Friday, 3 August 2012

Bulan Rahmat & Merdeka

Sedar tak sedar,kita dah pun sampai ke bulan ogos,ni pun dah kira penghujung tahun jugak lah.dan tanpa sedar,rupa2nya dah setahun dah aku memblog.walaupun sebelum ni aku pernah memblog,oleh kerana sakit hati dari orang yang iri hati,abes blog aku kena hack,dan kena delete blog aku tu..tapi takpalah,nak buat macam mana,sememangnya sifat manusia memang begitu,suka sangat dengan hasad dan dengkinya..
Selain dalam bulan ni kita umat islam masih lagi berpuasa,ogos juga merupakan bulan kemerdekaan bagi kita rakyat Malaysia ni.diam tak diam,dah 55 tahun kita merdeka.sentiasa lah kita bersyukur kerana kita hidup aman damai di bumi bertuah ni.

Oleh kerana bulan ni adalah bulan Ramadhan yang penuh rahmat,tahu tak kita tentang sejarah dan peristiwa2 penting di bulan ni.antaranya ialah :
-Penurunan kitab2 Samawi pada bulan Ramadhan
1.Suhuf Nabi Ibrahim - awal Ramadhan
2.Kita Taurat Nabi Musa - 6 Ramadhan
3.Kitab Injil Nabi Isa - 13 Ramadhan
4.Kitab Suci Al Quran - 17 Ramadhan
-Peristiwa Lailatul Qadar berlaku pada bulan Ramadhan seperti yang di jelaskan dalam Surah Al Qadr.
-Perang Badar berlaku pada hari jumaat bersamaan 17 Ramadhan tahun ke 2 Hijrah yang membawa kemenangan kepada tentera islam.ia juga di sebut "Yaumul Furqan" (hari pemisah antara yang benar dan salah)
-Pembukaan Kota Makkah (Fathu Makkah) yang berlaku pada 20 Ramadhan tahun ke 8 Hijrah.
-Perang Tabuk berlaku pada bulan Ramadhan tahun ke 9 Hijrah.
-Peristiwa Bani Thaqif dari Taif memeluk islam pada bulan Ramadhan tahun ke 9 Hijrah.
-Pemusnahan tempat pemujaan berhala al-Uzza oleh panglima Khalid Al Walid di Nakhlah pada bulan Ramadhan tahun ke 8 Hijrah.
-Penyebaran Islam ke negeri Yaman pada bulan Ramadhan tahun ke 10 Hijrah.
-Panglima Tariq Bin Ziad berjaya mengalahkan tentera Roderick pada bulan Ramadhan tahun ke 92 Hijrah yang membawa kepada pembukaan Andalusia (Sepanyol)
-Berlaku perang al-Zulaqah pada 25 Ramadhan tahun 479 hijrah di suatu kawasan tanah rendah(berhampiran Portugal sekarang) di antara tentera Islam di bawah pimpinan Yusuf Tashipin dengan tentera Perancis pimpinan Alfonso.tentera Islam mencapai kemenangan.
-Berlaku perang "Ain Jalut" pada 15 Ramadhan tahun 658 Hijrah di antara tentera Islam yang dipimpin oleh Sultan Qutuz iaitu Sultan Kerajaan Mamalik di Mesir dengan tentera Mongol.tentera Islam mencapai kemenangan dan berjaya menyatukan kembali Mesir dan negeri Syam.
-Khadijah binti Khuwailid isteri nabi s.a.w. menerima Islam.
-Kematian Ummul Mu'minin Khadijah binti Khuwailid pada tahun ke 10 selepas Nabi s.a.w.dilantik menjadi Rasul.Beliau merupakan isteri pertama baginda s.a.w., ibu kepada anak-anakbaginda s.a.w, orang yang pertama menyahut seruan Nabi s.a.w, pembantu setia dan pendamping  rapat yang telah membelanjakan segala hartanya dan dirinya di dalam menyebarkan agama Islam kepada masyarakat syirik dan berhala di Kota Mekah.
-Pada tahun kedua Hijrah difardhukan 'ibadah zakat dan solat dua hari raya.
-Perutusan Zaid bin Harithah pada tahun keenam Hijrah ke kediaman Bani Fazarah bagi menggertak mereka kerana telah menghalang satu kafilah dagangan daripada menuju ke Madinah, mereka telah menawan kafilah tersebut, merampas dagangannya dan membunuh beberapa anggotanya.Apabila Zaid sampai di sana, beliau mendapati Bani Fazarah telah melarikan diri dan beliau pulang ke Madinah membawa beberapa orang tawanan dan harta.
-Pengislaman kaum Saqif pada tahun ke 9 Hijrah setelah menemui Nabi s.a.w. di Madinah.
-Kematian ketua wanita penghuni syurga Fatimah binti Muhammad s.a.w. pada tahun ke 11 Hijrah.Beliau merupakan orang pertama di dalam keluarga nabi Muhammad yang meninggal dunia selepas kewafatan Baginda s.a.w. Berusia 29 tahun meninggalkan suaminya Ali bin AbiTalib dan dua orang cucu Baginda s.a.w. ketua pemuda penghuni syurga al-Hasan dan al-Husin.
-Kematian Ali bin Abi Talib pada tahun 40 Hijrah dibunuh oleh seorang Khawarij Abd Rahman bin Muljim al-Himyary.
-Kematian Ummul Mu'minin Aisyah binti Abu Bakar as-Siddiq pada tahu ke 85 Hijrah.
-Kematian Nafisah binti al-Husan bin Zaid bin al-Hasan bin Ali bin Abi Talib pada tahun ke 208 Hijrah.Beliau telah keluar dari Madinah bersama suaminya Ishaq bin Jaafar bin Muhammad as-Sadiq menetap di Mesir.

