Sunday, 18 March 2018

Tomb Raider (2018)

Yang di tonton pada minggu lepas..




Filem ini adalah versi remake selepas dua filem Tomb Raider yang di lakonkan oleh Angelina Jolie.untuk versi kali ini memang mengikut jalan cerita daripada game Tomb Raider reboot yang pernah menang anugerah game terbaik untuk tahun 2013.aku pernah cerita Kat Sini.

Takdalah nak review sangat pasal filem ni,sebab baru lagi aku tak mahu kasi spoiler.heheh..tapi kalau anda dah biasa dengan cerita Indiana Jones,pasti suka dengan filem ni.ramai juga yang kritik kata filem ni teruk dan tak bagus ada yang kata plot filem ni membosankan,tapi pada aku sebab aku memang peminat game Lara Croft ni sejak dari zaman Playstation One lagi,memang takda masalah nak layan filem ni,aksi Lara Croft sama seperti dalam permainan game.dia berlari,meloncat,jatuh dari tempat tinggi dan juga menyelesaikan teka teki.lakonan Alicia Vikander yang memegang watak Lara Croft memang kena dengan penampilan dia yang tak berapa cantik tapi lasak.(tak macam Lara Croft versi Angelina Jolie yang hanya seksi semata-mata)dan filem ini juga akan ada sekuelnya tapi tak pasti bila akan di keluarkan.

Mungkin yang tak pernah main game Tomb Raider ni akan kata cerita ni membosankan,yelah tak semua orang boleh suka apa yang kita suka kan?untuk peminat tegar Lara Croft macam Ijau memang kena tengok filem ni.


Sunday, 4 March 2018

Pumpkins United Malaysia?



Macam-macam cerita,ada yang kata khabar angin,berita palsu dan macam2 lagi lah dalam 2-3 minggu ni,tapi kebarangkalian tu pastinya ada..sebab bulan mac ni memang Helloween ada buat tour kat Jepun.boleh 'jemput' dia bikin konsert kat sini.dan harapnya takda la timbul cerita kontroversi ada  orang jual songkok kat konsert Helloween ni nanti..hahah,kalau setakat jual lepat labu aku rasa tak kontroversi la sebab kena dengan tema konsertkan..heheh.

Kalau jadi Helloween ni datang..kemungkinan,di ulangi KEMUNGKINAN aku akan pergi lah..😀😀

Friday, 16 February 2018

Gong Xi Fa Cai 2018




Selamat Tahun Baru China kepada pembaca blog aku yang merayakannya dan juga selamat bercuti kepada semua rakyat Malaysia,Singapura,Brunei dan Indonesia.
Entri takda idea ni.nanti esok lusa kalau ada idea aku post..heheh

Sunday, 21 January 2018

King Diamond - The Eye (1990)

Antara album King Diamond tanpa Mickey Dee..



Macam aku pernah cakap sebelum ni,kebanyakkan album-album King Diamond merupakan concept album (penceritaan dalam lagu macam kita tengok filem seram) dan album 'The Eye' ini menurut kata King,berdasarkan dari kisah benar dan di olah sedikit jalan ceritanya berlatar belakangkan pada era pada tahun 1600an di Perancis dan cerita dalam album 'The Eye' ni memang menarik.cara penceritaannya pun sama seperti album-album King Diamond yang sebelum ini seperti 'Them','Abigail' dan 'Conspiracy' seperti biasa selain menyanyi,King Diamond juga merupakan 'voice acting' untuk setiap lagu.boleh gelak macam hantu,buat suara nenek tua dan suara garau macam raksaksa.hehe..

Kisah untuk album ni mengisahkan tentang seutas rantai leher yang di panggil 'The Eye'.

1.Eye Of The Witch
Lagu intro pertama ini mengisahkan tentang seseorang (taktau lelaki ke perempuan) dah terjumpa rantai 'The Eye' ni.bila dia dapat rantai ni je dia boleh nampak kejadian masa lampau.solo Andy LaRocque best.aku suka dengar.

2.The Trial(Chambre Ardente)
Kita di kenalkan dengan dua karakter dalam cerita ini iaitu Nicolas de la Reynie seorang ketua paderi dan juga Jeanne Dibasson yang di tuduh sebagai ahli sihir.orang yang jumpa rantai 'The Eye' ni tadi dapat tengok segala kejadian yang berlaku perbicaraan untuk menghukum Jeanne ni sebab beliau di katakan ahli sihir.intro yang berat pada awal lagu ala Black Sabbath memang menarik dan juga solo Andy yang mengikut mood lagu.









