Friday, 5 August 2016

Shahrul - Transfigurasi (1995) Reissue 2016

Dari Joe Satriani,kita pergi ke album gitaris tempatan pulak.album yang dah berusia 21 tahun.




Shahrul merupakan antara gitaris terbaik juga walaupun nama beliau tak sehebat Hillary dan Man Kidal yang masih berkarya sehingga ke hari ini.pertama kali mendengar kerja gitar beliau melalui album sulung Ekamatra 'Satu Tekanan Irama',yang mana album tersebut telah memperkenalkan beliau sebagai gitaris handalan walaupun pada ketika itu banyak di bayangi oleh Malmsteen.





Album solo pertama beliau ini menampilkan stail muzik yang lebih matang dan kerja gitar yang semakin kehadapan.dengan vokalis undangan yang juga bekas anggota Ekamatra iaitu Rahmat,menjadikan album ini menarik.sememangnya gabungan Rahmat dan Shahrul memang menjadi.
Antara lagu yang best dalam album ini ialah 'Tujuh Hasta Melangkah' ciptaan Shahrul dan Rahmat.lagu slow rock dengan lirik yang puitis hasil tulisan Siso Kopratasa.solo mendayu Shahrul menjadikan lagu ini semakin menarik.medley 'Pusara Di Lebuhraya' dan 'Sentuhan Kecundang' dengan susunan muzik yang baru pun boleh tahan best jugak.'Menanti Riakmu' lagu mid tempo juga ciptaan Shahrul dan Rahmat.bunyi akustik gitarnya best bila dengar guna earphone.sebijik2 keluar.juga lagu 'Kehadiranmu' lagu slow rock dengan bunyi akustik di selang selikan dengan bunyi riff eletrik gitar.







Lain-lain lagu ialah intrumental yang menonjolkan skil gitar Shahrul yang semakin matang pada ketika ini (1995) antara lagu instrumental yang menarik seperti 'Transfigurasi' 'MJO' 'D'4Bs' (ada macam Ritchie Kozen sikit pada awal lagu) 'GMO' dan 'AS4U' (a song for u) lagu dengan mood sedih,Shahrul tujukan lagu ini untuk mak dia.
Walaupun ada sedikit pengaruh Steve Vai dan Malmsteen,(dah memang idola beliau) skil dan permainan beliau dah ada identiti sendiri.lagi pun beliau memang dah lama dalam bidang muzik,masa zaman Ekamatra pun umur beliau baru 17 tahun.






Kesimpulannya album solo Shahrul ni memang terbaik la.tak rugi kalau beli.antara pemain gitar terbaik di Malaysia walaupun beliau terus menyepi pada ketika ini.
Versi kaset boleh jenguk di blog Berteromber DI SINI

6 comments:

  1. aku dah upgrade ke cd...hehe..

    ReplyDelete
  2. shahrul memang hebat... tapi setakat hebat di nusantara aje lah.. beliau belum mampu lagi untuk menembusi legasi antarabangsa gitu... so, you must work very hard, shahrul..

    ReplyDelete
  3. tk dgr lg album ni..masih berbungkus plastik.. kiki
    lagu dlm album ni ade jgk kn termuat dlm album ekamatra mimpi tk bertepi..

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Huii seriusly kena check nie.. kat Yotube banyak plak username load live dia..

    ReplyDelete