Thursday, 17 April 2014

Bon Jovi - Slippery When Wet (1986)

Untuk tahun ni aku cuba nak melengkapkan koleksi album2 Bon Jovi era 80an dan 90an..



Pertama kali mendengar lagu dari album ini ialah 'You Give Love A Bad Name' yang di pasang oleh abang2 aku dulu.kebetulan masa tu pun tengah demam rock kangkang kat Malaysia dan Singapura kan.aku yang masih bebudak lagi pun boleh teruja dengan Bon Jovi ni..
Antara album yang pernah menduduki carta nombor 1 di Billboard dan seterusnya mengangkat nama Bon Jovi terkenal di seluruh dunia.imej Bon Jovi juga menjadi ikutan mat2 rock pada era 80an dulu..






Antara lagu2 yang aku rasa memang semua mat rock even mat2 diskang pun tau dari album ni ialah Livin' On A Prayer,You Give Love A Bad Name,Wanted Dead Or Alive (antara lagu country rock paling aku suka selain Blaze Of Glory)dan juga lagu jiwang memang khas di tujukan untuk minah2 rock pada ketika itu ialah Never Say Goodbye (ini lagu memang boleh bikin mata berair woo..heheh).
Antara lagu lain yang aku suka selain yang di sebutkan tadi ialah I'd Die For You,Wild In The Streets,Let It Rock (intro lagu ni ala2 Deep Purple) dan  Without Love.


Secara mudahnya,kalau ada sesiapa yang nak cuba nak layan rock kental atau dengan kata lain glam rock era 80an,boleh mula dengan Bon Jovi dari album2 terawal mereka.vokal dan jeritan Bon Jovi memang unik.rasanya tak ramai yang boleh nyanyi dengan stail vokal Bon Jovi yang banyak menggunakan nada tinggi tu.tak kisah la kalau ada yang kata aku ni poser sebab dengar Bon Jovi tapi bak kata pepatah jawa,'no spandex,no Bon Jovi'..heheh..layannnn..


11 comments:

  1. kalau ko rajin main ebay, kat estock ada byk album bon jovi yg murah2... tak caya? tanya berteromber

    ReplyDelete
    Replies
    1. semua pun rega belas-belas ringgit ajer..

      Delete
    2. Itu yg aku takut tejebak tu..heheh

      Delete
  2. bon jovi terrrrrrrrbaik.. ni album pun best.

    ReplyDelete
  3. aku tengah fikir balik, aku rasa Bon Jovi je satu2 band boleh buat aku ikut cheorography angkat2 tangan "raise your hands".
    rasa cam malu lak fikir, tapi tu la penangan Bon Jovi haha.

    ReplyDelete
  4. Slippery When Wet memang banyak nostalgianya.....best ooo....teringat2 zaman menonton tape videonya berulang2 kali selepas balik dari sekolah...

    ReplyDelete
  5. bonjovi ni band kegilaan mat2 rock kat kampung aku dulu, masa tu aku kecik lagi..

    ReplyDelete
  6. terbaik. aku minat jon bon jovi!

    ReplyDelete
  7. oh yeah....you give love a bad name!!!! still sounds awesome sampai sekarang

    ReplyDelete