Sunday, 5 May 2013

Lirik S.Amin Shahab


Selain Allahyarham Loloq yang terkenal dengan lirik2 puitis yang ada unsur sindiran kepada masyrakat sekeliling kita sebelum ni,S.Amin Shahab juga antara penulis lirik lagu2 yang berunsur ketuhanan yang aku suka.banyak band2 rock yang menggunakan khidmat beliau untuk menghasilkan lirik yang berunsurkan ketuhanan dalam lagu mereka.ni yang aku baca kat blog lirik lagu muzika . thanks for sharing.


Lirik nukilan S. Amin Shahab bukan sahaja kena dengan melodi lagu yang digubah tetapi ia juga menampilkan mesej-mesej yang mendalam maksudnya mengikut pemahaman yang berbeza daripada para pendengarnya.

Malah, penulis lirik dan pelukis berusia 57 tahun ini tidak menafikan kebanyakan lirik garapannya berlandaskan pengajian ilmu tasauf yang boleh mengaitkan seorang hamba dengan pencipta-Nya.

"Kebanyakan lirik lagu ciptaan saya sedikit sebanyak menampilkan unsur-unsur sufisme dan tasauf atau sekarang ini ia lebih dikenali sebagai ketuhanan. Mungkin ramai yang tidak perasan dengan mesej itu.

"Ini kerana ramai yang beranggapan lirik-lirik tulisan saya bertemakan kisah cinta. Tetapi sebenarnya, ia rasa kecintaan yang lebih tinggi antara manusia dan Tuhan. Elemen itu ada dalam setiap diri manusia.

"Cuma ramai yang tidak tahu atau sengaja tidak mahu ambil tahu akan hakikat tersebut," katanya kepada S3 sewaktu berkunjung ke rumahnya di Bandar Baru Selayang, Selangor baru-baru ini.

Pendekatan anak seni berasal dari Batu Pahat, Johor ini dapat dilihat menerusi judul lirik hasil ilhamnya, Umpama Mimpi Dalam Mimpi yang dipopularkan oleh kumpulan Damasutra pada tahun-tahun 1990-an.

S. Amin Shahab atau nama sebenarnya Syed Mohd. Amin Syed Hashim berkata, judul lirik seperti itu bukan setakat unik tetapi ia turut mengandungi maksud-maksud yang mendalam penghayatannya.

"Lirik Suci Dalam Debu misalnya, mempunyai maksud yang mendalam di mana ia juga berunsurkan ketuhanan. Di Indonesia para peminat menggelar lagu itu dengan gelaran lagu tayamum.

"Saya tulis lirik itu dalam masa 30 minit. Mesej lagu itu berdasarkan pengalaman dan pemahaman saya dalam ilmu tasauf yang saya pelajari selama ini," ujarnya mengungkap cerita di sebalik lagu itu.

Selain menghasilkan lirik bertemakan ketuhanan, bapa kepada Sharifah Nur Aisyah, 19, Sharifah Nur Atiqah, 17, dan Sharifah Nur Anisah, 15, ini juga tidak melupakan isu-isu sosial dalam masyarakat.

Beliau contohnya, banyak mengungkap isu-isu sosial dalam lirik tulisannya yang penuh dengan sindiran seperti Kupu-Kupu Malam, Sindrom Kotaraya, Satu Catitan dan Suasana Di Tasik Perdana.

Bukan setakat menyerapkan elemen-elemen tasauf menerusi lirik lagu, tetapi Amin juga menggunakan medium lukisan sebagai satu lagi wadah bagi mengetengahkan mesej-mesej murni tersebut.

Suami kepada Junaidah Johari, 48, yang juga bekas anggota kumpulan trio Ideal Sisters yang popular pada tahun-tahun 1980-an ini memaparkan banyak elemen ketuhanan di sebalik lukisan-lukisannya.

"Lukisan terbaru saya berjudul Hukum Kasih yang memaparkan potret dua orang tokoh agama yang juga dikatakan wali Allah iaitu Tok Kenali dan Tok Lombok telah pun saya siapkan pada tahun lalu.

"Di setiap lukisan saya, akan sertakan diskripsi supaya ia boleh dikaitkan dengan apa yang dipaparkan di sebalik gambar tersebut. Ia sesuatu yang abstrak dan mengikut pemahaman sendiri," jelasnya.

Pada sisi lukisan itu, Amin menulis ayat, 'Kepada-Mu Kekasih adalah tariqat. Hukum kasih adalah hakikat. Tok Kenali, Tok Lombok ku kenal dalam mimpi. Ilmu tuk, tuk sorok, ku jumpa dalam hati.'