3.Burn
Akhirnya Jeanne di dapati bersalah dan di hukum bakar hidup hidup.kerja gitar Andy dan Pete Blakk part solo berharmoni tu aku suka dengar.best betul

4.Two Little Girls
Cara penceritaan kali ini menarik,lagunya pun ala 'twinkle twinkle little star' King nyanyi sambil buat suara budak kecik dan buat suara budak perempuan menjerit.ceritanya selepas ahli sihir ni hangus terbakar,2 budak perempuan ni terjumpa rantai 'The Eye' ni kat bekas tapak ahli sihir tu kena bakar ketika mereka berdua bermain kat kawasan tu

5.Into The Convent
Lagu kelima ini juga memperkenalkan karakter yang lain iaitu sister Madeleine Bavent dan Father David.nak di jadikan cerita Father David ni dah rogol sister Madeleine ni.lepas je Father David ni rogol Madeleine,kessokan harinya Father David ni mati kena bunuh dengan kuasa rantai 'The Eye' yang di pakai oleh Madeleine tu.mood lagu yang heavy sesuai dengan jalan cerita rogol dan bunuh ni..heheh




6.Father Picard
Setelah Father David mati,datang pulak Father Picard ni jadi ketua untuk ganti Father David,tapi dia ni pun sama jugak ada niat jahat.dia ada letak sesuatu dalam air minuman air suci yang orang kat gereja tu kena minum setiap ahad.sesiapa yang minum air tu mula dengar cakap Father Picard ni.sekali lagi solo berharmoni dari Pete dan Andy yang menarik dan best

7.Behind These Walls
Madeleine semakin rasa pelik apa yang berlaku dalam gereja tu dan dia juga rasa tak percaya dengan Father Picard tu.macam ada sesuatu yang tak kena dalam komuniti gereja tempat dia tinggal tu.lagu ni kalau takda lirik pun dah best.riff-riff yang menarik dan solo Andy memang tak payah cakap la dah memang power dalam lagu ni.

8.The Meetings
Father Picard dan semua ahli tertinggi gereja berkumpul termasuk la Madeleine.apa yang berlaku selepas itu ialah seorang bayi telah di bunuh untuk di jadikan korban ritual ajaran sesat Father Picard ni.memang kejam gila la Father Picard ni.solo gitar kali ini oleh Pete Blakk.solo dia pun power



9.Insanity
Intrumental akustik gitar dan solo dari Andy LaRoche.menarik kerja gitar dia.kira macam lagu latar untuk cerita ni lah.

10.1642 Imprisonment
Pada tahun 1642 ritual ajaran sesat mereka telah di ketahui umum dan mereka semua telah di tangkap dan di penjarakan atas kesalahan membunuh bayi dan kanak-kanak yang tidak berdosa termasuk la sister Madeleine yang telah buat pengakuan atas segala kejahatan yang Father Picard lakukan.cuma sayangnya lagu ni pendek hanya berdurasi 3 minit je.kalau panjang sikit dengan solo Andy tu mesti lagi best.

11.The Curse
Kembali ke zaman moden iaitu orang yang jumpa rantai 'The Eye' tadi pada track lagu pertama.sumpahan 'The Eye' tu dah pergi pada orang yang jumpa rantai tadi tu dan hidup dia tak tenteram.setiap kali dia tengok 'The Eye' tu setiap kali tu jugalah dia tengok satu persatu peristiwa yang terjadi dari rantai tu.lagu ni sekejap slow sekejap fast dengan solo bergulung-gulung dari Andy dan Pete.

Pada aku album ni memang 'complete package' la.kalau takda kerja gitar dari Andy dan Pete Blakk memang tak menjadi jalan cerita dalam album ni,juga cara King Diamond buat lagu dan stail vokal dia yang berubah ubah tu memang mencantikkan lagi cerita dalam album ni.jadi kalau anda inginkan cerita seram thriller tanpa gambar,boleh layan album 'The Eye' ni.memang terbaik.
Dan untuk pengetahuan pembaca blog album ni takda pun sebut pasal sembah setan semua tu.jangan nilai buku sebelum baca isinya.

Monday, 1 January 2018

2018



2017 :

- Nak kata ada suka duka dalam tahun 2017 ni takda lah yang duka sangat cuma sepanjang 2017 memang aku sibuk dengan mengejar dunia je sampai blog aku ni pun dah sendu sebab jarang update..heheh.

-Hiburan duniawi.pembelian cd dan piring hitam yang ada antaranya belum berjaya di miliki.kerana salah satu sebabnya matawang kita nilainya agak dah menurun sedikit.lagi pun memang niat aku untuk mengurangkan pembelian cd dan lp ni untuk berjimat cermat.memang banyak rilisan yang aku skip,tapi kalau ada rezeki lebih memang aku beli lah.