Itulah antara peristiwa yang berlaku di bulan Ramadhan.selamat menjalani ibadah puasa dan selamat menyambut hari kemerdekaan kepada rakyat Malaysia.







Monday, 30 July 2012

Instagram

Kepada anda yang meminati fotografi atau yang baru nak berjinak2 dengan bidang fotografi ni tapi tak mempunyai kemampuan untuk memiliki kamera DSLR yang berharga beribu ringgit tu,boleh bermula dengan Instagram ni.Instagram adalah perisian percuma untuk perkongsian gambar di internet dan juga boleh di kongsi di laman sosial yang lain.
Ia selalu di gunakan untuk Iphone,Ipad,Ipod Touch dan juga untuk perisian Andriod, juga mana2 smartphone yang boleh di install program Instagram ni.
Istimewanya Instagram ni,anda boleh edit dulu gambar2 dengan menggunakan picture edit yang terdapat dalam Instagram ni.anda boleh pilih mana yang anda suka untuk di edit gambar yang di ambil seperti nak hitam putih,gelap,terang,samar2 dan sebagainya.contoh gambar yang di ambil dari smartphone dan di edit menggunakan Instagram boleh tengok kat bawah ni..
          sebelah kiri gambar normal,sebelah kanan gambar yang dah di edit

Instagram juga merupakan alternatif kepada anda yang tidak pandai menggunakan perisian Photoshop yang begitu popular di kalangan peminat fotografi/dslr ni.
Kepada sesapa yang ada akaun Instagram,boleh add/follow akaun aku rafixyrus

Saturday, 28 July 2012

Tarung : City Of Darkness

Selepas filem Merantau dan The Raid(lakonan Iko Uwais),filem2 indonesia telah mula menerbitkan filem yang bercorak aksi.dan salah satu dari movie Indon yang aku tengok malam tadi ialah filem ni,Tarung City Of Darkness.menampilkan muka2 baru(atau mungkin juga pelakon lama,aku tak berapa kenal sangat pelakon dari indon ni)lakonan mereka pun boleh tahan juga,menampilkan pelakon yang bertubuh sasa dan tegap.filem bercorak ala street fighting ni mengingatkan aku pada satu filem aksi dari Thailand iaitu "Bangkok Knockout"(nanti ada masa aku review)akan tetapi pujian harus di berikan kepada pengarah seni aksi ni kerana menampilkan aksi2 perlawanan yang hebat belaka.memang best lah kalau layan scene fight mereka.

