyelamatkan anak dia Vincent terpaksa pulangkan balik dadah tu dan pada masa yang sama seorang pegawai polis wanita dari unit 'internal affairs' cuba untuk menangkap dan membuktikan Vincent ni seorang polis yang korup.tetapi sesuatu yang tak di jangka dah berlaku.kalau nak tau kena tonton sendiri..heheh.aku suka jalan ceritanya yang tak berbelit-belit dengan twist yang menarik.plotnya di susun cantik walaupun aku rasa cepat sangat dalam beberapa babak.

Kalau suka tengok filem yang bergenrekan crime thriller.filem ni memang agak menarik.lakonan Jamie Foxx dan Michelle Monaghan tak mengecewakan.

*3/5


Friday, 21 July 2017

Guns N Roses - Appetite For Destruction LP (1987)

Album pertama dari Guns N Roses yang dah 30 tahun pada hari ini 21 julai



Tahun 1987 kalau kat Malaysia pada ketika itu memang tengah demam rock.banyak album2 rock melayu terbaik pernah di hasilkan seperti album kompilasi Juara Juara Rock,album pertama kumpulan Belantara,album Search Mentari Merah Di Ufuk Timur dan juga beberapa album lain yang aku sendiri lupa.
Album pertama GNR ini juga di terbitkan pada tahun 1987 dengan bajet 370 ribu dolar Amerika.(menurut kata Duff Mckagan dalam buku beliau) walaupun ini album pertama,tetapi lagu2 yang ada dalam album ni semuanya ciptaan anggota GNR sendiri.menurut Duff Mckagan juga,ketika sessi rakaman mereka semua pada ketika menghadapi kesempitan wang.mereka banyak di bantu oleh rakan2 dan teman wanita masing2.


line up klasik GNR




sepatutnya gambar ni yang jadi cover depan tapi kena banned 



Aku kenal album ni pun agak lambat,hanya pada tahun 1991 ketika zaman kegemilangan album Use Your Illusion 1 dan 2.pada mulanya memang susah nak hadam album ni hanya lagu 'Sweet Child o Mine' yang boleh masuk.heheh..tapi bila dah lama2 dengar baru best.boleh di katakan kesemua lagunya pun layan seperti lagu 'Welcome To The Jungle' 'Nightrain' 'Paradise City' (lagu wajib ketika GNR menamatkan persembahan konsert mereka) dan juga 'My Michelle' (lagu ni katanya untuk awek pertama Axl Rose)selain dari lagunya,album ni juga menaikkan nama gitaris mereka iaitu Slash.cara permainan gitar beliau dengan sound yang pelbagai telah menaikkan nama GNR ini sebaris dengan band glam rock yang sezaman dengannya seperti Motley Crue dan Poison.dan Slash juga telah di angkat menjadi gitar hero sehingga ke hari ini.


yang ni sebenarnya versi 180G back in black tapi tak pasti reissuenya tahun bila



lirik.puas hati la kertasnya pun guna kertas yang agak tebal takda la mudah koyak





Walau dah 30 tahun,lagu2nya masih lagi di minati sehingga ke hari ini.kalau anda minat petikan gitar Slash dan Guns N Roses,album ini memang wajar di miliki,antara album yang mengubah sejarah muzik rock dunia.dan album Appetite For Destruction ini tersenarai antara album rock album terbaik sepanjang zaman.

Monday, 17 July 2017

White Lion - Pride 30 Tahun




Di sebabkan Berteromber dah cerita pasal album ni haritu Kat Sini aku tampal balik la gambar versi piring hitam aku pulak.heheh..album yang di terbitkan pada tahun 1987,pada zaman glam rock dan rock kangkang berada di puncak.boleh di kategorikan sebagai klasik rock dan album patut di miliki oleh peminat rock dan peminat White Lion khasnya.












Dalam album ini jugalah ada lagu ballad yang menjadi kegemaran sepanjang zaman iaitu lagu 'When The Children Cry'.lagu yang telah menaikkan nama White Lion dan menjadikan mereka sama taraf dengan band glam rock yang lain seperti Motley Crue dan Poison.

