Saturday 28 May 2016

Lauren Christy - Color Of The Night ( 1994 )

Flashback Saturday minggu ini..




Lauren Christy merupakan penyanyi yang berasal dari England yang hanya popular dengan satu lagu one hit wonder 'Color Of The Night'.lagu ini sebenarnya dari soundtrack filem lakonan Bruce Willis dan Jane March dalam filem yang bergenrekan 'erotic mystery thriller' dengan tajuk yang lebih kurang sama iaitu 'Color Of Night'.filem ini gagal mencapai box office dan juga di nobatkan antara filem paling teruk dan terburuk pada tahun 1994.





Bagaikan terkena sumpahan dari filem ini,lagu Lauren Christy juga hanya menjadi one hit wonder.tetapi melalui lagu ini beliau memenangi anugerah artis baru terbaik 1994 dan juga lagu terbaik.selepas itu beliau hanya aktif di belakang tabir dan hanya menerbitkan album2 artis lain.antara kerja penerbitan beliau yang sukses ialah album pertama Avril Lavigne yang popular dengan lagu 'Complicated' 'Sk8ter Boi' dan 'Im With You'.

Aku memang tak pernah pun tonton filem lakonan Bruce Willis ni.tapi kerap juga la aku perasan tape video movie ni (tahun 1994 masih lagi menggunakan tape video) dan kemudian nya vcd.kerana aku kenal Bruce Willis melalui filem aksi,bila tau filem ni bukan filem aksi memang aku tak tengok la..lagi pulak filem2 lakonan beliau sekarang lagi hampeh,kebanyakkan nya hanya produksi filem 'B Grade'.
Hanya mengimbau kenangan lama,tapi lagu ni memang best la.ala2 lagu tema James Bond gitu..





p/s : video di atas boleh menyinggung perasaan sesetengah penonton..heheh

5 comments:

  1. Lawa orangnya Lauren Christy ni, ada iras iras Celine Dion pun ada.. Hehe

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Rasanya ni la first time aku dengar lagu ni kot...

    ReplyDelete
  4. Sama deaf...aku pun tak tau..

    ReplyDelete
  5. oh album avril tu ya. baru tau

    ReplyDelete