Friday, 26 August 2016

Samad s/t (1994) Reissue 2015

Lagi album dari gitar hero tempatan.rilisan semula tahun lepas..




Selepas Hillary,Joe Jasad Liar dan Zulkif yang telah mempunyai album dengan cara permainan gitar yang tersendiri,Allahyarham Samad juga pernah merakamkan album gitar solo yang di terbitkan pada tahun 1994.seperti kata Berteromber tentang kualiti keluaran semula ini,(ulasan dari Berteromber boleh tengok Di SINI ) kualiti sound,packaging dan juga kualiti kertasnya memang terbaik dari WEA music.yang paling terbaru ialah album2 Sweet Charity dan Lefthanded.

Pernah juga mempunyai versi kasetnya yang di beli ketika baru nak belajar cari duit sendiri.pasti yang tahu Allahyarham Samad merupakan pemain gitar untuk kumpulan Lefthanded bersama2 Man Kidal ketika zaman Lefthanded tengah popular suatu ketika dulu,gitar solo berharmoni beliau bersama dengan Man Kidal di dalam setiap album Lefthanded di dalam album2 terawal Lefthanded.kerana solo 'Prodigal Son' dalam lagu 'Debunga Wangi' lah ramai peminat Lefthanded berkata mereka adalah klon 'Iron Maiden'.






Berbalik pada album ini,produksi untuk album ini juga terbaik.susunan muzik dan diterbitkan sendiri oleh Samad dengan artis dan pemuzik undangan.untuk bahagian drum je ada Yazit Search,Tom,Baba dan Mahmud,bahagian bass pula oleh Yan (Lefthanded,Search) Salman dan Aub.Samad juga mengundang penyanyi hebat seperti Jamal Abdillah,Arab dan juga Harry Hess penyanyi kumpulan rock dari Canada iaitu Harem Scarem.beliau juga mengundang shredder terhebat dari kumpulan Mr.Big iaitu Paul Gilbert.














Antara lagu kegemaran dalam album ini ialah 'Joget' dan 'Animo' (bersama Paul Gilbert) lagu 'Land Of Paradise' nyanyian Harry Hess (versi Search tajuknya Feel The Pain dari album Rampage)lagu mid tempo 'Malam Yang Panjang' nyanyian Arab.aku suka lagu ni.ciptaan M.Nasir.cuma lagu 'Semalu' nyanyian Jamal Abdillah je yang aku tak berapa suka,macam tak kena sangat vokal Jamal dengan lagu ni.(macam dengar album solo Jamal pulak).dan lain2 lagu intrumental dalam album ini pun best,memang menampilkan kerja gitar Samad yang all out tanpa di bayangi oleh Lefthanded.Samad memang dah mempunyai identiti sendiri dalam setiap permainan gitar beliau.Paul Gilbert pun pernah memuji beliau ketika interview dalam majalah Guitar World.

Untuk sesiapa yang belum pernah dengar album ini,kena dengar.antara khazanah rock dan gitar hero yang tiada gantinya.walaupun beliau tiada,kerja gitar beliau dan hasil karya beliau tetap menjadi 'masterpiece' dan kekal dalam lipatan sejarah rock Malaysia.

Al Fatihah Allahyarham Abdul Samad Bin Mian 1963 - 2008

7 comments:

  1. kerja gitar samad dalam album ramli sarip a-live pun gulung berabis

    ReplyDelete
  2. Dh hadam dh album ni....dlu zaman kaset pernah layan ari2... Samad punya sound gitar tu taim mmg metal punya sound... teringat plak taim dia goreng solo masa ajl 92 utk lagu mahligai syahdu hattan... mmg real

    ReplyDelete
  3. Aku belum beli cd2 lefthanded pun

    ReplyDelete
  4. Ed force one book of soul world tour ada 3 jenis berlainan. 1:200 plastic sambung2, 1:400 besi, dan 1:500 plastik sambung2, harga of course lain2. Aku beli direct website mmaiden,

    ReplyDelete