Pada masa sama, dia kini sedang menyudahkan potret sembilan wali Allah yang terkenal di Indonesia yang dikenali sebagai Wali Songo di mana empat daripadanya sudahpun disiapkannya.

"Saya telahpun melukis empat daripada sembilan wali itu iaitu Sunan Ampel, Sunan Giri, Sunan Bonong dan Sunan Kudus. Semuanya akan siap pada tahun depan. Satu pameran khas akan diadakan," katanya.

Penulis lirik terbaik menerusi lagu Suci Dalam Debu pada Anugerah Juara Lagu 1990 ini berkata, dia juga kini sedang menyiapkan lukisan terpanjangnya iaitu sepanjang satu kilometer yang menjadi impiannya.

Amin yang mula melukis 1,001 wajah di seluruh dunia sejak 2004 itu akan menyudahkan baki sekitar 200 meter lukisan itu dalam waktu terdekat ini.

"Sepanjang menyiapkan lukisan itu, saya telah menggembara ke banyak negara seluruh dunia antaranya ke China, Mexico, Sri Lanka, Kemboja, Mesir, Greece, Turki, India dan United Kingdom.

"Sewaktu berada di London pada 2008 saya telah menyiapkan 20 meter lukisan itu yang memaparkan Sungai Thames. Sayangnya buat masa ini, projek itu seakan-akan terbengkalai.

"Setakat ini, tiada maklum balas daripada pihak Balai Seni Lukis Negara bagi membantu saya menyiapkan lukisan itu. Rasa kecewa juga. Saya terpaksa mencari dana sendiri untuk menyiapkannya kelak," harapnya.

Jika berjaya disiapkan, lukisannya itu akan dimasukkan ke dalam buku Malaysia Book of Records sebagai lukisan terpanjang di Malaysia yang memaparkan tempat-tempat menarik di dunia.

Ada satu lagu yang liriknya di tulis oleh S.Amin Shahab dan lagu tersebut pun best.lagu yang aku maksudkan dari Wings lagu yang bertajuk Pengabdian ku Kekasih.yang berunsurkan ketuhanan..

Wings - Pengabdian Ku Kekasih


mentari mula terbenam
langkahku bermula ke ufuk jingga
berjalan di tengah malam
mencari cahaya entah di mana
haruskah aku tunggu halilintar datang menyambar
ataupun ku teruskan mencari sinarnya rembulan
dengan keyakinan penuh didada
aku redah belukar, lurah dan rimba
akhirnya bertemu laluan...Kekasih
kekasihku kian lama tak berjumpa
hanya pada nama
kusandarkan Cinta
kekasihku terjalin cinta dan kalimah
segala isi bumi restui pengabdian ku kekasih
biarkan ku terlena di dalam dakapan rembulan
dengan satu ribu satu impian
aku redah belukar lurah dan rimba
akhirnya bertemu laluan
bertapak lah rindu ku satu jalan
kekasihku kian lama tak berjumpa
hanya pada nama ku sandarkan cinta
kekasihku jalin cinta dan kalimah

Sekali dengar orang ingat ni lagu kisah cinta biasa,tapi sebenarnya tak,kerana lirik S.Amin Shahab ni sangat puitis,sekali dengar mungkin lagu ni untuk mat2/minah cintan yang dengar.apa pun,lirik S.Amin Shahab memang terbaik..



9 comments:

  1. Wow! Fakta yg menarik, kenangan ooo lagu2 yg dia buat ni. Respect! Patutlah aku dgr lirik lagu2 seperti Umpama Mimpi Dalam Mimpi dgn Suci Dalam Debu lain mcm saja bunyi nya, double meaning tapi dlm konteks yg baik la. Tapi selalunya pendengar memahami lirik2 beliau dlm perspektif yg romantik saja. Tak sangka beliau pun seorang pelukis ya, sama mcm sifu M Nasir yg mahir dgn seni kraftangan pembuatan batik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la bro,ramai yg tak perasan sebenarnya lirik2 dia banyak berunsur ketuhanan sebenarnya..aku post lagu pengabdian ku kekasih tu kat fb,suma kata aku jadi mat jiwang pulak..adoiii..heheh

      Delete
  2. mmg susah nak karang lirik... lebih2 lagi lirik puitis yg ada 2 maksud

    ReplyDelete
  3. Kembara live reunion guna intro deyni buat lukisan cat kat kain besar kat lantai..
    Main tuang cat terus dari tin gitu

    ReplyDelete
  4. Biras kepada sifu M.Nasir.......penulis lirik otai yang disegani di Malaya

    ReplyDelete