Saturday, 14 November 2015
The Man From U.N.C.L.E (2015)
Antara movie yang sempat tengok baru2 ni..
The Man From U.N.C.L.E adalah filem bergenrekan spy comedy yang bedasarkan dari drama bersiri yang pernah di tayangkan pada tahun 60an.tv Malaysia juga pernah menyiarkan drama bersiri ini,ketika aku masih budak2 lagi.singkatan bagi U.N.C.L.E adalah "United Network Command For Law And Enforcement".drama bersiri dan watak2 dalam cerita ini di cipta oleh Ian Fleming,orang yang sama mencipta watak James Bond,patut la jalan ceritanya pun lebih kurang ala2 James Bond juga.
Filem ini mengisahkan Napoleon Solo (Henry Cavill)seorang perisik dan juga penyeluk saku profesional dari Amerika dan Illya Kuryakin (Armie Hammer) seorang perisik KGB Russia telah di tugaskan untuk menyiasat seorang Nazi yang mempunyai senjata nuklear,tugas mereka untuk menghapuskan doktor tersebut dan menghalang mereka untuk membangunkan senjata nuklear tersebut.berbagai kejadian yang agak lucu berlaku sepanjang mereka melakukan tugasan dan siasatan.agak menarik juga komedi spontan yang di lakonkan oleh Henry Cavill (Man Of Steel,Immortals) dan Armie Hammer (Lone Ranger,The Social Network)
Memang agak menarik juga jalan cerita dan lawak spontan yang mereka lakonkan,cuma aura James Bond tu ada sikit2 dalam filem ini.lawaknya pun lebih kurang macam filem 'Sherlock Holmes' lagi pun pengarah filem ini juga dari orang yang sama iaitu Guy Ritchie.
Kalau rasa nak layan movie yang berlatarkan era tahun 1960an,boleh layan filem ini.
*3/5
Thursday, 12 November 2015
Zulkif - Misteri Api,Air & Angin Vinyl (1990)
Aku pernah sebut pasal album ni kat entri Hillary haritu..
Sabtu lepas ketika aku sibuk 'carigali' rekod kat kedai uncle Joe,tanpa di sangka2 boleh terjumpa album ni terselit di celah2 rekod sountrack.(aku rasa mesti ada orang yang sembunyikan kat situ sebab nak beli..heheh) dah memang rezeki,dapat dengan harga yang betul2 murah,(cuma rm40) dengan kondisi rekod yang cantik tanpa berlengah aku terus ambil dan bayar,hilang kisah aku nak beli sountrack piring hitam pada mulanya..heheh..
Zulkif merupakan pemain gitar kumpulan Headwind yang pernah popular pada era 80an dahulu.beliau juga merupakan producer dan juga sessionist untuk kerja2 rakaman di studio.kalau sesiapa masih ingat kumpulan Black Rose yang pernah popular dengan lagu 'Penantian' tu dulu,Zulkif lah penerbit bagi album Black Rose dan juga bermain gitar dalam album itu.solo yang menarik dalam lagu 'Penantian' itu lah hasil dari petikan gitar beliau.
Walaupun nama beliau kurang di kenali dan tak sehebat Man Kidal atau pun Hillary,Zulkif sebenarnya seorang gitaris yang hebat,kerja gitar beliau dengan gabungan rock n roll dan sedikit pengaruh jazz untuk album ini memang best,kerja gitar untuk album ni memang lain jika hendak di bandingkan dengan kerja gitar beliau untuk album Black Rose.sebab album ini memang mengikut citarasa beliau.selain menjadi penerbit untuk album ini,beliau juga menyanyikan sendiri setiap lagu dengan bantuan pemuzik dan penyanyi latar hebat seperti Hattan,Fairuz Hussein dan Shima.
Aku suka lagu yang beliau medleykan dalam album ini,agak heavy dari versi asal,lagu 'Rentak Ke Tujuh' juga menarik,bunyi gitar dan solo nya smooth je.pengaruh blues yang jelas dalam lagu intrumental 'Misteri Api,Air & Angin' ala2 macam Gary Moore pun best.
Kalau dulu pernah memiliki versi kasetnya,tak sangka pulak boleh dapat versi piring hitam ni.antara album gitar solo yang best pada era 90an selain Hillary.kalau album ini di reissue balik pun bagus juga.

