Tuesday 26 April 2016

Megadeth - Dystopia CD (2016)

Antara album yang telah kembali ke akar umbi thrashnya..





Masa aku belek2 album ni kat kedai auntie Campbell,auntie cakap album ni Megadeth has back to thier roots,sama macam album  Megadeth era 80 dan 90an.aku mula2 macam tak percaya je auntie ni cakap,aku beli jugak la tapi tak sempat nak dengar,selepas aku baca review dari Berteromber yang cakap benda yang sama auntie Campbell cakap kat aku.aku pun dengar satu persatu lagu2 dari album Dystopia ni..






Track pertama 'The Threat Is Real' dengar riff je serta merta aku teringat Megadeth era Marty Friedman dan Nick Menza,kerja gitar Kiko dan Mustaine memang best,mengingatkan aku pada zaman kegemilangan thrash metal 30 tahun yang lalu.tak rugi abg Mus ambik Kiko join Megadeth,secara peribadi,aku lagi suka kerja gitar Kiko berbanding Chris,solo2 Chris terlalu 'maestro' memang susah aku nak hadam lagu2 Megadeth era Chris Broderick,dengar sekali lalu dah jemu.




Ternyata Dystopia tidak mengecewakan,lagu2nya semua best,tapi lagu kegemaran aku ialah 'The Threat Is Real','Dystopia' 'Fatal Illusion','Death From Within' dan juga instrumental dengan kerja gitar menarik dari Kiko iaitu 'Conquer Or Die'.nampaknya abang Mus berjaya mengambil hati peminat2 lama Megadeth dengan album ini.album ini juga berjaya menduduki tempat ke 3 carta Billboard,kira ok lah tu.terubat jugalah kekecewaan aku dengan album super-collider






Kepada peminat Megadeth yang mahukan Megadeth di zaman thrash 80an dan 90an,boleh dengar album Dystopia ini,memang terbaik lagu2nya.

Review menarik Berteromber DI SINI dan juga Ijau Kat Sini


9 comments:

  1. entri aku tu tak boleh kira review~

    btw, bila kau mention auntie campbell, apa yg aku ingat ialah keningnya, hahahaha...

    ReplyDelete
  2. album dystopia ni memang best pun bro.. gua dah 5 round pasang, masih tak jemu-jemu lagi.. huhu

    ReplyDelete
  3. baca post ko ni, aku masuk youtube, dengar lagi sekali
    masih tetap suka.

    ReplyDelete
  4. baru layan seround kat youtube, buat masa nie, lagu pilihan utama ialah Dystopia..

    ReplyDelete
  5. hrp metallica pun kembali taubat ke era 80'an.. hehe

    ReplyDelete
  6. Ulasan yang baik, berjaya pengaruh aku nak gi beli album Abang Mus.
    By the way, aku adalah bukurekod2u dan smkdatobendaharacmyusuf. Orang yang sama. :)

    ReplyDelete