Pernah guru aku berkata,
"Sekali kamu bersahabat, biar kamu pegang persahabatan itu sampai mati. Persahabatan itu bukan selalu indah, ada masa suram, bergelora. Kalau kamu mengharapkan persahabatan yang sentiasa tenang, janganlah kamu bermimpi disiang hari yang malamnya tidak pernah menjelma..”
Ditegur, menegur sudah menjadi satu kemestian dalam hidup manusia. kenapa? sebab hidup ini tidak sempurna, banyak cacat celanya. maka, jika perkara itu salah atau tidak kena, pasti ada orang yang akan membetulkannya. mungkin juga orang itu adalah anda.
Adakalanya, takut teguran itu membawa kepada bermasamnya muka.
"Selemah lemah manusia itu ialah orang yang tidak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yang mensia-sia kan sahabat yang telah di cari"
-Saidina Ali
Aku sebetulnya, masih berusaha menjadi seorang sahabat yang bukan hanya sahabat setakat di bibir sahaja. atau pada tulisan sahaja. tetapi pada hati dan perwatakan. masih banyak kekurangan yang perlu diperbaiki. semoga aku mampu..
p/s : mungkin akan kehilangan seorang sahabat selepas ini, silap aku mungkin menegur pada masa yang salah..
Give face to people, wqlaupun hati kita sakit, tetap jaga muka orang, sikit2 lawak dah, ulang2 cakap dah jadi perli..
ReplyDeleteDan aku bangga jadi bangla, jadi nepal, jadi indon...
Pasal kau berkereta dan kau pandang hina kat orqng naik bas.
Sorry aku emo...
susah nak jumpa sahabat yang baik zaman skg ni. kalau ada pun kawan2 yang memandang bakat serta kesenangan kawan tu. aku cuba jadi sahabat yang baik pada kawan2 aku. biarlah mereka nilai sendiri.
ReplyDeletelu tak payah nak tegur orang sangat, lantak la! sebab kalau Tuhan mau dia sesat, takde sapa bole tunjuk jalan kat dia tu. releks bro! lu boleh jadi sahabat gua, bro! gua duduk dalam gua, no problem bro!
ReplyDeletecara bercerita tu lebih kepada teman hidup.. hehehe
ReplyDeleteKawan... apa erti sayang
ReplyDeleteJika hati tak senang
Kawan... apa erti kasih
Jika kau tersalah pilih..