| condition rekod nasib baik ok takda calar |
| side A |
| Side B |
Aku suka lagu yang beliau medleykan dalam album ini,agak heavy dari versi asal,lagu 'Rentak Ke Tujuh' juga menarik,bunyi gitar dan solo nya smooth je.pengaruh blues yang jelas dalam lagu intrumental 'Misteri Api,Air & Angin' ala2 macam Gary Moore pun best.
Kalau dulu pernah memiliki versi kasetnya,tak sangka pulak boleh dapat versi piring hitam ni.antara album gitar solo yang best pada era 90an selain Hillary.kalau album ini di reissue balik pun bagus juga.
Wednesday, 11 November 2015
Sunday, 8 November 2015
Ruthless Queen,Kesetiaan & Cintaku Tertinggal Di Malaysia
Tadi aku buka Youtube,dengar lagu band dari Netherlans iaitu Kayak.band progresif rock yang di tubuhkan pada tahun 1972 ini rupanya popular juga,stail muziknya seperti Queen dan vokalisnya pun mempunyai suara seakan2 Freddie Mercury.bila aku google rupanya band ini boleh tahan popular juga lah.antara lagu dari band ini yang hampir sama (atau ciplak?)
Kayak - Ruthless Queen (1978)
Febians - Kesetiaan (1988)
lawak betul Bandi time ni..heheh..
Dewa 19 - Cintaku Tertinggal Di Malaysia (2008)
So pada sesiapa yang tau pasal lagu ni cuba cerita sikit?

Thursday, 5 November 2015
Blackshed ( Bloodshed ) - Villa Misteri (1989) Reissue 2015
Sambungan dari Ilusi Sebuah Mimpi dari Berteromber
Merupakan album terakhir dari Bloodshed yang telah di tukarkan nama kepada Blackshed setelah Rosdan (penyanyi asal Bloodshed) keluar dari band ini,di gantikan dengan penyanyi baru yang aku pun sendiri tak tau siapa namanya..heheh..masa album ni keluar dulu aku memang tak ambik tau sangat.sekali imbas tengok cover album ni macam ala2 album King Diamond pun ada.
Untuk album ini,imej rock kapak diorang dah takda.jadi rockers smart la pulak.berbeza dengan album 'Ilusi Sebuah Mimpi' dan 'Samarkand' stail muzik mereka pun dah berubah sedikit,tak macam kedua album yang di terbitkan pada 80an dahulu.mungkin ketiadaan Hamdan juga merupakan faktor lagu2 dalam album ini agak kurang menarik.
Dari segi soundnya ok lah,walaupun bersumberkan dari piring hitam.lagu yang paling popular selalu keluar di radio dulu ialah 'Menggenggam Bara' lagu ciptaan M.Nasir.cuma yang tak best album ni ialah lagu pertama yang bertajuk 'Fillo Bercandi' ialah lagu slow rock.intronya seakan2 lagu 'Hallowed Be Thy Name' dari Iron Maiden.track kedua 'Villa Misteri' jeritan suara vokalisnya macam kena paksa jerit untuk lagu yang bernada tinggi.lagu 'Bermuda' pulak intro nya sama macam lagu King Diamond,rasanya diorang ni mungkin minat King Diamond jugak kot?
Overall album ni ok la walaupun vokalis macam tak kena je nyanyi lagu2 rancak,cuma kena dengan lagu slow macam 'Menggenggam Bara' dan 'Fillo Bercandi' tu.lagu2 dalam album ini juga kebanyakkannya di cipta oleh Blackshed sendiri.pada aku album terbaik Bloodshed cuma 'Ilusi Sebuah Mimpi' dan 'Samarkand' tu je.

