Friday 29 April 2016

Hatta - Reaksi (1989) Reissue 2016




Tak tau sangat pasal album solo Hatta ni,oleh kerana abang aku pernah beli kasetnya dulu,aku beli juga versi cd nya sebab tak pernah dengar full album dan cuba nak dengar kembali lagu2 dari album ini.album reaksi ini bergenrekan pop rock,betul2 lain dari genre rock kapak ketika beliau bersama kumpulan Junction.bersama Junction hanya sempat menghasilkan 2 album iaitu 'Arah' dan 'Penentuan'.setiap pagi,sebelum abang aku nak keluar pergi kerja,dia akan memainkan kaset Hatta ni.vokalnya yang kadang kala kendengaran seperti suara perempuan buat aku tergelak sendiri..heheh.




























Hampir separuh lagu2 dalam album ini di hasilkan oleh Hatta sendiri dan di bantu oleh Juwie,Siso dan Sani dari Kopratasa dan juga S.Amin Shahab.dan 2 lagu yang aku pernah dengar dan ok di telinga aku ialah lagu 'Reaksi' dan juga lagu 'Kita Masih Cinta' (duet bersama penyanyi Lyana) .sejujurnya memang susah aku nak terima album bergenrekan pop rock dan ada lagu meleweh ni,sebab dah biasa dengar Hatta dengan Junction.tapi pujian harus di berikan untuk Hatta kerana beliau menghasilkan lagu sendiri tanpa menggunakan lagu2 dari pencipta terkenal pada zaman tersebut seperti M.Nasir dan Rahim Othman.pada peminat Junction dan Hatta boleh lah beli album ni kalau suka.

Banyak lagi cd yang akan di keluarkan semula..sediakan je la ongkosnya.. :p

8 comments:

  1. Teringin nak dengar. Nak dengar je tapi tak nak beli. Haha.

    ReplyDelete
  2. Tak minat...tapi terbeli jugak...haha

    ReplyDelete
  3. album lagu ni meleweh-leweh sangat.. kalau bagi free pun aku taknak.. ikhlas cakap ni.. betul serius.. kihh kihh!!

    ReplyDelete
  4. Belum beli lagi, aku memang minat suara halus camnie..dengar kat youtube, Hatta ada juga jerit2 dlm album nie, jadi masih boleh diterimalah...tapi sayang, lagu2 slow dlm album nie tak best macam dlm album2 Junction..

    ReplyDelete
  5. aku baca sekali imbas ingatkan hattaN... blur aku sekejap

    ReplyDelete
  6. sama dgn ijau, aku ingatkan hattan tadi..

    ReplyDelete
  7. Hah.. mesti kene beli.. suka ataupun tak.. KERANA.. nanti 10 tahun.. ini cd boleh jual harga rumah banglo.. so.. KENA BELI.. hehe

    ReplyDelete
  8. Baiklh album ni..tpi bercri pop rock kureng minat ckit

    ReplyDelete