Friday, 15 March 2013

Terima Kasih?


Oleh : Lea LipstikMerah


Situasi- Kedai Mamak di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) beratur nak order, ni mamak yang pelik. mahal dan  kene layan diri. + tak sedap.
have u ever act nicely to people and didn't get a recognition? (english level 1 ni. ok?)

Ade seorang abang ni.berbangsa Melayu telah kejatuhan duit nya sebanyak rm10 .
saya yang berada di belakang nya menegur la dengan penuh unsur2 baik

"abang baju hitam. duit abang jatuh"

gua siap ambikkan
dia tak cakap apa.

"oh!" muka terkejut. blah camtu je

ape oh! oh! ingat Oh Tidak? Oo mai english ke?

bukan nak dia tabik gua or bagi wa sijil pengiktirafan
cukup sekadar cakap THANK U YA ADIK ;)

susah ke nak cakap camtu. kalu gua rembat duit lu..heheh..
nanti tak cukup tambang LRT nanti

pernah jadi macam ni sekali dekat tempat lain.cuma kali ni lelaki Chinese
lagi banyak amount nya.rm30 di Makro (ni supermarket zaman dinosaur.sape tau 10 markah)

bezanya, dia cakap terima kasih berbakul bakul rasa macam wakil rakyat hari tu even dah bertahun jadi
still ingat.

bukan nak kondem bangsa sendiri atau kutuk tapi..kebanyakkan nya macam tu.susah nak berterima kasih
contohilah orang yang jual barang meja ke meja tu
even tak beli pun dia still senyum dan cakap TERIMA KASIH :)

8 comments:

  1. ada kebenaran... bangsa lain yang banyak cakap terima kasih dari bangsa kita..sedih

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la pasal bro..napa lewat tido mlm ni bro?kan malam jumaat ni..heheh

      Delete
    2. erk.... aku ingat petang...hahaha

      Delete
  2. Bak kata Tun Dr Mahathir, Melayu Mudah Lupa...org kita memang selalu mcm tu, especially melibatkan berbudi bahasa. Sigh...

    ReplyDelete
  3. mungkin duit tu bukan duit dia...takut ko mintak balik cepat2 cabut.... (sangka baik yang tak baik)...heheh...

    ReplyDelete
  4. mungkin dia ingat, dia cool, dia macho...

    orang cam gini, jalan nak kena cool, padahal seberang jalan mesti ada macho step cool, buat apa pun cool.
    Padahal looks stupid.

    ReplyDelete