Filem berdurasi lebih kurang 2 jam ni menampilkan jalan cerita yang biasa2 je.ceritanya mengisahkan tentang 4 pemuda yang telah yatim piatu sejak kecil lagi iaitu Reno,Choky.Daud dan Galang.mereka ni dah bersahabat sejak kecil lagi dan sama2 melalui pelbagai masalah bersama.mereka telah di besarkan di rumah anak yatim Bunda Mulia yang di jaga oleh Bu Lastri.
Reno yang baru je bebas dari penjara kerana kes bunuh,telah di serang oleh sekumpulan samseng yang tidak di ketahui siapa mereka.mereka berniat untuk membunuh Reno dan samseng2 ni juga menganggu rumah anak yatim Bunda Mulia,tempat di mana Reno dan rakan2nya membesar.Galang,Daud dan Chocky yakin itu adalah musuh2 lama Reno yang telah menyimpan dendam kesumat sekian lama.seperti yang telah di metrai prinsip mereka "satu terluka,semua terluka",Galang,Chocky dan Daud berganding bahu untuk membantu Reno menumpaskan musuh2 mereka.
Sementara itu Galang telah jatuh hati dengan Astrid,seorang pelayan kelab malam yang bernasib malang yag sentiasa di dera oleh majikannya supaya menjadi pelacur bagi lelaki2 yang berkunjung di kelab malam tersebut.simpati dengan nasib Astrid,Galang telah bersengketa dengan majikan Astrid dan membawa Astrid keluar dari tempat tu.
Cerita ni berakhir apabila Galang,Chocky dan Daud telah tumpas di tangan musuh2 Reno,hanya tinggal Reno je yang terselamat.
Movie ni jalan cerita dia biasa je.cuma part aksi tu boleh di katakan best jugak la.martial arts dia memang best.cuma banyak cewek seksi banget dalam movie ni..haha..mungkin untuk pelaris filem kot?apa pun terpulang pada anda kalau rasa nak layan filem aksi indonesia,boleh la menonton filem ni.

                                         Tarung city of Darkness trailer

Wednesday, 25 July 2012

15 Lagu

Pada tahun 1985,4 orang isteri senator dari White House Washington yang di ketuai oleh Tipper Gore(isteri Al Gore mantan timbalan presiden Amerika)telah menubuhkan satu persatuan khas yang di panggil PMRC singkatan kepada Parents Music Resource Center.mereka menubuhkan persatuan ni kerana untuk membenteras gejala negatif yang terdapat dalam muzik yang di hasilkan di US.kerana mereka ni merasakan industri muzik di US dan dunia telah cuba untuk merosakkan minda pendengarnya.Tipper Gore telah membawa perkara ni ke White House,dan semua jenis muzik pelbagai genre telah terlibat dalam 'masalah' yang cuba di bendung oleh Tipper Gore ni.dari muzik pop,rock,rap,r&b hinggalah ke muzik heavy metal.
Kata beliau,lirik2 dalam muzik dalam pelbagai genre ni telah merosakkan minda anak muda di US.ada yang berunsurkan seks,menggalakkan penyalah gunaan dadah,dan pemujaan syaitan.keadaan menjadi semakin ketara apabila Tipper Gore ni memanggil semua ahli2 muzik dan penyanyi terkenal di US untuk memberi keterangan di US Senate di White House.
Antara penyanyi dan pemuzik yang telah di panggil untuk memberi keterangan ialah Frank Zappa(penyanyi,pencipta lagu terkenal) Dee Snider(dari band glam rock Twisted Sister) dan John Denver(penyanyi,pencipta lagu terkenal).mereka ni telah cuba sedaya upaya menerangkan kepada PMRC tentang muzik mereka.Tipper Gore tetap dengan keputusannya untuk memerangi gejala ni habis2an.dan beliau telah meminta semua pemilik syarikat rakaman dan pengedar kaset dan lp di US untuk menampal sticker(seperti gambar di atas tu)pada setiap album yang baru di edarkan sekiranya album tu ada menggunakan lirik2 yang berbahasa kesat.
Kebanyakkan penggiat muzik,tuan punya syarikat rakaman dan pengedar album mula mengecam Tipper Gore ni kerana menurut mereka,Tipper Gore telah menyekat kebebasan mereka untuk berkarya.Tipper Gore juga telah menyenarai hitam kan 15 lagu atau di panggil 'The Filthy Fifteen' yang tak boleh di dengar dan di katakan tidak sesuai untuk dan boleh merosakkan minda katanya..
Ada jugak lagu dari band kegemaran aku macam Judas Priest,Motley Crue,Mercyful Fate(band asal King Diamond)Def Leppard,Twisted Sister,AcDc dan Black Sabbath.siap ada rating lagi.ada yang berunsur keganasan,tahyul,seks dan penggunnaan dadah dan alkohol
Selepas wujudnya PMRC ni,kebanyakkan pemuzik,(genre rock dan rap) telah mencipta lagu dalam pelbagai genre bagi mengecam dan memperlekehkan isteri Al Gore ni.antara lagu yang mengecam persatuan ni seperti Megadeth dengan lagu 'Hook in Mouth',Danzig dengan lagu 'Mother',band glam rock Warrant dengan lagu 'Ode To Tipper Gore' band rock Grim Reaper dengan lagu 'Rock You To Hell' dan pelbagai lagi jenis lagu yang di hasilkan semata2 untuk mengecam persatuan ni dan Tipper Gore.
Pada 18 julai 1993,band Rage Againts The Machine telah melakukan protes terhadap PMRC ni.pada konsert Lollapaloza mereka.cara mereka lakukan ialah dengan keempat anggota band tersebut berbogel di atas pentas dengan hanya mulut di tampal dengan plaster dan menulis perkataan "PMRC" di badan mereka.mereka melakukan ini selama 14 minit dengan hanya bunyi audio gitar saja yang berbunyi.kemudiannya mereka melakukan konsert mereka secara percuma untuk peminat2 mereka..

