Tuesday 26 March 2013

Gitar Hero (Kompilasi 2013)


Cd yang aku beli pada minggu lepas.antara sebab kenapa aku beli cd ni ialah memang ramai gitar hero yang mewakili dari pelbagai genre muzik kat Malaysia ni.ada Man Keedal,Hillary,Shahrul Ekamatra,Allahyarham Samad Lefthanded,ada jugak pemuzik luar seperti Kyoji Yamamoto (yang pernah jadi pemain gitar untuk album Ella USA)dan jugak Michael Thompson (yang jadi sessionist lagu Ella 'Menanti') dan Paul Gilbert (Mr.Big)


Selain tu ada jugak band2 yang boleh di katakan terbaik jugak la yang di muatkan dalam cd ni seperti Amuk,Cromok,18SGG,Mantera,Butterfingers,John's Mistress,OAG,Nice Stupid Playground dan Black Maria.apa yang aku nak komplen dalam kompilasi ni pasal inlay cd dia,sepatutnya pihak Warner Music ni letak la biodata,atau sejarah kisah2 pemain gitar ni.nama cd pun gitar hero,tapi bukak inlay 2 page je..hampeh! macam beli cd pirate je.



Cd kompilasi ni ada 2 cd,tapi di kira dengan 1 harga je.kira ok lah.tapi lagu2 dalam ni memang best2 la..tengok je list lagu dia.


List lagu dalam cd pertama.turutan lagu pun mewakili tahun dan genre muzik pada masa tu.lagu Dilema Hillary tu pun tahun 90.dalam album solo Hillary(antara album solo terbaik beliau) lagu Transfigurasi dari Shahrul tu bila dengar aku teringat album Steve Vai 'Fire Garden',stail dia sama macam Steve Vai (mungkin Shahrul ni peminat tegar Vai kot?)Belenggu Keedal dari maestro Man Keedal,ada lagu inggeris dari 18SGG (suara penyanyi dia sebijik macam Max Cavalera).lagu Bendera Damai rakaman semula Ella & Manterra lagi heavy dari versi asal,Cromok dengan lagu Siblings nya (bunyi bass drum dia memang mantop!) Hantu Yang Takut dari Amuk (merupakan lagu Cromok sebenarnya tapi aku lupa tajuk dia. di nyanyikan balik dalam bahasa melayu)slow rock lagu Menanti versi instrumental dari Michael Thompson pun boleh tahan..


Cd kedua.apa akan jadi bila lagenda bertemu lagenda?jadi lah lagu 'Joget'.lagu ni pun dah kira legend jugak,Paul Gilbert memang aku suka permainan beliau dalam album2 Mr.Big,tapi kolobrasi beliau dengan Allahyarham Samad dalam lagu Joget ni memang terbaik lah.selain tu lagu yang best Itulah Saya dari Kyogi Yamamoto,Eclipse dari Cromok dan Caya Lu dari Hillary.dan lagu ala Steve Vai dari Shahrul bertajuk GMO

Keseluruhannya album ni ok2 jela,muziknya mewakili dari pelbagai genre muzik,dari Rock,Metal hinggalah ke Alternative/Grunge walapun tak menepati terma 'Gitar Hero' tu sendiri,tapi penyelamat bagi album ni ialah Hillary,Samad,Man Keedal dan Cromok.kalau berminat boleh la beli cd ni.untuk peminat Nu Metal dan Grunge pun boleh beli album ni jugak.pasal ada 'Korn'(Black Maria)Oasis(OAG) dan 'Nirvana' (Butterfingers)heheh..

12 comments:

  1. "tapi bukak inlay 2 page je..hampeh! macam beli cd pirate je"

    std cd m'sia la tu, dorg ingat inlay xpenting

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la pasal..diorang ni fikir nak untung je.

      Delete
    2. alaaa... cover art pun main tangkap muat je.

      tu klu xsilap headstock gitar epiphone swingster (semi-hollow), sungguh x "gitar hero" langsung

      Delete
    3. Hahah..betul2..tak mencerminkan keheroan betul

      Delete
  2. ada nampak kat speedy...tp dah agak dah mesti jenis inlay sekeping...nasib tak beli...heheh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheh..lepas tu kalau keluar versi pirate tau pulak record company ni marah..

      Delete
  3. Walaupun aku x berapa suka dgn konsep "guitar hero" tapi koleksi lagu2 dlm kompilasi ni best jugak...tak bias sebab hampir semua sub-genre rock ada dlm sini including Nice Stupid Playground! (band idola aku dari dulu ni dlm muzik indie tempatan). Nice cd bro!

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup..kira orang lama jugak tu.tapi mana pegi band ni skang eh?senyap je.

      Delete
  4. sapa yang release album ni? EMI ke bro?

    ReplyDelete