Saturday 20 August 2016

Metallica - Hardwired





Pagi tadi bukak je facebook,penuh kat wall aku pasal single terbaru dari Metallica.dan dengar khabarnya album terbaru yang di beri tajuk 'Hardwired..To Self-Destruct' akan berada di pasaran pada 18 November nanti
Single dan video pertama dari albim ini iaitu 'Hardwired' dah pun di lancarkan.ada antara peminat2 Metallica yang cakap lagunya lagi best dari album 'Death Magnetic dan ada juga yang cakap nak lawan dengan album abg Mus yang di riliskan awal tahun 2016  yang lalu iaitu album Dystopia sebab album abg Mus tu berakar umbi kan thrash metal 80an.

Album terbaru Metallica kali ini ada 2 disc yang di katakan ada lagu2 nya yang berdurasi lebih dari 5 minit.aku pun baru dengar tadi kat youtube lagu 'Hardwired' ni.lagunya masih lagi heavy macam album 'Death Magnetic' cuma kali ini sound drum Lars Ulrich kembali pada era album 'Black/Load/Reload' baru syok sikit dengar,sound double bass drum pun padu.solo Kirk Hammett masih lagi menggila.dan keseluruhan muziknya mereka cuba untuk kembali kepada akar umbi era thrash 80an.

Ini baru single,mungkin lagu2 yang lain dalam album ini ada yang lagi sedap.so,kita tunggu saja lah album terbaru Metallica ni rilis nanti.ini bermakna demam Metallica pun dah kembali..heheh..

Video official 'Hardwired'.

9 comments:

  1. Dah ulang 2 3 kali, menyengat jugak lagu ni.. Dashatlah kalau buat double disc..

    ReplyDelete
  2. Solo gitar lagu ni mcm stail Kill em all..stail riff mcm album master of puppet..sound death magnetic...
    Gaya mainan drum mcm album ride the lightning tp sound mcm n justice for all..
    Hetfield punya nyanyian..gaya death magnetic..bunyi mcm Lemmy sket... masih mengekalkan gaya baru nyanyian beliau..
    Bass... ade ke bunyi bass klu metallica ni?

    ReplyDelete
  3. aku tak sabar nak tunggu album baru metallica ni keluar.. harap-harap music diorang akan kembali menggila ke zaman era thrash 80an dulu.. gitu

    ReplyDelete
  4. 1st time dengar terbayangkan St Anger...tolak bunyi drum ketang..ketang tu la...

    ReplyDelete
  5. aku masih menaruh harapan tinggi untuk album baru ni. nilai thrash dia masih kuat. mungkin tidaklah sehebat 3 album terawal, namun bagi golongan umur 50'an macam diorang ini yang masih mampu bawa muzik genre sebegini, kira respect la jugak.

    ReplyDelete
  6. semalam dengar... lepas tu terus layan balik CD death magnetic

    ReplyDelete
  7. sama lah penuh wall fb ngan single ni..haha

    ReplyDelete
  8. start st anger n death magnetic mmg metallica da kembali ke pangkal jalan...bila dgr single di mmg sah la mereka da taubat..hehehe

    ReplyDelete