Monday 8 August 2016

Gersang - Takdir (1988) Reissue 2016

Album kedua dari kumpulan Gersang...






Kali terakhir aku dengar lagu2 dari album ini ialah pada tahun 1988.ketika itu aku masih lagi kanak kanak riang..heheh.versi kasetnya di beli oleh abang aku.walaupun sebelum ini aku pernah cakap tahun terbaik bagi glam rock dan heavy metal ialah pada tahun 1988,tapi tidak pada album ini.maka,selepas album ini di terbitkan,Kid pun keluar dari Gersang ni dan join Search terus meletup dengan album 'Fenomena' terbitan tahun 1989.







Berbanding dengan album pertama yang ada tempias glam rock,album kedua ini agak mellow dan terlalu jiwang.mungkin kena ikut kehendak syarikat rakaman kan.kalau ikut kehendak band memang tak boleh 'jual'.dan kalau di perhatikan pada inlay cd,imej Kid je yang nampak rock sikit,(imej memberontak,tak hairan la selepas tu dia terus join Search)stail muzik mereka juga berubah,banyak penggunaan keyboard untuk album ini.ala2 Emerson,Lake & Palmer (ELP).hilang sudah imej rock mereka.

Pada aku penyelamat dalam album ini ialah kerja gitar Kid.permainan beliau untuk lagu2 rancak dalam album ini seperti 'Dunia' solo yang agak tenggelam,mungkin kerana produksi terbitan semula.menarik solo dalam lagu ini.solo gitar dalam lagu  'Masalah' yang ala Malmsteen pun best,lagu ala Van Halen 'Si Rama Rama',dan juga 'anthem' lagu jiwang yang selalu kedengaran di radio sehingga sekarang iaitu 'Suratan Takdir' (cuma versi cd ni kenapa vokal Man Bai agak bebunyi macam chipmunk sikit?)








Kalau dulu aku mendengar album ini ketika zaman kanak kanak,ok boleh layan,cuma bila dah dengar balik pada masa sekarang ni,memang dengar sekali lalu je lah..pasal jiwang sangat susah nak masuk..heheh.aku beli cd ni pun kerana nak melengkapkan album Gersang aku.album ke 3 yang bertajuk 'B29' pun taktau syarikat rakaman mana pulak yang ada copyright dia dan taktau bila akan di pasarkan.

Kesimpulannya,jika anda gersang dan dalam hati ada taman,boleh dengar album ini..heheh.


13 comments:

  1. Sama ler..aku pun tk brape nk minat dgn album ni walaupun aku penggemar lgu2 jiwang..hehe.. mungkin lgu2 jiwang meleweh dlm album ni so so je..
    Suratan takdir tu dh mcm chipmunk.. biasalah klu album2 reissue zaman moden ni mmg kadang2 bertebiat sket.. mungkin tukang masteringnya tk pro sket.. lalala larikkkk

    ReplyDelete
  2. Bila komen2 mcm ni aku dah mcm x de mood nak beli contoh suara man bai mcm chipmunk..solo kid tenggelam...

    ReplyDelete
  3. Akupun KIV dulu album nie sbb tak best macam album pertama..

    bro ada masa boleh ulas Metalian album ke-2 Era, sbb aku rasa ada lagu yg sound rasa semacam je,kurang arif pasal2 teknikal nie...kalau ok mungkin kena pegi test telingalah, he he..

    ReplyDelete
  4. aku sgt2 gersang skg ni hahaha.. best tu lagu suratan takdir

    ReplyDelete
  5. Aku masih setia nak tunggu Album B29 tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama ler dengan saya..tertunggu-tunggu..

      Delete
  6. hahaha. lagu paling fevret suratan takdir. Masih hidup dan tak kan pernah mati genre lagu macam ni. walaupun ada yang mual dengan kejiwangan yang dibawa.

    ReplyDelete
  7. Zaman ni kalau dengar Gersang memang kena kutuk la...haha...

    ReplyDelete
  8. Aku rasa geli2 bila baca review ni. Haha.

    ReplyDelete
  9. AssalamualaikumWTH.. mungkin ada benarnya..album ni dah kurang rocknya..tapi bagi pendapat aku ianya masih lagi boleh diterima..susunan lagu muzik juga agak tidak mengecewakan..terutama untuk solo guitar Kid dan bunyian kibod dari Acis..lagu-lagu album ni boleh dikatakan punyai nilai komersil yang tinggi..banyak lagu2 jiwang ler katakan hehe..

    ReplyDelete
  10. AssalamualaikumWTH.. mungkin ada benarnya..album ni dah kurang rocknya..tapi bagi pendapat aku ianya masih lagi boleh diterima..susunan lagu muzik juga agak tidak mengecewakan..terutama untuk solo guitar Kid dan bunyian kibod dari Acis..lagu-lagu album ni boleh dikatakan punyai nilai komersil yang tinggi..banyak lagu2 jiwang ler katakan hehe..

    ReplyDelete
  11. minus lagu2 jiwang tu sebenarnya album ni cukup bagus bagi aku sebab pengaruh van halen jelas kedengaran..terutama bahagian gitar dan keyboard.yang terbaik adalah lagu nuklear.dgrkan gorengan keyboard acis.malahan lagi ni aku rase terlalu underrated.radio pun tak pnh promote lagu fast mereka.asyik push lagu slow je.

    ReplyDelete