Monday, 3 March 2014

Def Leppard - Adrenalize (1992)

Abang Berteromber pun penah cerita pasal album ni Kat Sini


Memang tak di nafikan,kekuatan setengah band bergantung pada gitarisnya.gitaris memainkan peranan penting untuk mencorakkan hala tuju muzik band tersebut.(kerana kadang kala banyak lagu2 ciptaan gitaris yang selalunya popular)contoh terdekat lihat saja Guns N Roses tanpa Slash,album Chinese Democracy gagal kerana stail muzik nya berubah seratus peratus.Def Leppard juga tak terkecuali.kematian Gitaris  mereka iaitu Steve Clark,antara gitaris terbaik era Glam Rock 80an,sedikit sebanyak telah merubah hala tuju muzik Def Leppard..



Ketika album ni di rilis, dunia muzik tengah demam grunge dan alternative music,walau pun muzik bawaan mereka di katakan hampir berkubur pada waktu itu,tetapi album Adrenalize ni berjaya menduduki carta no.1 di US dan UK.mungkin sebab album ni sound nya masih ada tempias dari album 'Hysteria' dan lagu2 nya pun ada hasil ciptaan Steve Clark.
Pada April 1992,bekas gitaris Dio dan Whitesnake iaitu Vivian Campbell join Def Leppard ni.lagi pun Vivian dan Def Leppard sebenarnya memang dah lama jadi member baik.dia ni dah memang femes la,tapi bila join DL ni nama dia macam tenggelam pulak.aku lagi suka Vivian ni bersama Dio dan band beliau Sweet Savage tu (lagu 'Killing Time' penah di cover oleh Metallica ialah hasil ciptaan Vivian)

album ni di dedikasikan untuk mendiang Steve Clark

Dua lagu ballard yang paling aku suka dalam album ni ialah 'Tonight' dan 'Have You Ever Needed Someone So Bad'.selain dari lagu gumbira 'Lets Get Rocked' ' I Wanna Touch You' 'Make Love Like A Man'.kalau kat UK album ni memang menjadi pujaan awek2 UK pun.penah aku baca majalah Metal Hammer yang lama dulu,yang Metal Hammer pun kata separuh dari awek2 UK mesti ada album Adrenalize ni.


Adrenalize dan Retro Active adalah 2 album terakhir Def Leppard yang di jadikan koleksi album mereka di zaman kegemilangan glam rock.masuk 'Slang' dan seterusnya memang aku tak follow dah.(mungkin kena cuba dengar juga album2 DL selepas 90an)sebab stail muzik diorang dah berubah.tapi tak di nafikan,lagu2 ballard Def Leppard walau masuk era 'Slang' pun masih lagi aku suka.
Kalau anda pernah dengar dan memiliki album 'Hysteria',anda juga patut ada dan dengar album ini.juga sesuai untuk awek2 yang baru nak belajar dengar muzik rock..heheh.. NWOBHM & Rock sampai tua!

8 comments:

  1. antara band yg aku tak follow tapi ada beberapa lagu yg sangkut, sbb itu aku cuma beli kompilasi ni saja...

    ReplyDelete
  2. Bagi aku Vivian Campbell hanya membazirkan talent yang ada dengan join band ini...

    ReplyDelete
  3. last album DL yang aku boleh masuk...

    ReplyDelete
  4. belum mendengar band ni lagi..

    ReplyDelete
  5. 7 days weekend!! up all night!!
    ok la album ni walau aku a bit disappointed ntah apasal.
    Stand Up Kicked Love Into Motion tu terbaik.
    Period ni jugak keluar lagu Two Steps Behind... Def Leppard was still zaman gemilang masa ni...

    ReplyDelete
  6. Aku sama mcm Ijau...thanks for the info anyway bro

    ReplyDelete
  7. Album Def Leppard terbaik bagi aku! period!

    ReplyDelete