Monday 16 May 2016

Dedication : The Very Best Of Thin Lizzy (1991)





Thin Lizzy merupakan band dengan stail psychedelic rock yang berasal dari Ireland.Phil Lynott antara anggota yang paling di kenali dan juga pengasas band ini.juga merupakan artis kulit hitam pertama dari Ireland yang sukses dengan band Thin Lizzy ni.selain dari Phil Lynott yang juga merupakan antara pemain bass terbaik era rock 70an,pemain gitar blues rock terkenal dunia iaitu Gary Moore juga pernah menganggotai kumpulan ini.










Aku mula mengenali kumpulan ini melalui lagu yang pernah di cover oleh Metallica iaitu 'Whiskey In The Jar' yang sebenarnya lagu ini merupakan lagu tradisional Irish.ketika single ini di riliskan pada tahun 1973,Phil Lynott marah kerana lagu ini belum siap sepenuhnya dan beliau ingin merakamkan kembali susunan lagu ini.tetapi yang terjadi sebaliknya single 'Whiskey In The Jar' mendapat no.1 di carta muzik Ireland dan UK.dan satu lagi lagu yang aku tau dari band ini ialah 'Bad Reputation',itu pun dalam game Guitar Hero 2 di Playstation 2.sejak itu aku cuba dengar kesemua lagu2 Thin Lizzy yang lain nya.Phil Lynott dan Thin Lizzy juga menjadi sumber inspirasi Cliff Burton (pemain bass asal Metallica) gaya dan imej beliau sama seperti Phil Lynott.ironinya,Phil dan Cliff meninggal dunia pada tahun yang sama (1986)


cerita pasal Phil dan Thin Lizzy.kalau nak baca klik kasi besar




Kesemua lagu yang pernah hit dalam album the best of ini,ada antara lagunya popular ketika aku belum di lahirkan lagi dan juga ketika umur aku baru setahun jagung..heheh..seperti lagu 'Bad Reputation' (1977) 'Whiskey In The Jar' (1973) 'The Boys Are Back In Town' (1976) dan juga 'Jailbreak' (1976).selain lagu yang aku sebutkan tadi tu,lagu2 lain pun menarik juga macam lagu 'Dancin' In The Moonlight' 'Rosalie' 'Wild One' dan juga 'Still In Love With You'.lagu2 Thin Lizzy juga di kenali kerana bunyi bass Phil Lynott dan juga solo gitar mendayu dari Brian Robertson,Scott Gorham dan juga Gary Moore.






Pada sesiapa yang sukakan rock 70an dan suka dengar Queen,Uriah Heep,Rainbow dan Deep Purple era 70an dan ingin mengetahui tentang muzik Thin Lizzy,boleh dengar album the very best of Thin Lizzy ni.antara psychedelic rock yang terbaik.

7 comments:

  1. Bagus ni.. whiskey n dancin moon tu aku mmg ske dgr..

    ReplyDelete
  2. ...kalu belum cuba try test dengar album Gary Moore "Out in the Fields" kerjasama beliau dengan Phil Lynott, released tahun 1985.

    ReplyDelete
  3. Black star riders sambungan thin lizzy bila Scott Gorham nak mainkan lagu baru, dia ubah thin lizzy jadi black star riders sekarang.

    ReplyDelete
  4. thin lizzy ni, aku tak berapa follow sangat.. walaubagaimanapun, aku sokong 100% apa saje yang geng-geng kat sini sokong.. taK gitu kawan-kawan ?

    ReplyDelete
  5. baru tahu pasal Whiskey in the Jar tu tradisional Irish punya dulu sorang roommate suka pasang lagu Whiskey in the Jar yang Metallica cover..

    ReplyDelete