Wednesday 23 December 2015

White Lion - Pride Vinyl (1987)

Antara album White Lion yang ingin di miliki versi piring hitamnya akhirnya berjaya dapat.



Album ini merupakan album kedua dari White Lion yang pada mulanya tidak di hiraukan oleh peminat rock pada zaman itu,pengkritik muzik dan juga tidak di pedulikan oleh pihak MTV  sehinggalah single 'When The Children Cry' (antara lagu ballad rock terbaik sepanjang zaman) meletup di carta muzik di Amerika dan stesen radio seluruh Amerika dan Eropah mula memainkan lagu ini dan single 'Wait'.












Taktau sangat pasal album ni,menurut Wiki,proses rakaman untuk album Pride ini hanya mengambil masa selama 6 minggu dan di terbitkan oleh Michael Wagener.single pertama dari album ini yang di riliskan ialah 'Wait' tapi tidak mendapat sambutan yang menggalakan.sehinggalah single 'When Children Cry' hit,dan album ni seterusnya laris terjual sehingga 2 juta unit hanya di Amerika sahaja.dengan suksesnya album ini White Lion melakukan tour sehingga ke Jepun dan pernah meriliskan konsert mereka di Jepun dalam bentuk VHS tape.

Mike Tramp (vokal) pernah berkata album Pride ini merupakan antara album terbaik White Lion,kerana lagu2 yang di tulis bersama Vito Bratta mempunyai 'jiwa' yang sama.line up White Lion era ini pun  memang terbaik. Mike Tramp (vokal,yang telah berkahwin dengan pelakon Indonesia Ayu Azhari) Vito Bratta (gitar,antara gitaris glam rock terbaik era 80an yang menjadi inspirasi bagi peminat rock melayu dulu2) James LoMenzo (bass,yang pernah join Megadeth kejap) dan Greg D' Angelo (drum,sebelum join White Lion beliau merupakan drummer bagi Anthrax pada awal 80an)






Aku suka album ni sebab soundnya memang betul2 pure glam rock 80an punya sound,kerja gitar Vito Bratta dah tentu best lah.bunyi akustik dan solo dalam lagu 'When Children Cry' tu memang syahdu dan menusuk kalbu betul.memang patut di gelar lagu ballad rock terbaik sepanjang zaman.lagu lain seperti 'Lady Of The Valley'  'Lonely Nights'  'Sweet Little Loving' pun best.

Overall,cerita panjang pun tak guna..heheh..tapi kalau sesiapa yang minat White Lion dan nak  tau petikan gitar Vito Bratta yang 'beremosi' kejap solo dia mendayu,syahdu dan gumbira,boleh layan lagu2 White Lion ni,lagu ballad White Lion yang aku suka ialah 'Till Death Do Us Part' heheh.. :p

5 comments:

  1. Zaman dulu, ni antara kaset yang dimainkan dalam walkman sampai lunyai. Semua lagu best.
    lagi satu White Lion album yang aku suka start sampai abi ialah Mane Attraction? Yang depan panggung wayang tu

    ReplyDelete
  2. aku fanboy White Lion...semua album pun aku suka...hehe...

    ReplyDelete
  3. lgu when children cry tu jek aku pernah dgr...

    ReplyDelete
  4. Selalu on kan lagu dorang masa keje kat Deli Paris...😀

    ReplyDelete
  5. Selalu on kan lagu dorang masa keje kat Deli Paris...😀

    ReplyDelete