Wednesday 2 December 2015

Wohnen - Madah Terakhir (1992) Reissue 2015





Album pertama dari Allahyarham Wohnen yang pernah di terbitkan pada tahun 1992 dahulu.beliau juga merupakan anak kepada penyanyi veteran M.Y.Shamsudin.Wohnen merupakan satu2nya artis wanita yang menampilkan irama southern rock dan sedikit elemen country dalam album ini.apa yang menarik tentang album ini ialah vokal Wohnen tu.beliau yang memiliki vokal husky serak2 basah memang kena dengan setiap lagu dalam album ini.










Info tentang album ini aku tak tau sangat,tapi apa yang aku tahu,Allahyarham Wohnen hanya sempat menghasilkan setakat dua album je.album keduanya di terbitkan pada tahun 1996 dengan tajuk 'Wawasan 96'

Lagu yang pernah hit dan paling di ingati ialah lagu 'Madah Terakhir' aku suka vokalnya memang kena dengan lagu,dalam album ini juga ada satu lagu inggeris yang berentak country iaitu lagu 'I Hate To Say You Make Me Crazy' lagu2 lain seperti 'Bendera Kerinduan','Irama Cinta Gemalai' dan 'Rentak Seribu' memang menarik.bunyi gitar akustik nya memang terbaik la syok di dengar,bunyi akustiknya keluar sebijik2 sama macam album Ekamatra





Sound untuk rilisan semula ni memang puas hati la,mungkin dari master tape asal.cuma sayangnya Allahyarham Wohnen tak sempat nak tengok album ini di riliskan semula.terima kasih kepada NSR kerana meriliskan kembali album ini.kalau tidak ramai yang tak tau album ni pernah wujud.

Al Fatihah buat Wohnen,Yus Jambu dan juga seniwati Mariani yang telah kembali ke Rahmatullah malam tadi.semoga Roh mereka di cucuri Rahmat Allah SWT.

20 comments:

  1. banyak sangat dah...tak larat nak kejar semua...pokai!!...tu hari pra-dengar kat youtube....tak berapa nak masuk...aku skip la...tapi suara dia memang unik...

    ReplyDelete
  2. innalillah wa innalillahi rojiun. rupanya wohnen dah meninggal. aku baru tahu huhu...teringat lagu dia "madah terakhir" tu....selalu dgr kat radio masa kecik2 dulu

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Ya bro.5 jun 2015 yg lepas.taktau sakit apa.

      Delete
    2. Meninggal sbb tb. Anak arwah wohnen adik ipar sy.

      Delete
    3. Meninggal sbb tb. Anak arwah wohnen adik ipar sy.

      Delete
  4. Banyak jugak album tempatan reissue tahun ni..

    Semoga Allah mengampuni dan merahmati mereka yang meninggal..

    ReplyDelete
  5. Smga Allah swt terima roh arwah artis2 negara kita dn hrp semua sblm mati sempat bertaubat , tutup aurat dan jaga solah....

    ReplyDelete
  6. Semua lgu sedapp😥 rasa rindu kat wohnen

    ReplyDelete
  7. إنا للّٰه وإنا إليه راجعون
    اللهم اغفرلها وارحمها وعافها واعف عنها

    Tqvm utk sharing. Tau dia meninggal tp xtau exact date. Dia ada waris ke? Klu ada press tlg interview dia. Mmg minat dgn Wohnen coz dia sgt natural.

    ReplyDelete
  8. Ada anak dia komen dlm youtube

    ReplyDelete
  9. sooo ada reissue, dangg aritu aku tgh berdoit tp seller yg jual barang ty pk aku xde duit nk beli yelaa taula barang ko first issue... aku mmg xlayak la kot,,, huhu

    ReplyDelete
  10. Aku lg yruk..bru tahuwhonen mnggal..al gatihah..

    ReplyDelete
  11. Serius la..aku baru tahu yang wohnen dah meninggal. Tahun lahir sama aku ..arwah wohneN..
    AL-FATIHAH buat wohnen

    ReplyDelete
  12. aku pun baru tahu wohnen dah meninggal. al fatihah. semoga roh dicucuri rahmat

    ReplyDelete
  13. Serius baru tahu arwqh meninggal.Al fatihah dengan bacaan.suara memang power

    ReplyDelete