p/s : pada aku,dengar muzik dari pelbagai genre ni tak salah,cuma jangan terpengaruh dan terikut2 dengan budaya mereka dah la.. stay heavy \m/.
                                          filthy fifteen

Monday, 23 July 2012

Netscape Navigator

Hari ni dah masuk hari ke 3 kita berpuasa.amacam?harap puasa kita semua di rahmati dan di berkati Allah SWT.masa aku mula2 kenal dunia IT ni dan tau apa itu internet sekitar tahun 1999-2000 dulu.(masa tu memang tengah menggila dengan IRC chat)haha..carian di intenet yang selalu di gunakan oleh aku dan juga korang,mesti pernah guna web browser ni,sebelum wujudnya Internet Explorer dan Mozilla Firefox.yang aku maksudkan ialah ini,Netscape Navigator.pada zaman kegemilangannya dalam dunia IT ni,Netscape memang kerap di gunakan oleh pengguna internet kerana ia paling baik berbanding dengan web browser yang lain pada masa tu.Netscape tersedia dengan platform Windows 16 bit (Win16) Windows 32-bit (Win32) Unix serta Macintosh.
Netscape merupakan web browser yang di bangunkan oleh Mosiac Web Browser,dari National Center For Supercomputing Applications(NCSA).idea ni datangnya dari Marc Andressen seorang pekerja part time di syarikat NCSA tersebut.yang mana beliau akhir nya menjadi vice president di Netscape Corporation.
pada tahun 1994,pihak Netscape telah mengumumkan penggunaan Netscape ni secara percuma di seluruh dunia dan kegunaan percuma untuk pelajar2 universiti di seluruh US khasnya.pelbagai versi telah di keluarkan oleh pihak Netscape seperti version 2.1,version 1.1 dan beta version.Netscape juga menawarkan email percuma,editor untuk website dan juga aplikasi yang lain.
Pada 1999,Netscape telah berkerjasama dengan America Online(AOL) dan cuba membangunkan satu projek yang di panggil Mozilla.org(yang mana akhirnya telah di wujudkan satu company baru yang di panggil Mozilla Foundation).lepas tu, telah wujud satu web browser yang baru hasil daripada Microsoft iaitu Internet Explorer.yang merupakan browser yang laju yang di gunakan untuk carian di internet.yang kebanyakkan pengguna internet beralih arah dengan menggunakan Internet Explorer.
Setelah sekian lama menguasai dunia internet,dan kebanyakkan pengguna internet tanak menggunakan Netscape,akhirnya,pada 1 mac 2008 Netscape telah mengumumkan untuk memberhentikan pekhidmatan web browser Netscape Navigator ni dan telah menyerahkan segalanya kepada syarikat Mozilla Foundation,yang juga di kenali dengan web browser Mozilla Firefox nya.
Ni pun kira ilmu pengetahuan jugak ni.kalau aku ni kira baru nak kenal dunia it ni,agaknya memang aku tak tau web browser yang paling 'tua' dalam dunia it ni wujud..hehe.dan sekarang terdapat pelbagai web browser yang telah di bangunkan seperti Safari (dari Apple Inc.)Google Chrome dan juga Mozilla Firefox yang aku gunakan sekarang untuk update blog aku ni..
TQ so much Netscape..!

