Friday, 28 March 2014

Menjamu Selera

Masa balik JB tempoh hari,selain nak berehat (kononnya) banyak masa di habiskan bersama dengan kawan2 (termasuk lah melepak dengan duta heavy/thrash/kpop metal cawangan Johor Bahru iaitu bro Berteromber heheh..) dan juga bersama adik beradik aku.masalah utama aku ialah kalau time cuti je aku mesti kuat makan..heheh..tapi kira ok lah balik kat kampung halaman sendiri dan nak makan apa yang aku rasa nak makan.kalau hari yang aku sibuk dengan kerja,kadang makan pun main tibai je apa yang aku nak makan,senang cakap, makan tanpa 'menikmati' atau pun feel makan tu takda,sebab nak kejarkan masa untuk kerja..apa pun Syukur Alhamdulilah dengan rezeki yang di berikan olehNya..tak kisah la walau makan roti inti kacang 50 sen tu pun,jangan mengeluh walaupun tak dapat makan yang sedap2..bersyukur dengan rezeki yang ada..

Okeh..ni antara makanan yang aku makan,bukan semua gambo makan tu aku yang makan,ada jugak kawan2 dan adik beradik aku.cuma masa cuti tempoh hari la aku betul2 'menikmati' nya..

Yang ini semua kat tempat makan Singgah Selalu kat JB..


Psang goreng dan Banana Split.tapi yang ini bukan aku yang makan..heheh..


lamb of chop lamb chop,kambing chop dan macam2 lah nama menu kalau dari daging kambing ni..tak kisah lah nama apa pun janji kenyang sudah..


Salmon Grilled.menu berasaskan ikan salmon.ikan salmon ni rupanya ada banyak jenis dan spesisnya.aku pun baru tau tadi dari google..heheh..kalau sapa2 belum pernah try,dan yang seleranya lebih ke arah internasional,boleh try ikan salmon ni..


Rice Chicken Chop.yang ini kat Wadihana Steakhouse kat Plaza Angsana JB,(belakang kedai kain Jakel tu..)

Asek makan je kan..takkan takda air ye tak?


Bandung Soda.yang ni kat BBU.(Bandar Baru Uda)kedai ni kira boleh tahan femes jugak la.dekat je dengan rumah aku.tak jauh pun.pegi jalan kaki je..


Dah selesai dan licin..jangan membazir tak elok..heheh..kalau seminggu aku cuti kompem makin bertambah la lemak2 tepu aku..heheh..

7 comments:

  1. Kalau x silap Restoran Singgah Selalu ada bukak cawangan x jauh dari Danga Bay kan? Rasanya aku pernah pergi sana dulu....

    ReplyDelete
  2. boleh percaya ke bukan semua ko makan?? musykil sebab kata lama tak balik kg... hehehehe

    ReplyDelete
  3. Lama tak pergi Singgah Selalu...terliur pulak tengok gambar ni...heheh...

    ReplyDelete
  4. ada bijik selasih ye bandung tu...
    apa pun terbaik..

    ReplyDelete
  5. Datang wolfberg laaa...mkn berdamai... :)

    ReplyDelete
  6. enak....beliur tgk gambar tu...hehehe

    ReplyDelete