Sunday, 6 April 2014

Bengap Yang Tak Boleh Di Ajar..

Baru balik dari menonton wayang,(untuk kali ke 2..heheh) filem ini..


Di sebabkan atas permintaan seorang rakan aku dari JB yang minta aku menemani beliau untuk menonton filem ini.apa yang aku cerita bukan lah pasal filem ini,tapi situasi yang paling teruk ketika menonton wayang aku hadapi pada malam ini.macam duktur Bentara pernah cerita dalam entri Kat Sini, memang agak sukar kalau nak menonton wayang kalau penontonnya aku rasa beruk kat zoo tu pun lagi elok perangainya berkelakuan/aksi agak kurang sopan.
Antara situasi yang di alami :

-Ada penonton masuk pangung wayang dalam keadaan mabuk dan muntah,menyebabkan bau alkohol semakin kuat,sehinggakan beliau terpaksa di halau keluar kerana hal tersebut.salah satu tindakan yang bagus dari pengusaha wayang tersebut.

-Cerita dah start,tapi masih ada lagi penonton yang main sms,tweeter,fb,malah ada juga yang sempat main game candy crush! wtf?!

-Penonton sebelah aku dok goyang2 kaki sampaikan aku yang duduk sebelah ni terasa bergoyang2 jugak.

-Penonton di hadapan aku,dengan selamba monyet nya bercumbu2an,tanpa rasa malu..apa yang menyedihkan,penonton tersebut ialah budak melayu.

-Dan akhir sekali yang menyebabkan rakan aku ni hilang sabar hingga terpaksa menegur 'parasit2' ni semua di sebabkan ada penonton di belakang yang menendang2 kerusi beliau.dah di tegur pun bukannya nak mintak maaf ke apa,dengan selamba monyetnya dia buat bodo je.. sehinggalah rakan aku ni dengan selambanya cakap dengan nada yang agak tinggi sambil menyindir "agak orang kl kalau tengok wayang memang macam ni ke perangai bro?aku rasa pangung wayang ni dah macam zoo negara pulak"..hahah..

Akhirnya kami terpaksa melayan Captain America dengan suasana moody,kesian kat rakan aku tu,terus hilang mood nak tengok wayang.

Macam kata Duktur Bentara,kau bayar tiket wayang tu bukan bermakna panggung wayang tu bapak kau yang punya..bayar untuk tonton dan hormat penonton lain untuk menonton bersama..bukan buat panggung wayang tu macam rumah sendiri..

So,pada penonton filem tadi mana tau ada yang tersesat baca entri ni,korang semua memang $%#^&)%#()#&$^!!!


11 comments:

  1. situasi yang memang palat bagi penggemar wayang.. itu sebab saya tak prefer tengok wayang kecuali movie yang dah tak ramai orang mau tengok.. atau ada orang mau belanja.. hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann..heheh..betul pa bro,lepas ni kalo nak tengok wayang yang best2,kena tunggu seminggu selepas di tayangkan..time tu mesti ramai yg dah tengok kan

      Delete
    2. aku pernah tulis pasal penonton yg kurang ajar & takde sivik minded masa tengok teater lama dulu...Payah kalo dah bercampur dgn orang yg masih lagi dok tahap minda kelas ke tiga camtuh...

      Delete
  2. tak boleh imejin situasi ko ngan kawan ko waktu tu..
    Masalah social ni semua, dan memang tahap kronik pun, tapi mungkinw waktu kecik takde didikan cara hidup masyarakat, atau dah besar salah pencampuran.

    ReplyDelete
  3. bloody idiots makin ramai dalam panggung wayang.

    ReplyDelete
  4. aku pernah kena situasi macam ni... brader india duk tendang blakang kerusi, aku tegur n dia mintak maaf.kalo melayu memang slalu buat dono je. hahaha

    ReplyDelete
  5. aku tengok semalam... syok scene fight... laju.

    ReplyDelete
  6. ada 2 situasi;
    1) kalau nak tgk dgn atmosfera yg superb, tgk waktu tayangan perdana (premier show) tgh malam - waktu ni yg tgk kurang2 80% adalah penonton kult/tegar - contoh paling best waktu tgk LOTR dan starwars - siap pakat ramai2 pakai t-shirt LOTR/starwars
    2) mcm yg geng2 komen kat atas, tgk waktu dah 1-2 minggu filem tu dah basi sikit, lagi best tgk minggu terakhir... kompom heaven!~

    ReplyDelete
  7. dulu2 zaman aku rajin pegi panggung memang selalu aku elak pegi hari minggu atau cuti umum...selesa...tak sesak,,,

    kekadang budak kecik lebih paham adab tengok wayang dari org yang dewasa....pengalaman aku yang 3,4 tahun kebelakangani ni cuma tengok movie kartun kat panggung...

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah aku dah quit scene wayang ni (atas banyak sebab) dan dgn pos ni nampaknye memang aku takkan ke panggung lagi. muktamat.

    ReplyDelete
  9. gila lah nasib tak betumbuk dalam tu... dah lama tak masuk panggung wayang ni..

    ReplyDelete