Sunday, 22 July 2012

The Dark Knight Rises

Trilogy filem Batman yang ketiga dan yang terakhir seperti kata pengarahnya Christoper Nolan.sebelum ni filem Batman versi baru ni telah di terbitkan mula sekali pada tahun 2005 dengan Batman Begins,The Dark Knight (2008) dan The Dark Knight Rises pada tahun ini.movie ni aku layan pada tayangan tengah malam tadi bermula pukul 12.45am.filem yang berdurasi selama 2 jam setengah ni memang terbaik pada aku,berbanding dengan The Amazing Spiderman tempoh hari.tengok teaser poster dia je dah membuatkan aku tertanya2,apa dah jadi kat Batman?dengan Bane(musuh Batman) berdiri membelakangkan topeng Batman yang pecah di atas lantai.
Filem ni bemula selepas 8 tahun kejadian di Gotham City,apa bila Batman berjaya menewaskan The Joker,dan peguam Harvey Dent/Two Face yang kononnya telah mati di bunuh oleh Batman.Batman/Bruce Wayne telah menyepikan diri dari dunia luar dan hanya menghabiskan masa di dalam villa mewahnya.Bruce yang pada mulanya tidak mahu muncul sebagai Batman,bagaimana pun terpaksa muncul kembali setelah sekumpulan askar upahan yang di ketuai oleh Bane,cuba untuk menghuru hara kan dan ingin menakluk bandar Gotham.
 Apabila syarikat Bruce Wayne/Batman ni telah cuba di ambil alih oleh pihak yang cemburu dengan kejayaan Bruce ni dan pihak ni telah berkomplot dengan Bane,demi mencapai cita cita nya yang mana akhir nya Bruce Wayne jatuh muflis.setelah itu Bane mula mengerahkan askar upahan nya menyerang bandar Gotham,dan ini memaksa kesatria malam ni muncul kembali untuk menegakkan keadilan.pertarungan sengit antara Bane dan Batman yang telah menyebabkan Batman cedera teruk hingga patah pinggangnya dan beliau telah di tawan di penjara bawah tanah.keadaan menjadi semakin rumit apabila bandar Gotham telah di tawan oleh Bane,dan Bane ingin meletupkan bandar Gotham dengan bom atom kepunyaan syarikat Wayne Enterprises.
Hanya dengan bantuan Selina Kyle/Catwoman,seorang pencuri licik,pegawai polis rookie yang bernama John Blake,dan pesuruhjaya polis Gotham city James Gordon je yang cuba membantu Batman dalam menumpaskan Bane untuk membebaskan Gotham City dari cengkaman Bane.
Filem ketiga Batman ni pada aku memang terbaik,walaupun pada permulaan ceritanya agak slow,pengarahnya bijak mengaturkan jalan cerita dalam filem ni,dengan pelakon yang mantap dari barisan pelakon Batman yang terdahulu.filem ni berakhir dengan Batman kononnya telah mati dan John Blake telah discover tempat Batman iaitu Batcave yang mana akhirnya John Blake ni menjadi sidekick Batman dengan nama gelarannya "Robin".
Filem ni berdasarkan komik Batman yang pernah aku baca dulu bertajuk "Knightfall" bila Batman telah menghadapi musuhnya yang agak sukar di tewaskan iaitu Bane,sehingga beliau patah pingang dan tulang belakangnya.
                                                  Batman Knightfall (1993)

Dari skala 1- 5,The Dark Knight Rises boleh di kasi 4 bintang.terbaik dan best.anda boleh tengok sendiri kalau tak percaya..hehe.
                                       The Dark Knight Rises Trailer


