Monday 21 April 2014

The Walking Dead Season 4


Baru je abis layan season 4 ni..oleh kerana tak sabar,aku kena la beli dvdnya part by part.ada 3 part kesemuanya.nak tunggu full boxset season 4 ni memang lambat lah,di sebabkan rumah aku takda estrok (astro,memang aku tanak pasang pun)layan part by part macam ni pun kira ok lah..
Pada sesiapa yang pernah follow siri The Walking Dead dari musim pertama lagi dah tentu mesti akan ikut musim yang seterusnya..untuk musim yang ke 4,jalan ceritanya semakin menarik.antaranya :

-Permulaan episod pertama season 4 ni,separuh dari penghuni kem penjara yang di ketuai oleh Rick,di jangkiti suatu penyakit misteri yang membawa maut.hanya ada beberapa orang je yang selamat.

-Governor's return,Philips a.k.a The Governor yang dah tinggal sebatang kara,mula merancang strategi baru pasal dendam dia kat Rick belum selesai,beliau yang dapat kidnap Hershel dan Michonne telah menyerang kembali kem penjara tu dan membunuh Hershel.The Gorvernor akhirnya mati di bunuh oleh Michonne.

-Di sebabkan kawasan penjara yang menjadi kem diorang ni dah teruk kena serang dengan geng governor,menyebabkan kumpulan Rick ni berpecah.Daryl bersama Beth,Rick bersama anaknya Carl dan akhirnya jumpa Michonne semula.Beth kena culik,(tanpa di ketahui sapa penculiknya)Maggie yang dah kawin dengan Glen pun berpisah jugak.

-Ada watak baru seperti Tara,(yang teman Glen cari Maggie)Sgt.Abraham Ford,Dr.Eugene Porter (yang di katakan ada formula untuk menamatkan zombie apocalypse ni) dan Rosita Espinosa misi mereka untuk pergi ke Washington untuk menghantar Dr.Eugene terpaksa di tangguhkan sebab nak tolong Glen.

-Episod terakhir,mereka semua akhirnya bertemu kembali di Terminus yang kononnya zon selamat.Terminus di ketuai oleh Gareth (juga watak baru)tetapi zon selamat tersebut hanyalah sandiwara je,mereka semua di kurung dalam sebuah gerabak keretapi.dengan tagline terakhir dari Rick 'they're screwing with the wrong people'.tunggu sambungannya di season 5 pulak..heheh..



Ada spoiler dan khabar angin untuk season 5 ni yang aku baca kat internet antaranya..
-Kumpulan yang menetap di Terminus tu sebenarnya ialah puak kanibal yang suka makan daging manusia.tak di ketahui sama ada Gareth tu baik atau pun jahat.

-Mungkin season 5 ni ada watak villain sama dalam komik Walking Dead,antara watak paling jahat dan gore selepas governor yang bernama Negan.khabar angin mengatakan Henry Rollins (The Rollins Band) bakal membawa watak Negan tu.

karakter Negan dalam komik TWD

So,pada sesiapa yang belum layan lagi season 4 ni,cepat2 la tengok sebelum season 5 keluar.di jangka akan di tayangkan Oktober nanti.



4 comments:

  1. Aku baru khatam season 2....sedih

    ReplyDelete
  2. kalau follow komik...nampaknya lama lagi la nak abis cerita ni...

    ReplyDelete
  3. abis la aku tertinggal bas cerita ni haha..
    tapi kan,everytime aku gi kedai buku ke, kinokuniya ke, nanti aku belek Walking Dead, yang tebal gila tu complilation tu,then aku tengok harga aku letak balik haha

    ReplyDelete
  4. Layan ...tak sabar nak tunggu session 5

    ReplyDelete