-Dah ada whatsapp group geng bloggers.walaupun ada antaranya tak pernah bersua tapi berkenalan dengan rakan-rakan yang mempunyai hobi dan minat yang sama iaitu muzik.bertukar pendapat,gosip menggosip,cerita tentang rilisan terbaru dalam dan luar negara dan juga informasi tentang dunia gelap dan terang..heheh..dan ianya bagus dapat mengeratkan lagi silaturahim.

-Berkuburnya Ampang Park.antara shopping complex 'tertua' di Kuala Lumpur yang telah di hentikan operasinya pada 31/12/2017.pertama kali menjejakkan kaki di Ampang Park pada pertengahan 80an ketika aku masih kanak-kanak riang lagi.selamat tinggal Ampang Park..kau akan sentiasa dalam ingatan.


2018 :
-Kalau tanya pasal azam ni memang aku tak mahu cakap lah,lagi pun umur dah makin meningkat,cuma apa yang aku nak buat ialah nak perbaiki diri aku sendiri yang dah makin meningkat umur ni.

-InsyaAllah kalau takda apa-apa aral,antalogi cerpen aku yang kolabrasi bersama rakan sepermainan masa kecil dulu akan di lancarkan dalam tahun 2018 ni.dah banyak kali tertangguh,dan sekarang ni dalam proses kemaskini yang akan di terbitkan oleh satu penerbitan indie di kl ni.harap semuanya di permudahkan.

-Dah genap 4 tahun aku berhenti merokok

-Untuk adik-adik yang akan memulakan sessi persekolahan,belajar rajin-rajin.

-Semoga 2018 ni sukses untuk aku dan rakan-rakan bloggers dan juga pembaca yang rajin singgah kat teratak buruk aku ni

Selamat Tahun Baru 2018 dari aku.moga anda semua di kurniakan kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki berlipat ganda di tahun ini.

Wednesday, 27 December 2017

American Made (2017)

 Filem yang aku terlepas nak tengok kat wayang..


Antara filem lakonan Tom Cruise selepas filem 'The Mummy'.oleh kerana filem ini berdasarkan dari kisah benar,aku cari versi dvd lanun dekat pasar malam pada malam minggu yang lalu.

American Made mengisahkan Barry Seal seorang juruterbang pesawat komersial.selain itu dia juga melakukan penyeludupan cigar (rokok curut termahal dari Cuba) untuk di bawa masuk ke Amerika.sehinggalah dia di datangi oleh seorang ejen CIA yang menawarkan beliau untuk bekerja dengan CIA untuk melakukan penerbangan pengintipan sambil mengambil gambar di Amerika tengah.kerja-kerja pengintipan yang di lakukan oleh Barry telah di ketahui oleh boss besar dadah dari Colombia iaitu Pablo Escobar dan telah menawarkan Barry untuk membawa kokain dari Colombia ke Amerika.bermula dari situlah Barry mula menjadi 'talam dua muka' selain berkerja untuk CIA,Barry juga 'buat duit' dengan berkerja untuk kartel dadah Escobar untuk mendapatkan lebihan wang.kesilapan terbesar yang dia lakukan ialah tak reti nak cover duit dia yang banyak berpuluh juta tu.sehinggalah dia mula menjadi buruan pihak berkuasa Amerika iaitu FBI,ATF,DEA dan juga polis.untuk mengelakkan dia di kambing hitamkan oleh CIA,Barry mula membuat pengakuan melalui rakaman video untuk di jadikan bukti bahawa dia di pergunakan oleh CIA.

Kalau anda semua suka cerita berdasarkan dari kisah benar,aku sarankan tengoklah movie ni,berlatarkan pada era 70an dan 80an.jalan cerita pun simple dan mudah di fahami.takdalah complicated sangat jalan cerita dia.
*3/5

Wednesday, 20 December 2017

Queensryche & Samson

Yang baru sampai pada hari jumaat lepas dari Bintulu Sarawak.




Hasil persetujuan pertukaran dengan rakan blogger iaitu Ijau.memandangkan aku dan dia mempunyai hobi yang hampir sama (mengumpul cd dan games)maka terjadilah pertukaran antara cd game Playstation 4 'The Last Of Us' (seperti dalam entri Ini )dengan cd ini.pada mulanya cuma cd Queensryche 'Promised Land' je,tapi Ijau telah bermurah hati nak kasi aku lagi satu  cd.so dapatlah cd 'Samson-Joint Forces' tu.lagi pun aku memang tak pernah dengar muzik Samson,apa salahnya kalau cuba dengar mana tahu best ke.

Cuma belum berkesempatan lagi nak dengar kedua-dua cd tu sebab masa terlalu mencumburi aku..heheh..nanti kalau dah dengar boleh buat entri yang berasingan.
Apa pun terima kasih kepada Ijau untuk kedua-dua cd 'Queensryche Promised Land' dan 'Samson Joint Forces tu'.