Aku mula kehilangan kasih sayang seorang ayah sejak aku berumur 10 tahun lagi.arwah ayah meninggalkan kami adik beradik yang seramai 8 orang ni (kalau nak ikutkan 9 kesemuanya,aku anak kembar,abang kembar aku dah meninggal dulu masa kecik lagi) ketika masih belum mengenal erti kehidupan.abang2 dan kakak aku semuanya masih bersekolah lagi.betapa tabah nya mak aku pada ketika tu mendidik,dan membesarkan kami semua.dengan hanya berbekalkan wang saraan pencen arwah ayah aku,dan juga melakukan kerja2 kampung,sekali pun aku tak pernah dengar mak aku ni merungut dan mengeluh tentang kehidupan.memang ramai yang cuba merisik mak aku dulu (pada ketika arwah ayah aku meninggal,umur mak aku sekitar pertengahan 30an)tapi mak aku menolak dengan cara yang baik.
Ketabahan beliau,adalah sumber inspirasi aku pada hari ni.segala keperitan,kepayahan beliau ketika membesarkan kami sekeluarga amat aku hargai,sehinggalah mak aku menghembuskan nafas terakhirnya pada 19 november 1999 ketika koma akibat penyakit darah tinggi yang beliau rahsiakan dari kami adik beradik semua.
Pesanan beliau yang boleh di katakan setiap hari ketika hayatnya ialah,jangan tinggal solat,dan bersyukur dengan apa yang ada.
Bonda, terima kasih kerana bersusah payah membesarkan kami sekeluarga.moga roh mu tenang dan di cucuri RahmatNya di sana..Al Fatihah.
*Ingati lah ibu kita setiap hari,bukan setahun sekali.dan yang paling penting,jangan derhaka dengan kedua ibu bapa kita.
Bonda,
Restumu kan ku jadikan selendang
Doamu kan ku jadikan pedang
Bekalku ke medan juang
Agar agamamu dan agamaku
Tinggi menjulang
kredit : fikru1mustanir
Seriously aku tersentuh bro pengalaman lu bro, tak dapat aku bayangkan keadaan yang lu alami. Al Fatihah buat kedua ibu bapa lu bro...mudah2an ditempatkan di kalangan orang2 beriman
ReplyDeleteAl-Fatihah untuk kedua ibu bapanya.
ReplyDeleteAdi & berteromber : tq so much bro.life must go on bak kata poison..heheh..memang kata dan semangat yg di tunjukkan dari arwah bonda aku la yg menjadi sumber inspirasi aku..
ReplyDeleteGua simpati bro..Apapun thanks for sharing...
ReplyDeleteTq so much bang..
Deletetak terkata apa. sedih beb.
ReplyDeleteThanks sebab paham perasaan gua bro..hehe
Delete