Tuesday, 3 November 2015
Pentagram Di Atas Pusara Oleh Adi Herman
Selamat sampai di depan rumah aku pada sabtu tempoh hari 31/10/2015 memang agak lewat yang di jangka,sehinggakan penulisnya berkali2 whatsapp aku tanya buku dah sampai ke belum..heheh..takpalah,lagi pun bukan salah beliau buku ni lambat,kesilapan teknikal dari pos laju kata nya..
Ok,seperti yang pernah di review oleh Pc Kokak di blog beliau Kat Sini dan juga dari Ijau Di Sini,aku takda lah nak mereview sangat.tak mau spoiler lah kan.
Buku ini merupakan karya sulung dari penulis kreatif yang berbakat dan juga rakan blog dari Sarawak,anak jati dari Bintulu iaitu saudara Adi Herman,hasil tulisan/cerita kreatif beliau yang selama ini pernah di siarkan di blog dan Facebook beliau,di himpunkan menjadi sebuah buku,size buku nya agak comel dan senang nak di bawa ke mana2,cover depan nya juga agak menarik,walau pun mungkin boleh menyinggung perasaan sesetengah pihak..heheh..tapi sepeti kata pepatah jawa, 'dont judge a book by its cover',sebenarnya buku ni memang menarik.
Aku suka nama 'Pehin Sri Jibraun' tu..memang art betul..heheh..cerpen2 yang ada dalam buku kecil ni semuanya menarik,walau ada sesetengah cerita tu bikin kepala pusing sikit..tapi yelah bukan senang nak buat cerpen macam ni,idea memang sentiasa nak kena ada.
Setinggi2 tahniah kepada Adi Herman kerana berjaya merialisasikan idea kreatif beliau dalam buku kecil yang comel ini.mana tau satu satu hari nanti dah boleh duduk sama tinggi dengan Stephen King atau pun dengan Ramli Awang Murshid tu kan? kalau suruh aku bagi satu perkataan untuk buku ini :
"Karya sastera gelap fantasi yang kreatif dan unik"
Terima kasih Adi Herman,tahniah dan jangan jemu untuk berkarya.tabik!
Untuk mendapatkan buku ini boleh hubungi Adi Herman di blog beliau :
http://molotovcocktailz.blogspot.my/
Facebook beliau :
https://www.facebook.com/adiherman696
Atau email
gautama_81@yahoo.com
Sunday, 1 November 2015
Ekamatra - Satu Tekanan Irama (1989) Reissue 2015
Lagi album reissue yang ada di pasaran..
Seingat aku abang aku pernah beli album ini dalam bentuk kaset pada tahun 1989,album ini agak 'meletup' juga la di tempat aku di Segamat Johor pada ketika itu,yelah,band ni kan dari Johor.macam Berteromber pernah kata,sekitar penghujung 80an memang agak sukar dah nak jumpa 'kaset pirate' atau pun dulu orang panggil 'kaset apache'.tapi kertas kasetnya kalau keluaran EMI memang menggunakan kertas yang berkualiti la..
Album pertama Ekamatra ini boleh di katakan album yang memperkenalkan pemain gitar era 90an antara pemain gitar terbaik di Malaysia iaitu Shahrul.kebanyakkan lagu dalam album ini juga hasil ciptaan beliau.walaupun ramai yang ingat lagu 'Pusara Di Lebuh Raya' 'Sentuhan Kecundang' dan 'Hanya Satu Persinggahan' (terus terang memang aku tak suka ketiga2 lagu ni) tapi sebenarnya album ini menampilkan kerja gitar yang bagus dari Shahrul,walaupun agak di bayangi oleh Malmsteen.
Lagu2 rancak dalam album ni memang terbaik,sesuatu yang boleh di katakan agak fresh pada ketika itu,aku suka lagu instrumental 'Ekamatra' lagu ciptaan Shahrul yang menampilkan solo beliau yang bergulung2 ala Malmsteen,lagu 'Dunia ke III' dan 'Fantasi Los Angeles' pun best.aku setuju dengan MataKucing yang sound gitar akustik dalam album ni memang keluar sebijik2.sedap bunyinya,intro lagu 'Simfoni Untuk Gadisku' dan 'Ego' dengan petikan akustik Shahrul memang terbaik.
Sound untuk reissue ni ok la puas hati,tiada tenggelam timbul,sebab tu bunyi akustik gitar dalam ni dan solo2 Shahrul untuk lagu yang rancak semuanya sedap di dengar.sesapa yang dulu2 suka kat Ekamatra ni boleh beli cd reissue ni..sekadar pelengkap koleksi.
p/s : sekali dengar 2-3 lagu ada macam ala2 Dream Theater
Mata Kucing pun ada review album ni :
http://mata-kucing.blogspot.my/2015/11/satu-tekanan-irama.html

| susunan lagu tak sama macam versi kaset |

Labels:
80s Retro,
cd,
Glam/Hard Rock/Retro,
Klasik,
Rock Melayu
Subscribe to:
Posts (Atom)