Saturday, 4 May 2013

Jeff Hanneman & PRU 13


"Slayer is devastated to inform that their bandmate and brother, Jeff Hanneman, passed away at about 11AM this morning near his Southern California home. Hanneman was in an area hospital when he suffered liver failure. He is survived by his wife Kathy, his sister Kathy and his brothers Michael and Larry, and will be sorely missed"
Our Brother Jeff Hanneman, May He Rest In Peace (1964 - 2013)
*Slayer FB page

So playlist aku untuk harini,layan album Slayer live Decade Of Aggression.kehilangan Jeff bermakna takda lagi lagu2 thrash/heavy Slayer yang klasik dan best.berbanding Kerry King,aku lagi suka Jeff ni,Kerry King pada aku hanya dengan solo2 beliau dalam lagu Slayer je.tapi dari segi penciptaan lagu?tarak..lagu2 Slayer yang klasik semua di hasilkan oleh Jeff ni.lagu2 yang jadi pilihan utama mat2 metal jamming lagu Slayer semuannya hasil dari beliau.'South Of Heaven'Raining Blood''Mandatory Suicide' 'War Ensemble' 'Season In The Abyss' dan 'Angel Of Death'.semua lagu2 ni memang playlist wajib korang semua kalau dengar Slayer kan?heheh..
Apa pun,lagu2 beliau tetap akan menjadi 'malar segar' dalam genre thrash/heavy metal sampai bila2..
*Thanks for the riff and shred Jeff..RIP

.
.
.
.
.
.
.
.
Ok,cerita pasal besok pulak..


Sejak kebelakangan ni,aku jemu,bosan,letih,menyampah pun ada,rasa nak sakit jiwa pun ada tengok telatah perangai rakyat Malaysia ni.kata politik sihat,cuba lah gunakan cara nak berkempen tu dengan cara yang sihat,bukan untuk memburuk2kan sesuatu parti atau individu terbabit.terutama mereka yang kata beragama islam.ada ke islam ajar macam tu?menabur fitnah,membuat itu dan ini,mencaci maki sana sini.apa salahnya kalau nak berkempen tu buat secara baik.takda fitnah,takda caci maki,takda nak memburuk2kan lawan.tolong lah! korang suma bukan budak2 la..dah cukup umur pun untuk membuang undi kan?ada otak tu fikir la sendiri,takkan nak kena ajar kot?

-So,pada calon2 dan bakal2 pemimpin negara ni yang akan bertanding esok,tak usah la berjanji macam2 hanya semata2 nak menang.bak kata pepatah 'lembu di pegang pada tali,manusia di pegang pada janji' so kalau dah berjanji tu,tunaikan lah.jangan jadi lembu okeh?sejak semalam pun berpuluh sms aku dapat suruh aku balik kampung mengundi (tempat mengundi aku di Segamat Johor) ada yang lebih kurang macam ni "kau jangan tak balik mengundi,aku dah sediakan duit sikit untuk claim perjalanan kau lebih kurang dalam rm sekian2,janji kau balik kau pangkah parti (tut) ni." yang lagi sorang ni pulak sms " beb,balik tau mengundi,jangan rosakkan satu undi pun,tu tanggungjawab kita pada negara,hak kita sebagai rakyat"..aku terus jawab : "ooo..tanggungjawab pada negara eh?pagi tadi subuh dengan sekarang dah masuk waktu zohor ni kau dah tunaikan tanggungjawab kau ke belum?kalau kata hak rakyat,aku pilih hak aku tanak balik mengundi,amacam,boleh?" terus member tu tak reply dah sms aku..heheh.

-Pada penyokong,fanatik pro berhaluan kanan dan kiri ni,cukup lah,cukup2 la MENYALAK  dalam facebook,dalam fanpage,dalam blog,dalam web2 yang bersepah dalam internet ni..aku bosan la korang ni tak abes2 nak fitnah,nak buruk2kan manusia lain.cermin diri kita dulu sebelum kita nak memburukkan orang lain.Islam tak ajar semua tu beb.fikir sendiri lah.esok pun dah bermula pilihanraya umum,kau pangkah la ikut suka hati kau nak pangkah apa.lepas tu tunggu keputusan siapa yang bakal memerintah Malaysia ni nanti..

And finally kepada rakyat Malaysia,Selamat mengundi.undi anda adalah RAHSIA.

9 comments:

  1. Jeff Hanneman is Our Brother.
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    DEMOKRASI barua!
    demokrasi bg kita hak? hak ngundi? hak memilih? hak menentukan?

    kita tidak punyai hak,
    Allah sahaja yang berHAK.

    ReplyDelete
  2. PC kokak punya ideologi nya...terbaik? Aku...ermmm ntah la

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan "ideologi" aku la..
      aku cuma setuju dgn "ideologi" mereka yg lebih ahli.

      Delete
  3. Hahah..betul punya marah org tu ya (seniman bujang lapok)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak marah, nanti kena jual... (tiga abdul)
      geram jerr.. hehhe.

      Delete
  4. Pilih parti politik bukan jenayah....so undi aku takder rahsianya...Aku undi PAS.

    Terimakasih.

    ReplyDelete