Tuesday 15 April 2014

Metal Hammer May 2014

Bulan April belum abis lagi tapi Metal Hammer dah keluarkan issue bulan May..



Apa yang buat aku tertarik nak beli pasal cover depan nya..cerita pasal rock/metal tahun 1984..30 tahun yang lalu..


Macam biasa kalau beli MH ni mesti dapat free cd dan poster.poster besar gedabak tu ialah poster cover album This Is Your Life Dio Tribute.cover depan band Steel Panther,antara band glam rock alaf baru yang berkonsepkan glam rock 80an.aku tak penah dengar lagi lagu2 dari band ni,tapi kerap jugak la MH cerita pasal band ni..



Cerita dari Chris Jericho (wwe Wrestler) yang amat meminati Anthrax..



Interview dengan Joey Tempest dari band legend Europe.tak nampak tua la dia ni..awet muda ke apa?apa yang paling menarik beliau cerita bagaimana boleh dapat idea nak buat lagu evergreen sepanjang zaman yang paling terkenal iaitu lagu The Final Countdown..


Cerita Joey pasal lagu Final Countdown,rupa2nya berinspirasikan dari Iron Maiden jugak..


Section paling menarik dalam MH kali ini...



Cerita pasal Motley Crue zaman imej bad boy diorang.



Metallica dengan cerita Ride The Lightningnya..tapi cerita yang sama aku baca dalam buku Enter Night.takda yang menarik.



Ikon pemain gitar paling hot era 80an dulu,siapa lagi kalau bukan pakcik Eddie Van Halen.antara solo gitar beliau yang paling di ingati ialah dalam lagu 'Beat it' Michael Jackson.


Tahun 1984 jugak mesti ada ini legend punya cerita..Powerslave,World Slavery Tour,antara tour paling panjang Maiden sehingga ke Amerika.






Dan juga cerita pasal konsert paling  bersejarah kat Donnington..


Monsters Of Rock,antara event paling bersejarah yang di ingati oleh pengikut muzik metal 80an




Antara band2 yang baru nak capai populariti pada tahun 1984..



Dan lain2 cerita dalam MH issue ni..


cerita pasal 'setan baru balik operation' Cradle Of Flith



Review album tribute Dio 'This Is Your Life'..dan last sekali..



Pengakuan pakcik Dee Snider Twisted Sister.

Banyak yang aku tak baca habis sebenarnya..sebab Metal Hammer sejak kebelakangan ni agak kurang menarik..kalau MH tak masuk kan cerita pasal band2 lama ni kompem jualan majalah ni mesti menurun punya..

18 comments:

  1. lama tak beli MH... Kerrang! masih ada jual ke??

    ReplyDelete
  2. Ada bro..tapi kerrang! Skang lagi tak best.banyak cover artis jambu jek.paramore,my dying bride,as i lay dying,mcm2 la

    ReplyDelete
    Replies
    1. my dying bride ok la.. lain SKIP!!!!

      Delete
    2. kalau cover remi sasaki, aku nak beli :)

      Delete
  3. Terbaik lah, thanks for sharing...

    ReplyDelete
  4. dari minggu lepas cari ni...JB takder lagi...

    ReplyDelete
  5. jericho tu pun rockstar, kan dia ada band fozzy

    ReplyDelete
  6. aku tak perna ketemu majalah ni,share info sikit mana nak dapat ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat popular or MPH kadang ada,selalu aku beli kat kinokuniya klcc

      Delete
  7. cerita acdc masuk studio buat album baru, tour 40 dates, dah book studio semua keluar dulu, ni malcolm young nye sakit tu gossipnye angin ahmar berapa minggu lepas...

    ReplyDelete
    Replies
    1. angus biasa buat lagu partner dengan malcolm.. hopefully dia sembuh dan acdc dapat complete diorang punya follow up to black ice..

      Delete
  8. steel panther akhirnya berjaya aku dengar... rip off Def Leppard. bagi aku la.

    ReplyDelete
  9. Popular Book di Aeon kat umah aku staff dia bagitau cuma amik 1 piece je for every single issue..Sape cepat dia dapat..no booking2 punya..huhuuu...

    ReplyDelete
  10. Betul ko cakap Kerrang ,Metal Hammer & Metal Edge sekarang dah tak best macam tahun 80an dulu...

    ReplyDelete
  11. thank you, aku ada time ni aku satu2 enlarge foto2 ko tampal baca haha.
    thanks ye.

    ReplyDelete