Sunday 18 March 2018

Tomb Raider (2018)

Yang di tonton pada minggu lepas..




Filem ini adalah versi remake selepas dua filem Tomb Raider yang di lakonkan oleh Angelina Jolie.untuk versi kali ini memang mengikut jalan cerita daripada game Tomb Raider reboot yang pernah menang anugerah game terbaik untuk tahun 2013.aku pernah cerita Kat Sini.

Takdalah nak review sangat pasal filem ni,sebab baru lagi aku tak mahu kasi spoiler.heheh..tapi kalau anda dah biasa dengan cerita Indiana Jones,pasti suka dengan filem ni.ramai juga yang kritik kata filem ni teruk dan tak bagus ada yang kata plot filem ni membosankan,tapi pada aku sebab aku memang peminat game Lara Croft ni sejak dari zaman Playstation One lagi,memang takda masalah nak layan filem ni,aksi Lara Croft sama seperti dalam permainan game.dia berlari,meloncat,jatuh dari tempat tinggi dan juga menyelesaikan teka teki.lakonan Alicia Vikander yang memegang watak Lara Croft memang kena dengan penampilan dia yang tak berapa cantik tapi lasak.(tak macam Lara Croft versi Angelina Jolie yang hanya seksi semata-mata)dan filem ini juga akan ada sekuelnya tapi tak pasti bila akan di keluarkan.

Mungkin yang tak pernah main game Tomb Raider ni akan kata cerita ni membosankan,yelah tak semua orang boleh suka apa yang kita suka kan?untuk peminat tegar Lara Croft macam Ijau memang kena tengok filem ni.


5 comments:

  1. belum tengok dan tak pernah main game Tomb Raider, tapi kalau orang yang main game kata best, memang tak boleh dinafikan lagi

    ReplyDelete
  2. Tunggu nanti keluar kat youtube " action scenes only of Tomb Raider 5 mins long" baru aku tengok haha

    ReplyDelete
  3. tomb raider reboot (PS4) - belum habis main (20-25%), sebab lama dah tak main PS4

    tengok trailer filem, kenapa mesti ada jalan cerita atau elemen seperti dalam game?

    pawagam baru kat bintulu dah ada, tapi rasanya tak sempat buka bulan mac ni, so banyak filem2 (best) bulan mac yang akan miss, sedih~

    ReplyDelete
  4. Tunggu keluar kat Iflix...heheh...

    ReplyDelete