Thursday 6 March 2014

Filem Seram Asia

Antara filem seram Asia yang terbaik pada aku.mungkin ada yang lagi best kot,kalau sapa2 tau ada yang lagi best sila bagitau..ini adalah antara filem yang aku tonton seorang diri pada waktu malam untuk menguji tahap keseramannya.. (serius memang ada yang buat aku seram) heheh..


The Eye (2002)Hong Kong/Singapore


Filem usahasama antara Hong Kong dan Singapura.ceritanya mengisahkan tentang seorang budak perempuan yang telah buta matanya sejak berusia 2 tahun,selepas menjalani pembedahan mata dan boleh melihat semula,ternyata menjadi impian ngeri bagi budak perempuan ni..pasal dia boleh nampak hantu di mana2 je.movie ni  pun banyak sekuelnya sampai The Eye part 10?

*Tahap keseraman : 1/10 (berani lagi pegi toilet)heheh..


Long Khong/Art Of The Devil (2005)Thailand


Filem yang mendapat kutipan tertinggi di Thailand dan juga Malaysia,antara filem pecah panggung paling bersejarah dalam sejarah perfileman Thailand.aku rasa ramai yang dah tengok filem ni.filem berkisarkan tentang ilmu hitam/santau/tuju tuju versi Thailand.memang best.scene paling gore pada aku ialah pada awal filemnya,yang sorang mamat tu kena santau guna ikan keli dan mata pancing..erghhhh..memang ngeri! teknik CGI filem ni pun bagus,memang nampak real.
Filem ini juga ada sekuelnya sehingga bahagian ke 3.

Tahap keseraman : 4/10 (scene budak pompuan  nampak hantu bekeliaran atas bumbung rumah tu sampai aku pun tebayang2)


Ju-On (2000)Japan/The Grudge (2004/US)



Antara original version dan remake,best lagi yang original version.versi US gagal nak menyeramkan aku.filem ini juga antara filem seram terbaik dalam sejarah perfileman Jepun.sehinggakan produksi filem Hollywood pun remake balik filem ni,tapi failed.sesiapa yang belum tengok,tengok yang original punya Ju-On.baru boleh menguji tahap keseraman anda..heheh..

Tahap keseraman : 7/10 (lepas korang tengok filem ni,aku gerenti kalau tido malam mesti tak nak guna selimut dah..heheh..)



Sundel Bolong (1981/Indonesia)



Antara filem paling di ingati dan menjadi lagenda di Indonesia.pelakonnya,Suzzanna antara pelakon seram lagenda dan ikon seram popular sehingga hari ini.filem2 terawal SundelBolong memang ada antaranya menyelitkan unsur2 18sx,tidak sesuai untuk budak2 bawah umur.
Walau pun begitu,filem ni kalau scene hantu nya memang seram..memang aku mengaku,filem2 hantu Indon yang dulu2 seramnya lain macam. sampai teringat2 bila nak tidur.heheh..

Tahap keseraman : 9/10 (aku tak tengok sampai habis,sebab renungan mata Suzzanna tu memang menyeramkan..esoknya tengok dengan member yang kebetulan datang melepak,penyudahnya member aku tu tido kat rumah aku,takut punya pasal..heheh)


Dan yang akhir sekali...



Sumpah Orang Minyak (1958/Malaysia)


Mintak maaf la ya,filem melayu pada zaman sekarang ni semuanya hampeh belaka,jalan cerita yang mengarut dan tah apa apa..filem seram melayu yang paling terbaik pada aku sudah tentunya filem Sumpah Orang Minyak ni..
Pernah tercalon dalam festival filem Asia,dan pelakon dan arahan filem ini tak lain dan tak bukan ialah seniman agung lagenda Tan Sri P.Ramlee.teknik CGI dalam filem ni pun boleh di banggakan walaupun pada tahun 50an belum ada lagi kamera canggih macam zaman sekarang.
Untuk bebudak Kpop yang suka sangat kat aktor Korea yang mata sepet macam cina bukit tu,korang kena tengok ini filem.salah satu filem bersejarah kat Malaysia.

Tahap keseraman : 4/10 (lagu Sri Bunian kalau dengar seorang diri pada waktu dinihari boleh meremangkan bulu roma jugak)


Overall,kalau belum pernah tengok kesemua filem tersebut,sila tengok sampai habis.tapi pada aku itu semuanya yang terbaik.

18 comments:

  1. pernah suatu ketika dulu, filem sumpah orang minyak lama tak masuk TV kan?

    aku rasa kena gam kot, sebab scene bunian, mandi air bahtera nabi nuh, dll...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha'ah mungkin pasal scene tu kot..lagu sri bunian tetap best.heheh

      Delete
    2. Lagi satu mungkin dialog sarip dol tu (yang jadi setan dalam filem ni) yang dia kata "kau kena mengaku aku ni tuhan dikau"

      Delete
    3. rasa filem ni ada lagi kat pasaran tak

      Delete
  2. Ada jugak filem melayu zaman millenium ni yang bagus, contohnya filem Puaka Tebing Biru (arahan Osman Ali) lakonan Nasha Azizi dan Umi Aida & Seru (arahan kerjasama Pierre Andre dgn sorang director cina, aku pun lupa nama dia) lakonan Shanaaz. 2 filem ni aku rasa terbaik sbb storyline dia agak kreatif dan meter horror dia pun memang buat kita teringat2 masa nak tido.

    Satu lagi filem seram hong kong yg lu kena tengok bro, Rigor Mortis (arahan Juno Mak) rilisan tahun lepas. Storyline bagus dan ada kaitan dgn hantu vampire cina lompat2 zaman dulu. Hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Typo....Nasha Aziz....bukan Azizi

      Delete
    2. Rigor Mortis ada jugak aku perasan kt kedai jack sparrow..okeh nanti aku tengok.tq bro

      Delete
  3. Filem melayu paling seram adalah Highland Tower...seram betul sampai aku berani tengok 15 minit yang pertama ajer....dia punya seram rasa macam nak tumbuk jer muka pelakon2 dia tu...hampeh sampah punya filem....hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. SUMPAH ORG MINYAK TU nanti aku cari movienya belum pena tgk..
      yang ceta buta dapat lihat semula tu aku macam pena tgk,..

      bak kata berteromber filem seram melayu skg ni macam nak tumbuk ja muka pelakonnya... HAHAHAHAHAHAHAHAHA memang kelaka betul...

      Delete
    2. Sumpah orang minyak kat speedy n music valley memang ada jual bro..mungkin dialognya di potong

      Delete
  4. I love thiss post beb. Kelakar seram nye post

    ReplyDelete
  5. try cari filem "rahsia" dan "Misteri Rumah Tua" lakonan Noor Kumalasari...mmg epik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup..scene noorkumalasari beranak ikut mulut memang brutal!

      Delete
  6. The Eye 2002
    http://www.youtube.com/watch?v=7CDFDD4kFtI

    Ju-On 2000
    http://www.youtube.com/watch?v=vezFRsr2qi4

    Sundel Bolong 1981
    http://www.youtube.com/watch?v=l_E6RVRJlkg

    Sumpahan Orang Minyak 1958
    http://www.youtube.com/watch?v=4zlx4xvidnc

    Misteri Rumah Tua 1987
    http://www.youtube.com/watch?v=jMuiFwaBXOI

    ReplyDelete