Monday 15 August 2016

Sil Khannaz - Thunder Roar 7' EP (2015)

Dah lama beli baru harini nak tampal kat sini..



Antara band metal tempatan yang mula2 aku kenal sekitar tahun 90an dahulu ialah Suffercation dan Sil Khannaz ni.setelah sekian lama menyepi,Sil Khannaz kembali dengan EP terbaru berjudul 'Thunder Roar'.pada mulanya ia di keluarkan dalam format cd dan kaset,tetapi versi kaset hanya terhad 100 unit sahaja,selepas itu baru lah Sil Khannaz riliskan dalam format piring hitam 7 inci pulak.






EP ini hanya mengandungi 4 lagu,walaupun cuma 4 lagu,tapi lagu2nya memang mantap dan terbaik.susunan muziknya tetap power walaupun anggota kumpulan ini bertukar ganti.Sil Khannaz masih lagi mengekalkan identiti death metal dalam muzik mereka.







Versi piring hitam ini telah di keluarkan dalam 3 pilihan warna,ada merah,hitam dan clear vinyl.aku pilih yang macam gambar kat atas tu.itu yang nampak menarik.EP 7 inci ini juga terhad,hanya ada 300 salinan je.dua lagu dalam bahasa melayu dan 2 lagu dalam bahasa inggeris memang agak menarik,aku suka lirik puitis bahasa melayu dalam lagu Sil Khannaz memang berseni.

Pada peminat muzik ekstrem,boleh beli album ni,tak rugi,setelah sekian lama scene metal tempatan sunyi,dengan adanya album ini dan juga dengar cerita ada lagi album2 metal tempatan yang akan di riliskan kembali,meriahlah kembali scene metal tempatan.

7 comments:

  1. SIL khannas boleh cabar carcass.
    Jom ke blog yusrina tengok album carcass bro..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Blog hang tu banyak imej sangat! Bila pe kat blog hang, lama sangat nak load - dengan lagu dia, ngan imej dia... tu lah orang tak mau pe blog hang! Cuba hang bubuh imej kurang sikit, bagi senang nak load blog hang! Apa lah hang...

      Delete
  2. Aku tak pernah ada 7'...kalau ada bajet cadang nak sambar jugak sebiji...

    ReplyDelete
  3. kaset cd pun belum sambar lagi, dengar lagu ep ni kat keta kawan mmg berdentum soundnnya..

    ReplyDelete
  4. Assalam blogger, best review ni, nk mintak email bleh sbb sy nk hantar cd untuk di review

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam..sy tak berapa pandai sangat nak review main tulis ikut suka je,ikut pada pendengaran telinga sendiri..hehe..
      boleh je kalau nak email rafixyrus@gmail.com

      Delete
  5. rilisn terbaik bagi ekstrim metal tempatan bagi tahun lepas...ada duit lebih mmg nk sambar 7' ni kasi lengkap koleksi

    ReplyDelete