Monday, 26 January 2015

Metallica - Kill 'Em All Vinyl (1983) Reissue



Penjenamaan semula segala khazanah lagu Metallica dari awal hingga yang terkini,di bawah label mereka sendiri iaitu Blackened Recordings.kesemua segala hak cipta yang dahulunya di bawah Universal Music,kini di jadi hak milik mutlak Metallica.dan mereka mula meriliskan kesemua rekod dan cd di bawah label Blackened Recordings.(so pada seller yang haritu nak jual Kill 'Em All kat aku sampai rm 500 tu yang kononnya 'rare' sila bikin pusaka la itu rekod ok..versi reissue ni baru rm69.00 jer)



"bang that head that doesn't bang"


takda megaforce,takda universal,dah jadi Blackened Recordings



Antara album yang di kata kan pencetus irama 'hanguk kepala' dan wujudnya terma 'heavy metal' 'thrash metal' speed metal' dan segala macam mahzab metal lagi yang muncul selepas itu.muzik keras yang tiada lirik 'oh baby,oh my darling' dalam lagu nya,bermula dari awal sehingga ke penghujungnya semua nya bingit,bising dengan bunyi gitar Hetfield dan Hammett tak lupa juga ngauman bass dari pemain bass lagenda dalam dunia metal iaitu Cliff Burton.


lirik





Mungkin ramai yang dah tau kisah pembikinan album ini,yang mana Lars Ulrich terpaksa mengikuti kelas drum kerana permainan drum beliau teruk pada ketika ini,dan title album ini sebenarnya ialah "Metal Up Your Ass" tapi di sebabkan Megaforce (record company pertama Metallica) tak benarkan mereka menggunakan title tersebut.di tukarkan kepada 'Kill 'Em All'.kontroversi yang melanda kerana kerana Dave Mustaine baru kena tendang keluar sebelum mereka merakamkan album ini dan lagu2 dalam album ini banyak yang di cipta oleh beliau..sebab tu la lagu 'The Four Horsemen' tu ada dua versi dulu,kalau versi abang Mus ialah 'The Mechanix'.

Lagu 'Seek & Destroy' merupakan anthem lagu mat2 rock era 80an dan 90an dulu,sesiapa yang baru nak belajar main gitar dulu,mesti wajib belajar riff 'Seek & Destroy' ni,termasuk la aku..heheh.. (tapi yang sebenarnya buat aku teringin sangat nak belajar main gitar pasal terpesona dengan riff "To Live Is To Die" dari album AJFA tu)
Lagu paling epik sudah tentunya 'Anesthesia - Pulling Teeth' dari Cliff Burton.bunyi bunyian pelik yang di keluarkan dari bass beliau itu lah yang menjadikan beliau salah satu lagenda dalam dunia muzik metal.ramai pemain bass yang bukan metal pun menjadikan Cliff sebagai idola.


piring kehitaman




side one








"Jump in the Fire" was released as a single in the UK in February 1984 to promote a UK tour with Venom. The single would feature "Phantom Lord" and "Seek & Destroy" as live tracks, although they are actually studio recordings with fake crowd noise dubbed over them.

Antara album terawal Metallica yang aku suka.yang betul2 album thrash metal kental yang tulen.
sila dapatkan versi vinyl di kedai2 yang berhampiran dengan anda..heheh.. :p

6 comments:

  1. rare la sangat RM500 tu kan?

    the pickers atau pawn stars pun tarik diri kalau diorang rasa harga yg ditawarkan tak munasarawak

    ReplyDelete
  2. belum jumpa lagi di kedai2 yang berhampiran...so..tak beli lagi...dan harap2 jangan jumpa...abis batal puasa nanti...heheh...

    ReplyDelete
  3. salam...betul tu..bagi aku versi yg lepas(soldout) biarkan la lepas sbb versi penjenamaan semula lagi berbaloi mengikut peredaran masa...brg 1st press selagi x djual, selagi tu la x laku n harga 500 tu hanyalah khayalan utk diri sendiri...

    ReplyDelete
  4. nak berlp juga aku kalau harga mampu milik macam ni.. hahaha bak kata ijau tu, picker ngan pawn stars pun taik diri tgk harga rm500

    ReplyDelete
  5. 500? mahal bebenor . idok le teman sior.

    ReplyDelete
  6. Cantik..
    Whiplash, no remorse, motorbreath, .. memrories la ni album

    ReplyDelete