Monday, 5 January 2015

Landasan Maut

Buku ni di beli masa event Big Bad Wolf pada disember 2013 yang lalu..tapi baru 2 hari lepas habis baca.punya la lama..heheh.





Novel Landasan Maut ini merupakan fiksyen sejarah hasil karya Salleh De Ran yang merupakan novel kedua beliau terbitan PTS Litera Utama Sdn.Bhd yang di terbitkan pada tahun 2010.kerana sinopsis yang aku baca di belakang buku ni agak menarik dan berkaitan dengan sejarah perang dunia ke 2,aku pun terus beli.

biodata penulis


Novel ini mengisahkan tentang perjuangan sekumpulan anak2 melayu yang menjadi buruh paksa di Thailand bagi membina landasan keretapi maut.(yang kita semua sedia maklum memang penah wujud landasan maut ni dulu)pembinaan landasan sejauh 415 kilometer merangkumi 60 stesen dari Thailand hingga ke Burma (kini Myanmar) kerana agenda Jepun yang ingin meluaskan empayar jajahannya hingga ke India.
Seramai 68,000 tahanan perang British,Australia,Amerika,New Zealand dan Belanda.dan selebihnya 200,000 buruh paksa dari India,China dan Melayu terlibat dalam pembinaan landasan maut ini.dalam tempoh 3 tahun pembinaan nya, seramai 16,000 tawanan perang maut dan lebih 100,000 buruh paksa dari Asia di laporkan meninggal dunia atau pun hilang.dalam tempoh itu,seramai 72,000 atau lebih rakyat Malaysia menjadi buruh paksa dan lebih kurang 30,000 orang buruh paksa yang selamat pulang.

Overall buku ni memang terbaik la,tabik kepada penulisnya.walaupun novel fiksyen,tapi fakta sejarahnya terbaik.mungkin ramai yang taktau sejarah pasal landasan keretapi maut dan buruh paksa ketika perang dunia ke 2 dulu,tapi dengan membaca novel ini sedikit sebanyak aku dapat tau jugak pasal kesengsaraan buruh paksa ketika di zaman perang dulu.

Buku ni sesuai untuk orang Malaysia kat luar sana yang dah lupa diri dan buta sejarah..

4/5

7 comments:

  1. wahhhh kena carik nih. Versi harga murah harap-harap masih ada kat BokkXcss Amcorp Mall. heheheh.

    ReplyDelete
  2. cerita macam ni kalau difilemkan pun menarik jugak ni...

    ReplyDelete
  3. fiksyen bersejarah..
    aku suka gi kedai buku melayu kat pasar Larkin masa nak tunggu bas express, then aku suka belek2 fikysen bersejarah gini

    ReplyDelete
  4. Waoh....rajinnya baca novel! Salute
    Tp tgk plot ceita mcm best .........real history!

    ReplyDelete
  5. Belikannnn lalinggg.... 😊

    ReplyDelete