Saturday, 21 July 2012

Ramadhan & Thundercats Season 1

Pejam celik,Ramadhan muncul kembali..di kesempatan ini aku ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada rakan2 blog,kawan2 di Facebook,dan juga pada pembaca blog aku yang beragama islam.moga puasa tahun ni membawa keberkatan untuk kita semua.
Aku malam tadi bersahur hanya dengan satay je.makan satay dekat Greenwood,Gombak.boleh tahan jugak la sedap.masuk ni dah kali kedua aku makan kat situ.bila tiba je bulan ramadhan ni,mesti kita teringat makanan yang sedap2 yang agak susah kita nak jumpa pada bulan biasa kan?nama2 kuih yang pelik mesti kita akan jumpa,contohnya kuih tepung pelita,kuih akok,puding caramel,kuih tahi itik,(pasal kuih ni dapat nama macam ni pun aku tak tau)..haha.jala emas,dan kuih lompat tikam(member aku ckp nak kena lompat sambil tikam kuih tu baru dapat makan)..haha.
Macam aku,aku lebih suka kuih yang simple je,macam popia goreng,roti jala dan murtabak.cuma masa aku tinggal kat jb dulu,setiap hari aku suka beli air ni,air ni memang popular kat JB dan sekarang kat kl ni pun aku tengok dah ada orang jual,tapi tak se'power'dari tempat asalnya di johor..hehe..air yang aku maksudkan ialah AIR KATIRA.best woo air ni..sesapa yang pernah rasa air ni mesti tau betapa sedapnya air ni kalau minum time berbuka puasa..memang terbaiklah.pada yang tak pernah tengok dan rasa air katira tu macam mana.ni gambar dia..
Tengok gambar je pun dah terliur..hehe.air katira ni merupakan air yang wajib bagi orang johor time berbuka puasa.yang buat sedap tu ialah bahan2 campuran yang ada kat dalam tu,ada cendol,ada cincau,selasih,bali,kembang semangkuk(bunga kot?)bahan perwarna dan ada juga yang letak kurma yang di hiris halus kat dalam air katira ni.kalau nak try memang dah ada jual kat sekitar kl ni,tapi pastikan penjual tu memang orang johor..hehe..kalau orang kl yang buat,memang tak sedap lah(jgn marah aaa..org kl)hehe..kalau harganya pula mungkin berbeza2 kot.masa kat jb dulu aku beli sebungkus dalam rm2.00 je.boleh cuba cari petang nanti kalau ada jual..dan selamat berbuka puasa untuk anda semua..

Ok,cerita yang kedua pulak.ni mengimbau kembali zaman kanak2 aku.siri kartun yang pernah hit pada tahun 80an dulu.ni lah kartun nya..
Thundercats 2011,ni adalah remake version,dari siri Thundercats tahun 80an dulu.mengekalkan jalan cerita yang sama,cuma karakter dan stail nya lebih berbentuk anime.(mcm kartun animasi jepun).pada mula nya aku ingatkan siri Thundercats yang dulu di keluarkan kembali dalam dvd,tetapi ni ada lah remake version..tapi ok lah.dapat jugak aku mengimbau kembali zaman kanak2 aku dengan kawan2 sekampung aku,dengan sepupu aku semua.ni adalah musim pertama siri nya,sama dengan siri yang asal pada tahun 80an dulu.
Ada 3 disc kesemuanya yang melengkapkan siri musim pertama ni.mengisahkan bagaimana bermulanya empayar Thundercats,dan jatuhnya empayar Thundercats apa bila 'Mum Ra',musuh tradisi Thundercats muncul kembali dan mula memusnahkan empayar Thundercats.yang tinggal anggota Thundercats hanyalah Lion-o,(pewaris dan anak raja Thundercats)Tygra,Chetara,Pantro,Wily Kit dan Wily Kat dan Snarf,seekor kucing bijak yang pandai menolong Thundercats.
                                   Thundercats 2011

Secara peribadi,aku lebih suka Thundercats era 80an dulu,kerana custome Thundercats yang baru ni agak tak berapa cun.rupa Lion-o yang macam Gooku dalam Dragon Ball pulak.tetapi kerana Thundercats yang baru ni masih mengekalkan jalan cerita yang sama macam tahun 80an dulu,membuatkan aku tetap nak layan siri ni sampai ke akhir.
Kalau dulu,sepupu aku siap rekod siri2 ni bila di mainkan di tv pada waktu tu.mana siri2 Thundercats yang aku pernah telepas dulu,aku akan layan semua tape2 video yang dah beliau rekod.tiap2 minggu.lama jugak demam Thundercats ni dulu melanda kanak2 sekitar 80an dulu..hehe..
Korang yang sebaya dengan aku mesti tak boleh lupa kartun ni kan?kalau nak layan new Thundercats ni,boleh la beli dvd series Thundercats 2011 ni.

P/s : Selamat menjalani ibadah puasa,dan selamat berbuka puasa untuk anda semua..