Dan yang paling best dah tentunya kerja gitar Vito Bratta.selain dari menulis lagu bersama Mike Tramp,Vito juga merupakan tonggak utama White Lion dengan teknik permainan gitar beliau yang agak menarik.tapi sayangnya Vito ni dah gantung gitar dia,member White Lion ajak reunion pun dia  tak mahu.harap lepas ni Vito berubah fikiran la hidupkan semula White Lion.

Nak cerita panjang2 pun dah pernah cerita pasal album ni 2 tahun yang lalu  Kat Sini kalau pernah dengar lagu 'When The Children Cry' boleh layan album ni.lagu2 yang lain pun best.

Sunday, 2 July 2017

Sherlock Holmes - A Study In Scarlet & The Sign Of Four



Cuti hari raya tempoh hari aku memang kurang bermedia sosial,sebabnya melayan buku Sherlock Holmes ni.secara peribadi walaupun ianya telah di terjemahkan ke bahasa melayu,jalan ceritanya tetap menarik.sehinggakan aku memang tak boleh tinggal lama,mesti nak baca lagi.kalau buku lain berbulan2 aku tak baca ok je tapi buku Sherlock Holmes ni memang kuat betul aura dia.di sebabkan jalan ceritanya yang banyak teka teki,dan banyak tekaan aku salah.kerana itu lah aku susah nak skip buku ni..heheh.

Kalau pernah tengok movie atau drama series dia,memang feel dia sama.lagi pun dah di terjemahkan dalam bahasa melayu senang la sikit nak fahamkan.kalau versi english dia dengan bahasa UK standard memang aku susah nak hadam.sebab bahasanya memang puitis,lain la kalau baca buku biografikan.tu bahasa english pasar senang nak faham.ok,novel Sherlock Holmes versi bahasa melayu ni ada dua kisah penyiasatan. cerita pertama bertajuk 'A Study In Scarlet' di terbitkan pertama kali pada tahun 1887 (dah lebih 100 tahun) cerita yang pertama di terbitkan mengisahkan bagaimana Dr.Watson (sidekick Sherlock Holmes ni) bertemu, duduk serumah dan mula menjadi pembantu Sherlock.Sherlock Holmes di gambarkan sebagai seorang yang pelik,misteri,suka bercakap besar dan juga pentingkan diri sendiri.tetapi cara penyiasatan Sherlock ni mengagumkan Dr.Watson.pada mulanya Dr.Watson memang tak suka kat Sherlock tapi bila melihat kesungguhan cara penyiasatan Sherlock tanpa mengira waktu,mereka akhirnya menjadi rakan karib.

Kisah yang kedua bertajuk 'The Sign OF Four'.pertama kali di terbitkan pada tahun 1890.cerita yang kedua ni pun boleh tahan menarik juga.mengisahkan perebutan harta karun dan juga buat pertama kalinya Dr.Watson ni jatuh cinta dengan Mary Morstan seorang wanita yang meminta pertolongan Sherlock Holmes untuk menyelesaikan misteri harta karun dan 'sumpah empat sahabat' atau di gelar the sign of four.dalam cerita ini ada juga di sebut pasal kepulauan andaman,orang2 melayu Singapura,pasal islam dan juga kepulauan India.cerita yang terperinci mungkin penulisnya pernah sampai di tempat yang di nyatakan dalam kisah kedua ini.

Buku ini di tulis oleh penulis novel penyiasatan terkenal iaitu Sir Arthur Conan Doyle.walaupun dah lebih 100 tahun di terbitkan,ceritanya masih relevan sehingga sekarang dan menjadi sumber inspirasi bagi penulis2 novel penyiasatan terkenal era terkini.apa pun buku ni memang best.siapa yang minat Sherlock Holmes kena baca buku ni.versi terjemahan ni pun takda la mahal sangat.