Monday 9 May 2016

Lefthanded - Keadilan (1986) Reissue 2016

Selain Universal/EMI,Sony Music dan juga NSR,Warner Music juga tak mahu ketinggalan dengan trend reissue ni..




Warner Music dah pun meriliskan kembali 3 album Lefthanded iaitu album 'Nafas','Fanatisme' (yang Ramli Sarip jadi vokalis tu) dan album Keadilan ni,aku hanya beli album Keadilan ni je sebab album ni juga ada nilai nostalgik.nak beli semua album memang parah la..heheh.hanya album yang ada nilai nostalgik je yang akan aku beli.tak boleh nak layan sangat,rabak poket.






Sebelum ni kita dah biasa dengan 3 label yang aku sebut tu yang ramai orang selalu komplen tentang soundnya lah,kualiti kertasnya lah,typo nya lah (maafkan la tukang taip list tu..heheh)dan juga jewel case nya.bagaimana dengan Warner Music?

Ok,kita check satu persatu.bukan mudah nak puaskan hati semua orang ye tak?

1.Jewel Case
Rilisan Warner Music menggunakan jewel case yang berkualiti,ada logo Warner kat kotaknya.aku test jatuhkan atas simen pun tak retak atau pecah.terbaik. 5/5

2.Kualiti kertas
Sama seperti Sony Music,kualiti kertasnya so-so je lah,tak macam rilisan dari NSR yang menggunakan kertas bermutu tinggi,tapi lagi ok dari Universal/Emi yang semakin nipis pulak kertasnya. 3/5

3.Cover Album
Gambar cover depan masih mengekalkan yang asal dari versi kaset,tapi lebih menarik dan cantik.tiada cacat cela langsung,tabik kepada pereka cover ini .5/5




ada apa dengan typo?heheh..


4.Typo
Mula2 aku belek kat senarai lagu kat belakang jewel case dah terkantoi satu,bila check kat lirik pulak cuma ada satu je terkantoi,kat lirik lagu 'Tiada lagi Kidungmu' Oh Sayang jadi 'Oh Saying'..heheh..1/5

5.Sound.
Soundnya memang terbaik, dari mastertape la kan.mungkin juga telah di 'remastered'kan sebab bunyinya memang enak banget.5/5



dapat poskad.ganti kad ucapan tuju lagu kat radio dulu2.


Antara album fav.Lefthanded aku,sebabnya line up klasik terbaik dalam sejarah rock Malaysia,dua gitaris handalan iaitu Man Kidal dan Allahyarham Samad.juga dengan Man Dayak dan Yan,serta Nash dengan suara rock beliau yang power pada ketika itu.antara vokalis rock yang hebat dengan jeritan nada tinggi nya.empat lagu klasik rock Lefthanded kesemuanya ada dalam album ini seperti 'Lagenda Cinta' 'Ku Kehilangan Cinta Tiga Dimensi' 'Tiada Lagi Kidungmu' dan 'Debunga Wangi'(dengan gitaris undangan dari Iron Maiden iaitu Adrian Smith)

Overall yang lain2 nya semua ok,harap lepas ni pihak Warner Music riliskan album 'Seruan' dan 'Qabul' serta album2 Ella yang lama ketika beliau bersama Warner Music.aku rasa banyak juga kumpulan rock dulu2 yang bernaung di Warner Music.kepada peminat Lefthanded yang lama boleh beli album ni di pasaran sekarang.


9 comments:

  1. fanatisme memang masuk list... tapi keadilan ni tengah pikir, sebab dalam CD kompilasi 4 lagu hits tu dah ada

    ReplyDelete
  2. Ni baru album Lefthanded belum album Sweet Charity lagi...

    ReplyDelete
  3. Aku suka kaset ni, so aku kalau jumpa versi cd ni aku akan beli.
    sudi sudikah dikau.. best lagu ni..

    ReplyDelete
  4. aku punya dlm perjalanan. sblm ni dah ada yg edisi cover kecik. ni album mesti ada dlm simpanan. mesti!

    ReplyDelete
  5. aku ada 1st press...tapi yang ni beli jugak..

    ReplyDelete
  6. wow! macam tak percaya pulak, lefthanded diriliskan kembali.. wajib sambar ni minggu depan.. hih hihh

    ReplyDelete
  7. Aku nak tunggu album Qabul je, sbb yg lain dah ada yang edisi khas Lagenda Rock dulu, edisi tu dulu memang dah mastering tak silap..kena berjimatlah gaji ciput je, lagipun byk lagi album2 reissue akan muncul

    ReplyDelete
  8. Keadilan ni mmg terbaiklah.. the best from lefthanded xde album lain yg lbh atas.. sound pun ala yngwie punye album terawal.. mmg patut beli dn patut ada ni album..
    Aku klu warner ni nk tggu dua album yg xpernah rilis cd lg..
    Babylon 1st album dan Garuda-Bahtera Mahkota.. katanya otw

    ReplyDelete
  9. aku nak beli vokal ramli sarip tu

    ReplyDelete